meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Wednesday, May 16, 2012

hari-hari hari guru

al kisah, first year ni, memang akan jadi kenangan sampai matilah jawabnya..
dah biasa 23 tahun hidup kat bumi Johor, memang meriah alam bila tiba 16 Mei,
sambutan dekat sekolah macam nak sambut raya je..=)..

lain padang lain belalang kan..
harus lainlah cara sambutan kat bumi di pijak sekarang ni..
precisely, 16 Mei 2012: kelas macam biasa + meeting + koko petang lagi..
maka, nothing to expect lah kan..kitakan guru yang selamanya menurut perintah...

tapi,
murid2 kamek, sweet sangat! NO DOUBT!!
even, tak pernah sekali pun keluar dari mulut ni mention pasal hari guru @yg sewaktu dengannya..
still, sidak-sidaknya berjaya buat kamek melt sangat2..

firstly,
dis one little girl,
on 12/05/12 dah buat advance wish+gift..
muka terkulat2 je jadi masa terima as macam, hari ni hari guru ke?
kamek salah nanga tarikh ka?haha
_senyum je sebab tak sampai hati nak bagitahu si cilik yang hari guru suppose to be 16/05??_

16/05/12
masuk2 kelas, ketua macam biasa teksnya : "bangun semua".."selamat pagi cikgu Anis"
so, getting used to it la harusnya..
suddenly, they change it to this one : "selamat hari guru cikgu Anis"..instead of "selamat pagi"
me? blur2..terus gelak2...rasa cute gilak sidak2nya..
hati tersentuh sangat masa tu, sbb first time in my life, 45org serentak wish siap ada lenggok lagi..=)))
then, dalam pada memang tak ada sambutan ke apa, sorang2 datang bagi gift, kad, wish...
dari dalam kelas, luar kelas, dalam kantin, bilik guru, kat court..kenak lah sidak2nya sweet sgt???=)

apa yang buat hati ni melt???
bukan sebab gift for sure..
coz kalau nak compare sini dengan JB memang macam langit dengan bumi bezanya..
tapi, ada satu benda yang sama...
sidaknya: mereka: my lovely precious students...
efforts sidaknya..dalam pada tak berkemampuan, kreatif dengan alternatif masing-masing..
buat cikgu Anis ni senyum sampai ke telinga
*ok, tipu, sampai berdekah2 ketawa sebenarnya kacak benar cara masing2*..hee..
psst:
sejarah-->first time dapat di hug student sendiri as sebelum ni mengajar semua budak lelaki je..=p

yang lagi sweet, bila exStudent ingat lagi cikgu dia ni even dah terpisah dek lautan gitu..eceeeh..hehe
=)..thanks dear..feel hari ini sangat awesome~ =)))



Not forgotten;
Khas buat semua insan-insan awesome,


SELAMAT HARI GURU
_hari-hari hari guru ep 1_

Friday, March 9, 2012

hari 5 = 5 tahun

kalau semenanjung,
bahasa kita guna: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat..

kalau Borneo,
madahnya: hari 1, hari 2, hari 3, hari 4, hari 5..










genap hari 5,
5 tahun dah rupanya..
gula-gula yang ada kelatnya,
ada masamnya, ada lemaknya,
yang pasti, MANISnya tetap terkesan..
pelangi yang menghadirkan senyum
saat terkadang pandangan mula berkaca..(^__^)



pelangi yang mengajarkan aku mengenal warna dalam kehidupan..
gula-gula yang mengajarkan aku mengenal manis dalam kepahitan..
permudahkanlah urusan kami ya ALLAH dengan sebaik-baik ketentuan..(^__^)





Friday, February 24, 2012

DOA GURU

masa kecil, kamek selalu dengar doa guru makbul,
sebab tu bila belajar, sik(tak) bulih derhaka sama guru,
kena dengar madah(cakap) guru..

