meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Saturday, March 1, 2014

RASA INDAHNYA PERITKU

Aku telah miliki...
RASA INDAHNYA PERIHKU...

Few past post mode mmg ke laut...
akhirnya,
tak akhir sgt lah,
but everyday bernafas dan dalam setiap nafas kekuatan redha aku cuba sedut..

sampai masa,
mmg aku rasa nak bunuh orang,
sebab tu bila aku cakap aku tak nak dengar lagi,
aku betul maksudkan aku tak nak dengar, aku dah tak nak ada kaitan lagi,
sebab aku dah cukup tak waras ni lah aku boleh hidup sampai sekarang,
senyum dan tetap tersenyum..

lembut aku tu dulu,
dan sekarang hanya untuk yang layak..
aku pernah bagi ruang, bukan aku jahil dan bakhil sangat tak tahu erti peluang..
cukuplah peluang kedua,
sebab aku gila je aku bagi lagi peluang kedua,
maka kalau aku bagi lagi ruang untuk peluang ketiga maka aku sah betul2 gila..

maka sampai satu tahap,
untuk biar jiwa aku hidup kembali berpaksi sejadah lurus berkiblat,
biar kali ini aku dikecam memutus silaturrahim,
persetankan..
apa kau ada masa aku ditarik?
apa kau ada masa aku di......, di......, di.......?
kali ini,
benar aku benar-benar persetankan,
kerana aku juga mahu terus hidup,
maka kau siapa?
simpan saja nasihat ustazah jika kau fikir itu boleh merubah pendirian aku,
kerana kali ini aku betul2 yakin gila aku boleh jadi sebenar menggila jika kau cuba paksa aku menerima

cerita yang diubah,
persetankan,
aku bukan hidup kerana rangka cerita,
aku bukan mati kerana paksi dusta,
jiwa aku, akal aku mati dua kali
maka kalau kau cukup kejam paksakan aku untuk mati sekali lagi,silakan..
tapi bersedialah, kali ini,
aku akan pastikan bila aku mati, akan aku seret puncanya sekali

aku telah miliki,
RASA INDAHNYA PERIHKU,
mengajar aku bangkit kali ini
dengan menyah matikan bangkai yang tersimpan rapi selama ini..
noktah