meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Friday, June 29, 2012

HIBERNASI EMOSI

bukan selalu mode hibernasi emosi ni datang..
sekali dulu masa aku sekolah rendah
kira-kira lebih sedekad..
sebabnya, hanya aku dan DIA yang tahu..


atas ihsan yang DIA turunkan pada 'seorang insan' ini,
asbab yang dulu dapat aku benam jauh-jauh,
jujur aku terlampau terhutang budi..
bila aku kembali bebas mengekspresi diri lagi..
cuma kali ini,
tak dapat tidak sekali lagi emosi aku terpaksa berhibernasi..

aku tahu sehabis daya di usaha,
aku percaya semua yang aku lalui bukan sia-sia
cuma aku benar-benar kehabisan kata,
benar - benar meneliti semula...


asbab yang sentiasa aku usaha sehabis daya positifkan ia..
tapi, untuk kesekian kalinya,
bila mana ulang-ulang kali jadi lagi,
aku mula berfikir,
sama macam dulu,
aku cuma ada aku dan aku cuma ada DIA..
mungkin sahaja DIA merancang sesuatu yang lebih baik
yang mana di dalamnya aku cuma koma bukan noktah.




 
bukan semua emosi perlu diekspresi
maka bila aku bingung lebih baik emosi aku berhibernasi

Wednesday, June 20, 2012

usia matang hati kontang

exhausted!!!
selalu sebenarnya, cuma sejarah hari ni sampai peak,
exhausted body boleh tahan lagi, tapi bila dah kaut dengan emosi, hmmm..

ada banyak manusia,
sebelum ni, entah kenapa,selama 23 tahun aku hidup,
manusia yang aku jumpa paling teruk pun bukanlah sampai tahap macam ni..
rezeki jumpa manusia pelik-pelik nampaknya bila aku dalam fasa nak masuk 24 tahun ni..


alasan,
buat alasan berjela
hatta setebal assignment pun aku boleh..
tapi berpadalah...

manusia memang suka ambil kesempatan,
tapi berpadalah,
jangan sampai kau di balas dengan SEBENAR-BENAR KESEMPITAN..

lagi-lagi ulang kali aku bisik hati,
lagi-lagi ulang kali aku ingati diri,
bila 'usia' aku sematang 'itu' nanti,
jangan pernah biar hati kering kontang mati...



_alhamdulillah aku punyai anak-anak yang menyejuk hati_
Ya ALLAH, titipkanlah kegembiraan dan kebahagiaan
sepanjang perjalanan hidup anak-anak didikku
sebagaimana kau titipkan kegembiraan dan kebahagiaan ini kepadaku.
_amin_

Friday, May 25, 2012

hari-hari hari guru:ep3

hmm..tak terfikir dek akal nak buat entri pasal hari guru sampai 3 kali..
entri-entri sebelum ni:
hari - hari hari guru,
hari-hari hari guru:ep 2
dok cerita pasal continuosly, non stop receiving wishes, gifts, cards, suprises..
sampai la ni, masa member dok sibuk kemas barang balik semenanjung,
kamek still dok mengemas apresiasi/ love's note student kamek..


 my 1st year teacher's day celebration,
kena tukar as
my 1st year teacher's dayS celebration gamaknya..
sebab?
since 12/5/12 sampai la ni : 25/5/12
not even one single day left out without receiving those love wish, notes/gifts.
readers maybe puzzled
kenak lah cikgu Anis ni dok buat entri
mode sama je sampai 3 kali..


if u've been in my shoe, u will know why..
in simplest word: it's totally unexpected..
if u ever know my students' background..
(how they manage to do so all this really make me wonder)
if u ever know what actually did happen during the 16/05 itself,
how i'm totally going to burst because of the 'sick' system,
"stupid' selfish decision by 'somebody'..
if u ever know,
ever feel what I felt this whole emotions for almost 5 months in this new environment..
Roller coaster, sudden ups and downs..
gosh..I'm definitely in debt with my students..
as they always manage to bring me up when I'm nearly knocked down..