alhamdulillah, hari ni, merasa sendiri pengalaman berharga ni..
sepanjang minggu ni, kamek kepak(letih) gilak dengan rutin bangun seawal 4.00 am,
balit umah dah malam terus tidur untuk ulang rutin yang sama esoknya..
dalam pada mengiring kontinjen atlet seramai 44orang secara solo, memang tak tergambar penatnya..
masih bertahan dengan senyuman sehingga saat seorang anak didik ni melampaui batasan yang sebenar2 melampau, terlampau...amat sangat melampau..


atas sejadah saat tangan tertadah..
"Ya Allah, di saat kau uji ___nama anak didikku_
dengan kau tarik kesenangan hidupnya, kemudahan hidupnya,
nikmat wang ringgitnya,  keindahan rupa parasnya, kecerdasan akalnya,
janganlah Ya Allah kau tarik kelembutan hatinya..
dia terlalu muda Ya Allah..
lunakkanlah hatinya selunak-lunaknya..
permudahkanlah urusannya Ya Allah..
permudahkanlah urusanku Ya Allah..
hindarkanlah hatiku dari hanya melihat keburukan yang ada padanya...
perkenankanlah pintaku Ya Allah......."


hari ini di saat kamek masih kepak sik tauk(tahu) mauk(mahu) polah(buat) kerja mana dulu
asbab bertimbun bertimpa2 kerja,
senyum tertempa juak..
asbab dia sudah mula berubah..alhamdulillah~ (^_______^)

_mencari kekuatan hati_

Friday, February 3, 2012

HEBAT

manusia hebat,
tidak mengabai asal niat hasrat,
meski hujan dugaan melebat,
tetap azam duduk terletak...

manusia hebat,
tidak perlekeh apa yang dilihat,
sebaliknya memikir di benak galak ligat
agar sarat beroleh manfaat...

manusia hebat,
tidak pernah merasa berat,
walau yang dikendong memerah mulas keringat,
biarpun saat merasa dijerat...

manusia hebat,
tidak sewenang berdebat,
apatah bersepah kata di sebat,
saat diuji biar manapun kuat...

manusia hebat,
tidak terusik pada nista kata laku karat,
meski duka berlebih seakan kian berkulat,
tetap di biar hanya yang manis terpahat...

yeay!!!sindrom rima dah menyerang kembali...
means, petanda saya semakin stabil...keh3..'saya' tu tak tahan..hehe
psst, from now onwards, 'saya' tak guna lagi 'ak' as pengganti diri dalam blog ni..
nak guna apa eyh?
haruslaaaahhhh....KAMIK...=)

niat di hati nak buat post dalam bahasa Sarawak je terus tapi belum mahir sangat,
so simpan la dulu hasrat yang satu ni..=p

macam mana kamik rasa dipostingkan ke Sarawak ni?
apa jadi?
memandangkan niat awalnya memang nak berbakti pada nusa dan bangsa, (berkobar2..ehehe)
so, cerita2 duka nestapa takkan available dalam blog ni..
which, upcoming post will be the WOW and only WOWWWW things/events/ect...insyaALLAH..=)

bila mode nak mengadu and keluh kesah sampai,
terus teringat kawan2 Bacarz especially and yang seangkatan ke Borneo yang lain...
hebatnya mereka-mereka ni..
autentik sungguh dengan cabaran masing2,
love them as although they struggle even more than me,
they still manage to console the 'spoilt' me..=)
maka, kamik mauk turut sama jadi manusia hebat seperti sidaknya (mereka).


