meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Monday, November 9, 2015

Baru

dalam sedar
dalam tidak
masa beranjak
detik bergerak

dalam sedar
dalam tidak
yang ada tiada
yang tiada ada

dalam sedar
dalam tidak
saat silam disingkap
jemari kejap melewat

pada bayu aku kirim rindu
salam pada dosa lalu yang melorong jalan pahalaku
pada bayang aku kirim tenang
doa pada dosa lalu yang mendewasakan kamu dan aku

hening lewat waktu
biar waktu berputar
pada senyummu
pada tawaku
pada masa lalu
sebenar kekuatan untukku yang baru

terima kasih sahabat kekasih dunia
moga di akhirat jalan baru ini yang membantu

Wednesday, June 24, 2015

GUA

di dalamnya kelam
di luarnya berbalam-balam

mengintai
cuba untuk keluar
keluar untuk kesekian kalinya
kesekian kalinya yang kelam itu juga lebih mendamaikan

darah
kerana darah ini
biarkan aku yang berdarah
berkali-kali
sendiri

lunyai
setiap satu berderai
hingga sampai
biar membusung barai

bisu
sebenar tersudut melesu
sebenar letih kelu

pekak
sebenar kosong di benak
sebenar biar lantak

GUA

di dalamnya kelam
di luarnya berbalam-balam

mengintai
cuba untuk keluar
keluar untuk kesekian kalinya
kesekian kalinya yang kelam itu juga lebih mendamaikan

darah
kerana darah ini
biarkan aku yang berdarah
berkali-kali
sendiri

lunyai
setiap satu berderai
hingga sampai
biar membusung barai

bisu
sebenar tersudut melesu
sebenar letih kelu

pekak
sebenar kosong di benak
sebenar biar lantak

GUA

di dalamnya kelam
di luarnya berbalam-balam

mengintai
cuba untuk keluar
keluar untuk kesekian kalinya
kesekian kalinya yang kelam itu juga lebih mendamaikan

darah
kerana darah ini
biarkan aku yang berdarah
berkali-kali
sendiri

lunyai
setiap satu berderai
hingga sampai
biar membusung barai

bisu
sebenar tersudut melesu
sebenar letih kelu

pekak
sebenar kosong di benak
sebenar biar lantak

GUA

di dalamnya kelam
di luarnya berbalam-balam

mengintai
cuba untuk keluar
keluar untuk kesekian kalinya
kesekian kalinya yang kelam itu juga lebih mendamaikan

darah
kerana darah ini
biarkan aku yang berdarah
berkali-kali
sendiri

lunyai
setiap satu berderai
hingga sampai
biar membusung barai

bisu
sebenar tersudut melesu
sebenar letih kelu

pekak
sebenar kosong di benak
sebenar biar lantak

Monday, August 25, 2014

RESEPI: UDANG SAMBAL PETAI

ummi anas dah mula cuti..
pusing masak, basuh baju, kemas rumah, masak balik, tengok tv, baca itu ini, mula bosan..
biasa kalau kerja pejam celik tau2 dah malam and ready untuk next routine macam semua benda tak menyempat..as career woman yg kena buat kerja housewife jugak itu la pusingnya ye dop..
makanya, perlu jadi insan bersyukur dapat peluang berehat macam ni..alhamdulillah..=)

nak berWhatsApp,
hp slow macam siput, sekali dah berjela smpai beratus msg unread, barulah hp nk update, pastu hang,
harap boleh baca citer 3 ari lepas je la, nk msuk tgh2 chat ilang punca,
kdg2 buat je muka tak malu masuk suka ati..=p

nak berFacebook,
dkat hp mmg boleh jd silent reader je la...tang guna laptop bru semangat sikit tp sikit je la, hang dia jgn citer..
makanya bila semua hang, umi anas layan blog ni je la..blogwalking...
agak2 hang, dok biar dia load dulu pusing la buat benda lain pastu jengah balik..=)

oh, ni entri pertama ummi anas nak buat pasal resepi..
kenapa udang sambal petai?
sebab ni resepi pertama ummi buat dengan niat nak jamu orang sebelum ummi anas bersalin..=)
kiranya resepi pertama yg ummi anas buat untuk jamu orang yg ramai..
biasa paling ramai pun harus utk family lah kan,
plus sebab dalam family ummi anas banyak chef, biasa ummi anas ni jd helper je, selalu tolong makan lah..haha..=p

