meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Sunday, September 29, 2013

slack_track

Heart, cover your tracks
The blood that you spill will wash what you lack
Soul, sew up your wounds
Test out your engine. Give it some room

Mind, pick up your pace
Capture the thoughts you always chase
Soul, open your wings
Lift this cage higher than any dream

Cover your tracks
Sew up your wounds
Pick up your pace
Open your wings

Heart, flesh out your webs
The past that was tangled will unwrap & shed
Soul, sing out your songs
Clear out your throat. Belt it out strong

Cover your tracks
Sew up your wounds
Pick up your pace
Open your wings
cover your tracks

perlu

pada bila aku perlu,
makna, aku benar-benar perlu
maka, bila itu tidak termampu,
tidak mengapa, kerana aku berdiri kerana aku

aku dan cuma aku,
kerana aku mula bosan pada perlu
bila perlu mengundang sayu
bila perlu mengundang pilu
maka aku tolak perlu

pergi dan terus berlari
benar aku tidak perlu lagi
pada sebuah perlu 
itu mahu duluku

sebagaimana awalnya aku menolak buntu
sebagaimana awalnya aku menolak celaru
sebagaimana awalnya aku menolak sayu
sebagaimana awalnya aku menolak pilu
kini pengakhiran untuk perlu

_tuntutan tugas juga amanah, aku juga amanah_
jangan gusar aku sudah akhirkan pada perlu itu dengan noktah tanpa koma.

Thursday, September 26, 2013

c.i.n.t.a.

cerita..
pendek..
payah..

itu..
akal..
nafas..

nekad..
berat..
tekad..

tidak..
langkah..
tetap..

aku..
gagah..
senyap..

Wednesday, September 25, 2013

HINA

pada sebuah kehinaan,
tersudut dan aku mula menyudut..

perlahan-lahan,
kekuatan aku sedut,
sedar pada kekuatan yang punah,
pada sudut aku mula terduduk..

berpaling,
dan diam,
dalam berkira-kira,
iman mula ku hitung..

neraca akal hilang,
menyusup mencari hati,
terserak kepingan,
perlahan-lahan,
aku kutip..

lebih lama,
percaya masa,
pudar..
menoleh..
masa, tinggal kamu..
hanya kamu..
hanya masa..

ALLAH, jangan tarik itu juga..
cukuplah mati segala rasa..
benarkan aku bertahan pada masa

Monday, September 23, 2013

DIAM_KAKU_BEKU

dulu,
10 tahun yang lalu,
senyum aku kaku,
lebih aku pilih berbekal diam kaku..
pada senyum menutup dingin hatiku..
pada senyum menutup singkat akalku..
pada senyum menutup semua rasa celaru..

pada senyum yang dulu,
biar dalam kaku dan beku,
aku tetap percaya pada yang SATU..
dalam langkah ini aku pasti pada redhaku..

lalu pada redha bertingkat itu,
ujian redha dinaik satu persatu..
ALLAH..

jujur..senyum bukan lagi milikku..
bila kini, ternyata semua seakan berulang satu persatu..
lebih aku pilih berbekal diam kaku..
pada senyum menutup dingin hatiku..
pada senyum menutup singkat akalku..
pada senyum menutup semua rasa celaru.

dalam pada senyum diam kaku beku,
aku tahu,
saat ini juga akan berlalu,
cuma satu,
Ya ALLAH,
janganlah kau bolak balikkan hati ini dari sentiasa percaya akan hikmah aturan permainan takdirku..

hatiku,
bila kini kembali cuma tangis peneman setiamu,
jangan pernah lupa DIA sentiasa ada untukmu,
maka hatiku,
senyum, senyum walau kembali ia pahit seperti dahulu,
percaya, percaya semua akan kembali pulih menyusur waktu...

melihat dengan mudah insan menutur masalah,
jangan pernah gundah,
ALLAH menyayangi dirimu, maka ditingkatkan ujianmu agar sulit bicara dalam menjaga aibmu

masa,
berikan aku kekuatan untuk senyum seperti sediakala semula..