_berkatalah yang baik-baik kerana kata-kata itu doa...doa itu senjata mukmin_

Friday, January 27, 2012

keluh-kesah

keluh-kesah,
sifar faedah..
hatta berjela naskah al-kisah,
tiada yang kisah..

engkau senanglah,
aku susah???
sudahlah...
jangan biar syaitan berdekah-dekah..
dengan rungutan tak sudah,
akhir, hati kau cuma bertambah parah..

antara keringat yang kau curah,
antara minda yang kau perah,
antara jiwa yang kau serah,
sebaik-baiknya atas tikar sejadah..
moga kau istiqamah di jalan mujahadah!

bertabahlah..
setiap yang payah, pasangannya mudah~ =)







mode: memangkah kalendar 09/03/2012..hehehe


Tuesday, January 10, 2012

aniSarawak

alhamdulillah...


so far, ni second post yang ditaip dalam keadaan tangan menggigil
(first post masa baru lepas accident)..

akhirnya, terjawab sudah teka-teki rezeki posting kali ni..
honestly, nak kata terkejut tak jugak..nak kata tak terkejut pun tak jugak..=p
alhamdulillah..atas rahmat and nikmat tenang yang menyelinap di segenap pelusuk hati..=)

sejarah al-kisah, dari kecik sampai 23tahun, tak pernah umur study luar Johor..
so, suppose macam terkejut beruk la kan kena posting luar Johor plus luar terus kena Sarawak..
but seems I've seen the sign before, so possible la why ak cool semacam je
(pelik tapi benar)

SIGN???apakah?

1. dari mula, masa banyak tawaran kabel datang (if I'm not mistaken, 3 sumber) untuk posting, tapi semua ak tolak dengan baik..dalam hati, tak terasa langsung nak amik opportunity tu..due to my strong belief that HE got better plan for me...

2. cuti kali ni adalah cuti terbaik yang pernah ak rasa..cuti yang paling lama gather dgn family and enjoying myself..

3. mimpi yang sama 3 kali berturut-turut dapat posting ke negeri Borneo..bila habaq kat my mom plus en hati kena gelak je lebih as they thought I'm too curious about my posting..

4. unconsciously bought express veil and blouses and terfikir beg apa nak bawak kalau kena hantar luar Johor..

5. biasanya ak memang jenis pendoa yg spesifik..but recently, I'm just hold dearly to the holy Al-Quran and my doa just simply based on tawakal..



masa kawan2 lain sibuk update dapat posting mana,
me?blur2 katak je refresh page moe tak lepas2..
last2, tahu tempat from en hati which I'm just laughing tak hengat lah kan
sebab ingat dia nak buat lawak malam2 tak berapa nak buta ni..=p
but then,
after he sounds extremely seriously..keh3..
baru la macam..eh..ye ke?
hehe..haruslah cool kan..=p
dalam pada cool2 tu, memang haruslah tangan and kaki ak terus jadi cold skali..hehe..
tu yang menggigil..ambil masa jugak nak buat entri ni..

motif buat entri ni??? for myself:
to remind myself to be positive..
to smile and never frown even a little bit..
to have faith in my own fate..
as I managed to do so this whole 23 years plus~ =)

for my lovely blog readers:
to remind you to be positive..
to smile and never frown even a little bit..
to have faith in your own fate..
as you managed to do so this whole ** years plus~ =)

buat semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah,
sama-samalah kita menguntum senyuman indah..
wahai hati, ikhlaslah saat memulakan langkah..
pasti ada manisnya dalam setiap yang payah..
insyaALLAH, akan ada jalan pemudah~

new journey..new experienced..new perspective..
it may be tough, it may be rough..
I might fall hard..
but remember dear heart,
please never ever fall apart..=)

"Berikanlah kami Ya ALLAH,
iman yang sebenarnya
sehingga kami tidak lagi gentar
atau mengharap orang lain
selain dari Engkau sendiri"
_Amin_

