meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Monday, February 28, 2011

MISI 6: usaha sehabis daya~

timbul balik lepas tenggelam seminggu..
bahana keracunan masa praktikum nih memang masyhuk rasanyaaa~
betul la bila orang cakap perut tuh pusat ternak penyakit..
sebab?
sebab, efek keracunan nih,

hari isnin: telinga berdesing, tengah2 mengajar blackout nak pitam seb bek sempat paut kat kerusi
fikir baik: aku tidur lambat sgt kot sbb kul 3 pagi baru settle semua kerja, pagi lak kul 5 dah bangun..

hari selasa: badan rasa sangat2 tak sedap, kepala dah berdenyut-denyut, perut lak meragam semacam
fikir baik: migrain aku datang balik agaknye pakej "bendera jepun" nak menjajah jap..

hari rabu: demam panas smpai mengigil-gigil, badan memang tak larat sangat
fikir baik: badan aku ni nak manja2 agaknya sebab dah lama tak demam..

sepanjang minggu: tak lalu nak makan, tekak loya, makan pun dok bluweerk balik, gigi pun ngilu semacam lagi la tak bernafsu nak mkn..
fikir baik: diet time, perut aku nak rehat agaknya..

omm..sebab tak pernah kena keracunan nih, hasilnya, memang terbaik la fikir baik aku tu..or lebih tepat lagi memang banyak alasan taknak pergi klinik punya pasal..hehe..
tu baru simptom2 je ye tuan puan..
sakit sebenar, start hari khamis pai la nih, 'nikmat'nya memang menginsafkan..=)

soal sakit pakej nih,
ada pedoman bagi yang mencari..
banyak yang aku belajar..
dan yang utama,
biar sesulit mana pun,
bila janji, wajib tepati..
alhamdulillah janji pada my JJ accomplished! =)

dan yang paling utama,
aku belajar bagaimana kekuatan cekalnya hati menandingi kondisi diri..
amanah itu akan dipersoalkan di akhirat kelak..
moga aku dapat mengalas sebaiknya amanah mendidik anak2 cilik agar celik hati mereka untukNYA..
_amin_




syukuri kelebihan..redhai kekurangan..bahagia dalam genggaman♥~

Saturday, February 19, 2011

MISI 5:syukuri jalan yang ku lalui~

masih dalam mood praktikum..
hari sabtu pun masih perlu ke sekolah..
jujur, dalam hati aku tiada keluh kesah..
sambutan maulud mengenyangkan perut, akal dan hati..
selak-selak diri aku yang dulu, pasti penerimaan aku bukan sebegini..
ku syukuri jalan yang ku lalui~

mm..observe lusa, hari isnin ni..
moga dipermudahkan segala urusan nanti..
fail masih berterabur, RPH belum diusahakan,
ikut2 perangai aku yang dulu, gelabah confirm punya..
stress jangan nak cerita..
hari ini??hati aku tidak setenat dulu..minda aku tidak segering dulu..
ku syukuri jalan yang aku lalui~

hari ini buat aku terfikir...
bila aku meninggal, apa yang aku tinggalkan?
_tersenyum sendiri tonton zikir ustaz asri di tv_
header blog arwah penuh hikmah:
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...



bersyukur membebaskan diri dari belenggu kecemasan atas kesalahan..
bersyukur membuat apapun kondisi yang dihadapi adalah istimewa di hadapanNYA..
bersyukur menempa semangat untuk memberdayakan potensi yang telah diberikan olehNYA..
bersyukur menyebarkan keimanan dengan benih ikhlas terhadap qadha dan qadarNYA..


_wahai hati, jangan pernah mati syukuri jalan yang kau lalui_

Wednesday, February 16, 2011

MISI 4: jauhi benci~

pujuk-pujuk hati ulang-ulang balik entri misi 1, misi 2 & misi 3...
hmm..
membendung kebelagakan pula kali ini~
*penat yang amat mengadap orang berlagak* (^_^")

belagak bila memang hebat, riak namanya..
tetap SALAH..
berlagak bila konon-konon hebat, tak berpijak di bumi yang nyata namanya..
lagi dan lagilah SALAH..


Ya ALLAH, lapangkankah hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu.
_amin_




_ jauhi benci wahai hati_

Wednesday, February 9, 2011

MISI 3:bersyukurlah kerana pengalaman itu tuan ilmu~

bila kita sudah sedaya upaya usaha,
jalan yang kita perlu lalui masih tetap sama,
bisik pada hati "cekallah"
pesan pada hati dampinglah dengan rasa syukur~
gunakan matamu untuk melihat teman-teman setiamu,
senyumlah dan titipkan ini pada bicaramu:
aku punya peluang berteman pengalaman..
bila aku masih berdiri, hari ini, aku lebih baik dari semalam..

pengalaman itu tuan ilmu,
pengalaman itu mengajar aku ilmu baru..

bila2 kamu rasa sakit di hati, minda @ body,
ingat cerita aku tadi..*kencing kucing jantan*..
masa kena, memang boleh wat hati bungkam, minda beku and body layu
tapi lepas itu??? dengan pengalaman itu aku dapat mencuit hati kamu,
malah aku sentiasa tersenyum selepas itu..
dan lebih penting, kamu dapat ilmu baru (panas rupanya kata wawa)..hahahaha
dan untuk aku, lebih berhati-hati selepas itu...
SEMUANYA KERANA PENGALAMAN ITU TUAN ILMU

