aku dihenyak lagi..
kali ini bukan terusnya henyakan itu padaku..
tapi pada rakan2..sahabatku..
bukan seorang dua,tapi..cukuplah sekadar aku yang tahu mereka2 itu~
bisikku pada sahabat:
kenangan bukan untuk diratapi..
ia satu kenang-kenangan untuk kau kenang agar merasa senang dalam tenang..
ulitkan hatimu dengan kemaafan, usirkan jauh2 rasa dendam..
jika temanmu tangis, aku bimbang kau akan lebih terguris..
jika temanmu pura-pura, aku bimbang kau akan lebih berduka..
sayang2ku,
bertemanlah dengan masa..
bertemanlah dengan rasa redha..(",)
bermula kembali memang payah..
malah untuk stabil setelah bermula juga payah..
jangan gusar, kerana payah itu lumrah..
sahabat2ku,sayang2ku,
menoleh ke belakang itu memberi erti dalam usaha kita muhasabah diri...
kenanglah ia sebagai pencambah kematangan dalam diri...
hargailah ia sebagai ruang dan peluang penambah pengalaman dalam episod diari..
bila2 kamu perlu,
ketahuilah aku masih di sini untuk kamu seperti selalu~