 ~cukuplah ALLAH bagiku~
cantik aturanNYA..
B
for B.A.C.A.R.Z

for BORNEO

Wednesday, December 7, 2011

TEMU DUGAAN TEMU DUGA

tips menghadiri temuduga:
sila COMPARE kelengkapan fail anda dengan rakan yang lain..
dalam pada asyik belek fail untuk temu duga berbulan awal pun,
memang rezeki ak kali ni kena basuh dengan HEP, kenangan berpeluh wok yang ni..=p

rezeki student intake 3 la kan yang mula2 panggil masuk dulu dengan phone call je,
surat tawaran siap my mom sendiri yang isikan nama..
kiranya memang dari 2006 tak pernah la tengok surat tawaran yg ori heading berwarna macam yang lain..
maka dengan penuh yakinnya, (ak mmg slalu yakin je, tapi kali ni yakin tu jadi my bad..)..=p
masa tengok surat tawaran member ada heading cantik,
ak boleh cool and fikir: intake lain2 surat lain2..haha..

maka bila kejadian cik qilah di tahan dari masuk temuduga atas kes yang sama,
berderau la darah..
sweet kan qila memori HEP..
baru tahu kepentingan masuk kerja awal, buat kerja cepat
bila kepala blank je tahu PAR belum masuk kerja nak mintak tolong cari surat,
bila tengok semua buat kerja guna speed siput..hahaha..
berderau tak berderau la kan bila terfikir pasal sehelai kertas punya pasal..=p
alhamdulillah atas berkat puan elmi yang memang superb plus baik bak,
kes dugaan sehelai kertas surat tawaran selesai..

dugaan semakan fail settle: tips pada yang belum..MESTI SEMUA ORI MAAA! =)
yg perlu ada:
1. IC
2. SURAT BERANAK
3. SIJIL SPM
4. SURAT TAWARAN
(sila jangan ulang kesengalan ak..segeralah ke HEP kalau takde..mintak surat akuan tamat kursus)
5. SLIP KEPUTUSAN DARI AWAL SEM- SEM 7
-->sijil lain buat ada2 je..

then, dapat nombor, giliran 4, bilik 1
try la jugak tanya2 member + KPLI yang dah sudah di interview dalam bilik 1 ni:
bukan rata-rata ye..tapi semua bagi respon: senyum dan geleng kepala
haha..
ayat abg KPLI yg ak paling ingat:
dah2 tutup semua tu, tak payah baca, semua soalan dia out of the box..
apa la yang out sangat tu kan??hehe..jap lagi ak share..

but first, kalau tak nak kena ceramah and basuh awal2, note this one:
 1. lelaki, RAMBUT mesti kemas,
tak mau cacak2, simpan la cacak korang tu untuk hari lain,
yang ni memang tiada kompromi..kena fire berdas je kalau buat jugak..

2. BLAZER..kalau terdesak pinjam org,
please bersedia dengan jawapan yang kukuh
as tadi memang ada yg kena kaw2 tang blazer pinjam yang saiz besar..=p

3. NAME TAG..time penerangan hari tu, K.J. kan cakap tak payah pakai..
but then, penemu duga ak tu slumber je tiaw balik: kenapa awak ikut cakap K.J?
awak kena ikut cakap penemu duga..=_=

4. KAD MATRIK

5. KASUT..kena kiwi tau..guna KIWI je..hoho..kalau tak sedas lagi dia bagi..


owh, masuk tang soalan,hehe..

1st round which ak namakan round senyap, senyum, geleng kepala, n tersipu2 je..
hahaha speechless wok..
soalan2 yang tak mampu nak di krek walau dah berusaha di krek pun,
hanya menerima gelengan balik je dari si penemuduga..

1) matlamat kementerian pelajaran
..maka segala falsafah pendidikan, falsafah perguruan, sekolah and semua yang di krek pun macam angin lalu je..

2) wawasan 2020
..serasa ak, dah sehabis keluar dah fakta yang ada dalam minda..still yg dapat gelengan jugak..