*perut aku kembong sebab beria-ia gelak untuk hadirkan senyuman kamu...senyum-senyum selalu ye sahabatku*



wahai hati, dekatlah dengan rasa syukur
"Ya ALLAH janganlah engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri"



_senyum tulus meluluhkan keluh_

Tuesday, February 8, 2011

MISI 2: ikhlaskan hati~

i'm home...
owp, slh..
i'm hostel..ada ke???haha..taram je la labu~

yup2..baru balik ni..
dalam sejarah hidup, hari ni la paling lama ber'attire' kerja almost 13 jam..=)
tak percaya???tengok bawah ni:
*pic taken at 7.12p.m.

*teka2, baju siapa la nih ye???

cop,pesanan diraja:
qilah, maaf lah ye..tak dapat nak santap char keow teow dengan kamu..
lapor benor tadi~

rezeki murah hari ni..alhamdulillah..
terima kasih cik budiWOMAN..=)..nak tulis budiMAN, bukan encik, jd tukar sket..hehehe~
kenyang aku dan 'pemilik baju' kat atas nih,
dapat chicken cheese, hehe...aku..senyum-senyum lagi..



~mujahadah bukan mudah~
~istiqamah lebih payah~
~wahai hati, kamu mesti ikhlas lagi dan lebih lagi~



_badan penat ubat rawatnya istirehat, hati tenat ubat rawatnya tekad_

Monday, February 7, 2011

MISI 1:perbetulkan niat dan senyum je~

assalamualaikum..
*word pertama la kn mood2 praktikum nih..hehe..

mulakan hari dengan betulkan niat dan senyum,
ye SERIUS! tak tipu..bangun2 je belum bukak mata terus buat..
*berkat set mind sebelum tidur semalam~

kembali bersedia untuk menurut perintah!!!_ 3 bulan _ (ala, kejap je..positif2)

permulaan hari macam biasa meleraikan rantai syaitan (doa, wudhu' + solat)
memberi ketenangan untuk memulakan hari ni..
alhamdulillah istiqamah al-mathurat di sisi buat pelindung diri hari ni..

tenang-tenang drive ke sekolah 'bintang'..hehe..
sebelum sampai gate, tetapkan niat lagi sekali..
SENYUM~
(",)

sepanjang 3 bulan ni,
perbetulkan niat ye anis!
senyum ye anis!
kamu belajar dalam mengajar~

sahabat-sahabat 7 PISMP + senior-senior yg dh posting,
semoga anda bertahan dan cekal untuk menjadi GURU yang HEBAT!
sama-sama kita perbetulkan niat dan senyum ye~

tamat cerita praktikum,posting tuk kali ni..
hehe..napa aku senyum???sebab..sebab..nih haa:


hehe..dapat posto depan bilik..
ingat kan peminat mana la tadi kn...hehe..
rupe2nye...tq ye cik milk and cookies..
wat susah2 je cri eskrim strawberry tuk umi malam2 nih..haha..
*cam tau je aku memang cari eskrim nih klau mood rosak..dapatlah aku senyum selalu tengok eskrim yang takkan cair nih..hee..

owp, lagi satu nih:

hehe..pemula sem ari tu dapat,
tapi tunggu mood praktikum dulu..
tq ye cik Tun Teja..boleh la I guna wat melaram time praktikum nih..hehe

senyum lagi..dan masih senyum lagi..=)
*kawan2, cari benda yang happy walau sekecil manapun biar kamu selalu tersenyum!


_senyum, jangan pernah lari dari kami ye_

Thursday, February 3, 2011

teguran berhikmah~

enchik rambut: dik, tu (smbil tnjuk aurat ak yg tak sengaja terdedah)..
enchik akal: nis, lek-lek cube jangan kalut sangat (ayt biasa bila aku tgh emo)..
enchik perut: nis, sudah2 lah tu, ribut pun tau berenti (bila sama2 masih mengunyah)..
enchik hati: mi, senyum (bila muka masam sebab hati bungkam)..

semua teguran-teguran nih, wat aku tersipu-sipu malu, then dua tiga saat pastu aku mesti senyum..
ni lah teguran berhikmah, buat aku rasa disayangi sebab ada yang masih sayang aku untuk terus ingat-mengingatkan aku yang selalu terlupa and terleka nih..
sebagaimana enchik-enchik nih bebas menegur aku, aku pun harap aku ada peluang dan ruang yang sama..

tapi...aku baru tahu dan tersedar tiga hari lepas, aku tersalah caranya..hoho..
my bad, my mistake...
niat aku tag bukan untuk menunjukkan kamu buruk, cuma aku mahu audiens yang lebih ramai sebab bukan semua yang mahu aku tegur ada dalam friendlist mukabukuku..

enchik rambut, enchik akal, enchik perut dan enchik hatiku, maafkan aku ya untuk mengambil mudah dalam meng'tag' kalian...jjur niat aku bukan untuk mengaibkan cuma nampak gayanya cara yang aku pilih tidak berpatutan..


_jangan pernah berhenti menegur aku lagi_