Bahan-bahan:
Udang - 2kg
Petai - sebungkus besar
Bawang merah - 15biji
Bawang putih - 20biji
Halia - 1inci
Ikan bilis - segenggam
Cili kering kisar (cili boh) - 5 sudu besar
Sos tiram - secukup rasa
Garam - seukup rasa
Gula - secukup rasa

Cara-cara:
1) Blend bawang merah, bawang putih, halia, ikan bilis n air
2) Panaskan minyak, goreng udang setengah masak untuk dapatkan minyak yg sedap and tak payah masak lama sangat nanti
(cinta hati tanya perlu ke nak goreng dulu, masuk je la hujung nanti, haa,
tu yg lainnya ummi anas masak, tu yg nanti rasa kuah sambal dia lagi kick ye tuan puan..=)
3) put aside udang2 tu semua, masukkan bahan di blend tadi, biar sampai naik bau, baru masukkan cili kering kisar, part ni kena masak lama sikit, api perlahankan bagi lada betul masak kalau tak sakit perut org yg makan nanti..
4) masukkan petai, perasakan dengan sos tiram, garam and gula
5) masukkan udang, tunggu mendidih...siapppp..=)

ni menu sesuka rasa hati ummi je campak2, finger cross...wallah...jadi..
takut2 jugak tak menjadi tapi alhamdulillah, niat yg baik mmg ALLAH permudahkan,
maka sesi potluck sekolah settle part ummi utk menu ni..=)..
tgk cikgu2 ni makan bertambah n masa nk balik bekas licin, dpt thumbs up n word sedap,
boleh la share resepi tanpa ragu2 kan..=)

selamat mencuba..=)..selamat berpotluck..=)
next share resepi mudah lagi,
sbb suka main campak2, takut lupa resepi sendiri lepas 'tempoh pantang' nanti..=p

#sayangmycintahati: gigih g pasar belikan bahan basah,
nak harap mak buyung tunggu hari ni ni x dapek nk ligat sgt..love u!

Monday, August 18, 2014

WISHLIST

nak sihat dan kuat
nak jalan laju-laju
nak muka comel selalu
nak kaya raya
nak bahagia sepanjang masa
nak iman meningkat tak turun-turun
nak senyum tak plastik
nak semua yang thorbaikkkk

nak tu kemahuan
nak tu tak semestinya keperluan
tapi dari nak yang mahu tu akan buat kita rasa perlu..
"rasa" belum tentu yang padan untuk kita..

takkan tahu nikmatnya sihat dan kuat bila tak pernah merasa sakit dan lemah,
takkan tahu nikmatnya jalan laju-laju bila tak pernah merasa jalan lambat sesiput,
takkan tahu nikmatnya muka comel selalu bila tak pernah merasa muka lendut mencuka,
takkan tahu nikmatnya kaya raya bila tak pernah merasa jadi papa kedana,
takkan tahu nikmatnya bahagia bila tak pernah duka nestapa,
takkan tahu nikmatnya jadi manusia beriman bila tak pernah sedetik pun akui kealpaan,
takkan tahu nikmatnya ikhlas dalam senyuman bila tak  pernah merasa sembunyi di balik gembira pura-pura,
takkan tahu nikmatnya kebaikan dalam kehidupan bila tak pernah merasa baiknya dalam buruk..

makanya dalam setiap nak yang belum berhak,
percaya pada TUAN masa,
pemilik yang lebih cakna baik buruk setiap rencana..
_keluh kesah cuma penambah resah_