3) dasar pandang ke timur
..same jugak, sehabis semua sepengetahuan kitorang tentang dasar pandang ke timur ni, tetap yang dapat, gelengan jugak..
_masa ni, ak dah mula rasa tenang bak..why??
sebab ak mula perasan penemuduga ni macam cuma nak lihat
cara kita handle situasi bila jawapan ditolak mentah2, although jawapan tu logik..
and ak mula rasakan soalan2 selepas ni akan jadi soalan2 yang lebih bertumpu
and means hanya one quote: maaf tuan, saya tak pasti_


4) NKRA 1, berapa peratus kadar jenayah yang berjaya dikurangkan?
5) berdasakan NKRA, berapa bilangan prasekolah yang telah diwujudkan?
6) Berapa bilangan murid prasekolah tahun 2010?
7) Berapa bilangan murid prasekolah tahun 2011?
actually, banyak lagi soalan lain,
tapi ak tak teringat pulak as yang lain memang
TIADA KENA MENGENA DENGAN DUNIA PENDIDIKAN, (etc: berapa bilangan LRT baru?)
but semua ni yang perlukan DIGIT dan hanya DIGIT
tanpa ada sebarang unsur krek yang boleh diselitkan..=p


maka, suasana hening dengan senyuman di bibir..=)
then they said: teruk awak semua ni..pengetahuan awam kurang..(*sesi basuhan bermula)
hmm..kami bagi lagi peluang
suddenly, they ask each one of us to state our former school..
(maka di saat itu, ak tahu ak bakal jadi target..haha..and yup..I AM!)

ak: smka JOHOR BAHRU..

TUAN 1 & TUAN 2: oh...orang Johor..mesti tahu semua pasal Johor kan..pasal SINGAPORE..bolehlah tanya, mesti boleh jawab ni..

ak dengan senyum: Boleh tuan..insyaALLAH, saya boleh cuba

soalan: BERAPAKAH BILANGAN PENDUDUK SINGAPORE?
awak mesti jawab betul, kalau salah, yang lain semua gagal..
keputusan temuduga awak semua bergantung pada jawapan Anis..
kalau awak dapat surat, awak gagal, awak cari ANIS..
ya ANIS, jawapan awak?

ak dengan senyum lagi: sepengetahuan saya dari hasil pembacaan saya...bla3...

TUAN 1: saya mahu angka

ak dengan senyum lagi: tuan, jika exact digit yang tuan mahukan, maafkan saya, ia di luar bidang pengetahuan saya

TUAN 1: beri saya anggaran

ak dengan senyum lagi: Anggaran? Penerangan awal saya adalah apa yang saya ketahui, yang saya pasti. Maaf jika tidak tepat..
*masa ni, instinct ak memang kuat bak rasa they just want to provoke..to see how we dealt the situation*
(*sesi basuhan bersambung lagi..=p)

sesi ke2 bersambung in which soalan2 yang ditanya barulah ada unsur pendidikan..
sesuatu yang sekurang-kurangnya kita pernah dengar @ get used to..
but still, common things: provoke and provoke lagi..=)

ALHAMDULILLAH sesi ak dah selesai..
mudah-mudahan semua yang selesai di temuduga mendapat keputusan lulus,
so that tak sia2 ilmu dikendong 5 tahun setengah ye dop..=)
mudah-mudahan yang belum merasa dugaan ni,
dipermudahkan urusan and memperoleh ketenangan sebagaimana yang ak dapat hari ni..=)
_amin_

perkongsian:
biar apa pun, SENYUM dan TENANG sahaja..
CUBA MENJAWAB sehabis daya dengan penuh yakin..
bila memang blank and tiada peluang krek langsung ingat this mantera:
MAAF TUAN, SAYA KURANG PASTI sambil tersenyum comel tanpa menampakkan garis-garis halus kerisauan ye tuan puan..=)
remember this one: they will provoke u no matter how..so, be calm..as calm as we:





hee..abis temuduga, layan Xbox sedas dua..
semangat sangat makhluk ni..
siapalah agaknya yee???=)..
love B.A.C.A.R.Z.


_tenang itu matang_