Tuesday, September 10, 2013

LONELY_ALONE

being lonely,
being alone,
just named all the synonym words above all,
really,
I'm just fine..
and really, I meant it...

as even among crowded,
I'm still crawl in my own world..
despite all this,
I'm not in a position to tell,
I'm not in a position to yell,
instead,
I'm not in a position to even open my sense to absorb swell..

one might wonder why I'm so calm..
to deal with so many things that might be much troublesome to others..
just because,
I'm not in a position to even open my sense to absorb swell..
even to rely on person was too much for me as it might hurt even more..

at some point, I thought I could hold back a little,
I should open what I closed for so many years..
beyond the crowd,
I thought I found..
I thought I found..
I really thought I found..

above all trouble, hardship, you put me through,
never even cross in my mind to chatter..
just because,
I thought I found..
I thought I found..
I really thought I found..

right now,
with the tiny space love in my heart,
its broken..
totally broken..
that tiny little space just scattered away..
when you clearly state with all your sense that way...
really how I wish you just tell me your tongue just happened to slip away..
firmly stand by my side sounds extremely ridiculous to me
getting used to be alone as it not bother me much
just that right now its time to get used,
to be with someone who makes me feel alone..

thanks for the phrase : I'm talking the truth, its you..
with all these scattered left,
I'm surrender,
welcoming back my own world,
where silence,
tears,
and only ALLAH comfort..

Sunday, September 8, 2013

HAD SABAR

had kesabaran aku,
aku lebih yakin, lebih tinggi dari yang kalian boleh bayangkan..
sebab aku sendiri tak boleh bayangkan tahap kesabaran aku setiap kali aku sedar aku sebenar berlakon dari hari ke hari, bagaimana payah aku berdiri demi melunaskan janji redhaku pada permainan jalan takdir hidup aku..
sesuatu yang tak boleh aku luahkan mengatasi segala rasa sakit yang kau boleh bayangkan..
persoalan pada betapa redhanya aku dalam setiap apa yang berlaku bukan lagi persoalan dalam hidupku,
bagaimana aku mampu hidup berseorangan di tengah dunia yang cukup asing,
bagaimana aku mampu bertahan dalam melihat segalanaya dari sudut kebaikan mengatasi segala keburukan yang ada,
kerana aku sebenar mendidik hidupku dalam redha sedari aku berusia 12 tahun..
kerana hanya dengan redhalah, aku mampu hidup bernafas sehingga ke hari ini...
kerana didikan agama yang aku peroleh saat aku sebenar mati jiwa lah aku tetap bertahan atas satu garisan halus yang aku namakan kesabaran

benar, cukup mudah untuk kau bercakap,
itu cerita lama..
kau buat aku tergelak, kerana cukup mudah kau berkata2, sedangkan untuk kau bertahan tanpa ada sebarang ujian pun kau sudah menggila membabi buta...
kau salah, sama sekali salah bila kau menganggap dalam redha aku, aku lemah,
kau salah, sama sekali salah bila kau menganggap dalam redha aku, kau boleh memperlakukan aku seperti binatang...
kau salah, mungkin kerana kau lupa, aku dah lama berdepan binatang bertopengkan manusia, aku sudah lama bersedia berdepan kemungkinan berjumpa lagi binatang bertopengkan manusia yang sama, cumanya kali ni, binatang itu bertambah menjadi dua...
kau salah, sangat salah wahai binatang untuk meletak tangan di atas muka aku sebegitu rupa,
mungkin kau lupa, dalam garisan halus kesabaran yang aku simpan, tidak sesekali akan aku biarkan mana-mana insan celaka menyentuh lagi tubuh aku ini..
terima kasih untuk tamparan itu wahai celaka, kerana dari tamparan itu,
aku semakin yakin,
memang benarlah janjiNYA, orang yang baik diciptakan untuk orang yang baik, begitulah sebaliknya.
HARI INI AKU YAKIN, INILAH NERAKA DUNIA YANG ALLAH KURNIAKAN UNTUK ORANG YANG MENGGELAPKAN SISI RIANG KANAK-KANAKKU..
melihat celaka bersama celaka, maka aku akan sentiasa didik diri aku untuk terus redha dengan permainan jalan takdirku kerana aku pasti janjiNYA untuk setiap orang yang teraniaya itu benar.

Aku menahan segala kata kesat, bukan kerana aku hormat,
Aku menahan segala perilaku aib, bukan kerana aku kasihan,
Aku bertahan semata-mata kerana
ilmu,
adab dan
agama yang aku salutkan dalam tiap satu langkah, uturanku
Hormat dan kasihan dalam diri aku dah lama mati untuk celaka yang satunya,
dan hari ini, secara rasmi, segala hormat dan kasihan dalam diri aku turut sama mati untuk celaka yang bersamanya.

Masih ada sisi empati aku pada si cilik yang tidak berdosa,
jangan sampai sisi itu juga mati dalam doa, dia juga punya perjalanan permainan takdir seperti aku juga.
Percayalah wahai celaka, kau takkan pernah sekuat dan sematang aku untuk berdepan kemungkinan itu.