entri kali ni,
untuk ingatkan diri sendiri sebenarnya..
        jangan pernah lupa satu persatu tangan yang menghulur rasa hati itu..
        jangan pernah lupa butir bicara kuntum senyum mesra setiap satu..
        jangan pernah lupa kuat sorak jerit mereka saat nama kamek disebut..
        jangan pernah lupa kejutan demi kejutan yang menghadir seribu satu rasa..
jangan pernah lupa sentiasa menghadirkan tanya:
layakkah kamek receiving all these sweet moments, memories?
buat muhasabah diri in future in case rasa lemah datang,
CIKGU ANIS, kamu perlu kuat untuk mereka,
mereka yang memandang kamu dengan tagihan ilmu..
mereka yang bersungguh mencari perhatian tanpa jemu..
kuatlah, agar kekallah rasa sayang,adab dan ilmu ini bertamu..
Ya ALLAH..permudahkanlah urusanku..


_coming soon: time for my lovely precious family, loved one & friends_
(^____holiday____^)

Friday, May 18, 2012

hari - hari hari guru: ep 2

kalau kat JB feel 16/05 sebijik macam meriah raya pertama,
Lutong ni pulak,
macam feel raya sebulan jadinya bila mana 16/05 no formal school level teacher's day celebration..
entri yang lepas:
hari - hari hari guru
feel dia continues till this date: 18/05

no exact/suitable words yang boleh describe perasaan ni..
bila one of them said:
"untuk cikgu Anis, hari-hari hari guru" when I said: "hari guru kan dah lepas."





non stop wishing,
non stop giving gift,
non stop doing suprise..
awatlah cute gilak cilik-cilik ni???
some of it yang sempat snap2:






melt sangat hati ni, bila ending of this week, last class,masa terakhir,sebelum balik,
semua berdiri tegak and they suppose to say: "terima kasih cikgu Anis"
but then,
serentak, semua tepuk tangan in rythm then give me flying kiss with big smile..

all of them do it in synchronize phase..seriously amazing
gosh..my feeling???
sikit lagi nak menitis air mata sebab awal2 masuk kelas tadi,
first time kamek marah sangat2, dengan tone suara tinggi,
semua kena basuh sebab main gusti2 kat belakang lepas baru naik rehat,
tak hormat Cikgu Anis yang nak masuk kelas ni..
atmosphere this class terus jadi macam gloomy la for sure bila cikgu Anis dah marah..
so, just imagine macam mana feel dalam hati ni macam roller coaster dah bila tiba2 ending they do that action..=)


not forgotten,
yang buat hati ni melt lagi dan lagi
this famous dialogue bila sidaknya salam kamek
"cikgu, selamat hari guru,
kamek mintak maaf tak mampu nak bagi cikgu hadiah,
tapi kamek betul-betul sayang cikgu Anis"
me:
"terima kasih..cikgu cuma nak kitak belajar rajin2, jadi orang yang baik, berguna besar nanti,
itu hadiah terbaik kitak bulih bagi kamek, ingat tu kalau betul kitak sayang kamek".




plus,
hati melt dan melt lagi bila tengok balutan2 hadiah sidaknya..

jadi melt bila, kamek tahu background family sidaknya,
dalam pada tu pun,
masih usahakan something
untuk cikgu Anis dia ni..





hehe..dalam pada melt2, ada satu insiden hari ni yang sangat2 mencuit hati:
dis one little girl datang: "cikgu, ni ____ bagi untuk cikgu"
me: "untuk apa?"
she: "hadiah hari guru..dia suruh saya tolong bagi pada cikgu.."
me: "mana dia?"
she: "luar..dia takut nak jumpa cikgu.."
me: "suruh dia masuk beri sendiri.."

later on..that ____ meet me.
____  tunduk je..tak tengok kamek pun, kamek apa lagi, terus rasa hormon2 menyakat rising..keh3..
semua soalan kamek, ____ jawab dengan angguk takut2 je..hehe..kelakar sangat..
last2, kamek tanya "cikgu garang sangat ke?"
______ geleng mula2, lepas tu angguk sikit je..haha..cute sangat2..lagi cute bila tengok wish dia ni:




