isu mengutuk kerjaya 'cikgu' semakin menular sejak akhir-akhir ni..
fenomena yang mana secara peribadi buat aku sedar
bertambahnya golongan 'lalat-lalat' yang perlu ditangani pastinya bukan dengan emosi..
kenapa 'lalat'?
sebab..
Sekalipun seekor lalat berterbangan di dalam taman yang dipenuhi bunga,
mata sang lalat itu tetap mencari-cari najis, bangkai dan sampah sarap untuk dihinggapinya.
'lalat' tetap makhluk ciptaan tuhan yang mana,
aku sebagai seorang guru,
yang telah dididik oleh guru-guruku yang terdahulu bahawa
tiada satupun ciptaanNYA yang sia-sia..
maka, dalam lautan sangka buruk yang muncul tatkala aku berhadapan dengan
bicara sampah sarap hasil perah 'otak' 'lalat-lalat' ni,
ligat aku mengasah akal untuk melihat hikmah,
sehabis boleh cuba bersangka baik..
tapi, ternyata aku...MASIH TERKIAL-KIAL...
kenapa?
kerana aku dididik berdebat berdasarkan bukti dan fakta,
kerana aku dididik meminta dan memberi izin laluan cuma pada ulasan,
bidasan yang wajar, bernas dan ilmiah..
bukan, dan pastinya BUKAN untuk menelan wajaran yang penuh emosi
apatah lagi yang dilempiaskan sewenang-wenangnya kepada 'kerjaya'
sedangkan ia lebih kepada ketidakpuasan hati melibatkan 'individu'
amboi dik,
beria membakar kelambu, sakit hati sangat dengan nyamuk ya?
fikirlah balik,
kelambu yang protect adik tulah yang adik bakar,
ada adik tengok
keliling rumah adik tu banyak sangat sampah@
saliran air tak betul@ rumput dah panjang kat luar tu???
analoginya,
putar-putar mengata kerjaya 'guru',
apa juga alasannya,
pusing-pusing, jari akan tunjuk balik pada kamu dik..
ikut pada usia,
aku yang perlu dipanggil adik,
tapi melihat pada ujaran...
aku dididik untuk tidak menghukum,
kerana tugas menghukum hanya pada DIA yang MAHA ADIL dan MAHA MENGETAHUI
maka, dalam-dalam nafas aku tarik,
aku bersyukur,
aku yang dilahirkan dan dilorongkan dalam dunia perguruan ini
sebagaimana rakan-rakan seperjuanganku yang lain
kerana aku gusar jika golongan 'adik-adik' ini yang mengambil alih,
apalah acuan ujaran generasi penyambung warisan..
aku bersyukur punyai ibu seorang guru,
yang berjaya mendidik aku bukan bersandar pada intelek semata..
malah, aku akui siapa diri aku hari ini berkat kesungguhan guru-guruku dahulu..
aku simpati pada golongan 'adik-adik' yang tidak punya memori sebagaimana aku,
sedarlah adik, kamu sedang meracuni fikiran darah daging kamu sendiri..
belajarlah menjadi seperti seekor lebah,
menetapkan matanya mencari dan menghargai yang baik
bukannya berterusan melihat dari pandangan mata lalat
cukuplah menular rasa benci, kerana akhirnya ia akan tetap berbalik pada diri sendiri..
susah-susah sangat,
dari menambah saham dosa mengata sesuka rasa,
silalah tubuhkan sekolah sendiri..
lebih afdal dalam mengurangkan kontroversi dan meningkatkan prestasi
bilamana segala bentuk didikan yang 'holistik' pada pandangan hati dan emosi dapat dipenuhi..
akhir kata,
muhasabahlah diri kenapa kamu itu kamu,
kenapa kamu itu bukan aku,
lebih tepat lagi kenapa kamu BUKAN cikgu
aku masih ingat,
melihat senyuman guru-guruku,
masa itu aku berfikir mudahnya menjadi guru,
kini, aku tahu betapa kuat dan sabarnya insan bergelar cikgu..(^____^)