Hati,
wahai hatiku,
aku pemilikmu,
kuatlah...
DIA kirimkan insan yang tetap memeluk erat saat kau sebenar berpaling dari kiblat...
maka nikmat yang mana satu dapat kau dustakan wahai hatiku?
percayalah wahai hatiku, ini cuma ujian untuk redha yang kau pertahankan...





Saturday, September 7, 2013

Nikah's list: AWESOME PHOTOGRAPHER!


Lama menyepi, sebab banyak nak kena fikir dan buat sana sini tanpa henti..
alhamdulillah...
selamat bernikah dengan en suami yang awesome dengan sekali lafaz..=)
banyak cerita nak cerita, makanya untuk elak perangai menyimpang bila aku buat post,
terang2 aku letak title AWESOME PHOTOGRAHPHER pun tersimpang jap pergi kat en suami..hehe..

entri ni khas aku dedikasi kn kat photographer yg officially ada masa solemnization as aku sangat, amat, terlalu berpuas hati dengan servis yang diberikan "bunyi mercun"..

meet my beloved brothers:
abg shah, dgn abg aqmar*abgla sgt ko mar*=p
org first yg upload gambar majlis: abg shah*toche2*
org first yg upload bnyk2 gambar majlis: abg aqmar *syukran2*

thanks for being there for me, not only by being the person who captured my most beloved moment,
but also for all works supposed to do by the man of my family..
glad to have both of you as my bro!
teringat masa tragedi inai segget,
thanks abg shah for reminds me yg having those inai yang meriah penuh tangan tu not a good step especially when we gonna seek for the solemnization's barakah...
although adik also kluar dr SMKA, bila nampak benda cantik, hukum hakam pun boleh terlupa..hehe..thanks again abg..

and also untuk abg aqmar or I prefer to call him my adik,
tq dik for make me smile and laugh giler2, especially bila tengok kau merungut n mengomel macam makcik2, sbb acik sebelah akk tu buat cukur kening segala tapi mengucap macam tak habis belajar agama,
mungkinlah dik, sebab kak nes yg belajar SMKA ni pun hampir2 nak buat inai meriah penuh tangan wrinkle2 bunga bagai sbb nmpak cantik, lupa semua hukum hakam..=p

second, meet my beloved peers:

cahaya kehalusan nama glemer..dari saat aku tunang, mmg awesome sgt klik2 dia ni..
gigih tau...thanks ina...
pastu ada la jgk berjangkit kat my beloved imam: wana...eh sjak bila rajin jadi mamarazi ni wana?=p

and paling tak boleh blah, Gjat pun berjangkit penyakit ni, entah bila dia amik iPhone ak buat snap2 ni:




and, kredit utk diri aku yang tak lupa nak amik gambar sayap kiri and kanan aku masa right before khatam Al-quran session...=)..





hehehe...thanks utk smua peers yg memang cheerful n tak payah diminta bergambar hatta mengambil gambar, korang semua memang tiptop!

siap ada 'flower gurl' lg ok..over sgt nyah~ =p _tq my love_


now...meet my official photographer:

abg din, a.k.a abg din JDT...
sbb aku kenal dia pasal minat aku kat B.O.S.S n JDT..
banyak sebab aku nak bagi publisiti kat abg din ni,
as kalau ada readers yg baca post ni tgh fikir siapa nk hired utk capture moment2 sweet yg sekali je seumur hidup (melainkan ko nk kahwin 2, 3 laa),
tanpa syak,abg din memang pilihan tepat,
meh sini aku cerita kenapa:


1) kelakar, selesa, mesra
-bila masa nk nikah especially, korng akn dpt rasa angin kus2 yg boleh buat korng nervous tak tentu pasal,
masa tgh nervous tu, ingat senang ke nak adapt dgn org yg baru first time ko jmpe dpn2? jantina lain pulak tu...aku ni pulak memang over particular bab aurat segala *ni ak smbung cite section 2*..
but, awesomenya abg din ni, serius, xde rasa kekok langsung, bual flow cantik je, ketawa jangan cerita lah, hilang nebes terkumpul semua, sgt2 cepat mesra, bukan setakat dgn pengantin, dgn pengapit, dgn mak andam, dengan akak pengantin,  semua lah dia bual selamba je and awesomenya semua boleh masuk..=)

2) particular tang agama
- ak ni kadang2 boleh jadi sangat annoyed, bila aku kata tak, makanya tak, family n husband memang tahu sangat2, bila aku cakap, aku sanggup tak pakai make up dari kena makeup dgn lelaki/separuh lelaki, aku taknak amik gambar masa aku solek bila hired male photographer as ak bila make up mmg harus lah rambut, leher terdedah, mmg aku degil and aku boleh mengamuk tak tentu pasal sebab2 macam ni..hehe..my bad..
tapi kan...tapi kan...abg din ni, comel tau....sebab??? sebelum ni bila aku cakap tak means tak lah kan,
sekali encik suami call ckp "ummi, abg din mintak ummi pakai tudung lengkap, dah sedia nanti dia nak amik gambar solek sikit mana yang dapat, boleh tak ummi, abg din dah tunggu kat bawah tu?"
serius ak terus senyum masa tu, eh, bagus jugak abg din ni...first impression ak tuu...berbintang2 untuk abg din..=)
- dalam pada aku menjaga tu, dah namanya nervous pengantin, elok je lepas 'sah', kan ada kena salam2, aku punyalah nervous n blur, semua aku salam, nasib baik lah tok kadi dah jalan ke depan, kalau tak mau dengan tok2 kadi aku salam sekali..=p...dalam pada aku blur tu, ade la aku tersalam 4, 5 org lelaki yg aku rasa ajnabi, nasib baik abg din sedarkan aku, dia pergi sebalah aku then bisik "Anis, salam yang perempuan je, lelaki tak payah". Aku macam haaa?aku dah salam berapa banyak lelaki ni???rasa nak tepuk dahi laju2 je...khilaf aku ni, klau xde abg din, tak dapat aku bayangkan saham aku salam dengan ajnabi2 yg lainnya...istighfar banyak...mana nak dapat photographer macam ni? bukan hanya peka dengan angle, lighthing, je, tang adab dan agama tu, susah weii nk dapat photographer merangkap penasihat bertauliah ni..senyum banyak2 aku tiap kali aku ingat balik....mmg tak salah pilihan aku dengan husband..=)

3) profesional bak hang~
- pasal skill abg din mmg tak yah ckp lah, tgk koleksi lens die pun dah tau, tapi, bukan senang jgk nk dpt photographer yg boleh jadi director at the same time..
bagi pasangan yang malu2 nk pose, abg din mmg cukup terbaik...
sebabnya, dalam pada aku yg mmg camwhore and husband yang memang quite 'gila2', kira tak berapa nak seganlah, tapi at that important day, kitorang seriously kaku beku...nebes pengantin belum hilang kot..
yang bestnya abg din ni, dia yang akan cakap pose macam mana, kepala tu berapa degree dagu kena turun, nak dongak banyak mana, siapa tengok siapa, tangan nak letak kat mana,
semualah, senang cerita, tak payah buat research pose, abg din dah ada semua dalam kepala..=)

4) menepati masa, tak berkira,,
- photographer yg dh establish mmg wajib ada time frame utk majlis as service charge pun according to time value, tapi kan..tapi kan...abg din ni cool juga, sorry dpt pengantin macam anis ni yg asyik ckp, jap eyh abg din, jap je, sikit je lagi, "kalau boleh semua org nk kne ada dlm gambar" punya perangai..=p...although dah banyak kali jugak abg din dok tengok jam, tetap jugak abg din kasi settle semua yg anis minta..=)...mana dgn insiden tok kadi salah rumah berjam lagi...hehehe..funny yet memorable enough..tq abg din bersama2 family anis and jazli sabar menunggu tak berkira waktu even semua dah tak senang duduk masa tu..=p

5) mudah dibawa berbincang and available..
- yang nego dgn abg din ni for sure la my en husband, my beloved Jazli picture him as a very easy-going person...mula2 macam ada doubt la jugak, yela, bukan photographer kecik2 abg din ni, risau jgk over budget, macam2 lah yang bermain di benak pemikirankuuu...nego punya nego, abg din kasi best price untuk kitorang...=)...senyum banyak2...dengan skill yg abg din ada, dgn sikap abg din, dgn ilmu agama dia semua, terasa kerdil sgt diri ni dapat jugak hired abg Din...=)...senyum lagi banyak2...

panjang lebar as expexted entri lepas gian menaip ni..=p
motif entri ni " TERIMA KASIH MY AWESOME PHOTOGRAPHER!!!"
ooh, untuk yg nk hired abg Din yg awesome ni boleh riki2 kat fb dia:
Saluddin Ismail
tapi 01/12/2013 I dah booked dia tau..kikikikiki...
sori lah abg Din tepek nama abg Din banyak2 kat post ni,
mmg perangai sy kalau puas hati, puas hati betul,
benda baik, baik kita share dgn org lain kan...=)
semoga abg terus sukses and jadi legend dengan skill abg..terima kasih mencemar duli sudi rakam majlis kami..pssst: jumpa lagi akhir tahun nanti...=)
_special appreciation for whole family, both side, bff, guest, next post pulak, panjang bebenau dah entri kali ni_ =)