(^________^)
Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku dalam mendidik mereka,
lunakkanlah hati mereka agar senang mendampingi ilmu,
titipkanlah rasa sayang dalam diri mereka akan ilmuku, adabku,
sebagaimana kau titipkan rasa sayang dalam diriku untuk mereka.
_amin_

Wednesday, May 16, 2012

hari-hari hari guru

al kisah, first year ni, memang akan jadi kenangan sampai matilah jawabnya..
dah biasa 23 tahun hidup kat bumi Johor, memang meriah alam bila tiba 16 Mei,
sambutan dekat sekolah macam nak sambut raya je..=)..

lain padang lain belalang kan..
harus lainlah cara sambutan kat bumi di pijak sekarang ni..
precisely, 16 Mei 2012: kelas macam biasa + meeting + koko petang lagi..
maka, nothing to expect lah kan..kitakan guru yang selamanya menurut perintah...

tapi,
murid2 kamek, sweet sangat! NO DOUBT!!
even, tak pernah sekali pun keluar dari mulut ni mention pasal hari guru @yg sewaktu dengannya..
still, sidak-sidaknya berjaya buat kamek melt sangat2..

firstly,
dis one little girl,
on 12/05/12 dah buat advance wish+gift..
muka terkulat2 je jadi masa terima as macam, hari ni hari guru ke?
kamek salah nanga tarikh ka?haha
_senyum je sebab tak sampai hati nak bagitahu si cilik yang hari guru suppose to be 16/05??_

16/05/12
masuk2 kelas, ketua macam biasa teksnya : "bangun semua".."selamat pagi cikgu Anis"
so, getting used to it la harusnya..
suddenly, they change it to this one : "selamat hari guru cikgu Anis"..instead of "selamat pagi"
me? blur2..terus gelak2...rasa cute gilak sidak2nya..
hati tersentuh sangat masa tu, sbb first time in my life, 45org serentak wish siap ada lenggok lagi..=)))
then, dalam pada memang tak ada sambutan ke apa, sorang2 datang bagi gift, kad, wish...
dari dalam kelas, luar kelas, dalam kantin, bilik guru, kat court..kenak lah sidak2nya sweet sgt???=)

apa yang buat hati ni melt???
bukan sebab gift for sure..
coz kalau nak compare sini dengan JB memang macam langit dengan bumi bezanya..
tapi, ada satu benda yang sama...
sidaknya: mereka: my lovely precious students...
efforts sidaknya..dalam pada tak berkemampuan, kreatif dengan alternatif masing-masing..
buat cikgu Anis ni senyum sampai ke telinga
*ok, tipu, sampai berdekah2 ketawa sebenarnya kacak benar cara masing2*..hee..
psst:
sejarah-->first time dapat di hug student sendiri as sebelum ni mengajar semua budak lelaki je..=p

yang lagi sweet, bila exStudent ingat lagi cikgu dia ni even dah terpisah dek lautan gitu..eceeeh..hehe
=)..thanks dear..feel hari ini sangat awesome~ =)))



Not forgotten;
Khas buat semua insan-insan awesome,


SELAMAT HARI GURU
_hari-hari hari guru ep 1_

Friday, March 9, 2012

hari 5 = 5 tahun

kalau semenanjung,
bahasa kita guna: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat..

kalau Borneo,
madahnya: hari 1, hari 2, hari 3, hari 4, hari 5..










genap hari 5,
5 tahun dah rupanya..
gula-gula yang ada kelatnya,
ada masamnya, ada lemaknya,
yang pasti, MANISnya tetap terkesan..
pelangi yang menghadirkan senyum
saat terkadang pandangan mula berkaca..(^__^)



pelangi yang mengajarkan aku mengenal warna dalam kehidupan..
gula-gula yang mengajarkan aku mengenal manis dalam kepahitan..
permudahkanlah urusan kami ya ALLAH dengan sebaik-baik ketentuan..(^__^)





Friday, February 24, 2012

DOA GURU

masa kecil, kamek selalu dengar doa guru makbul,
sebab tu bila belajar, sik(tak) bulih derhaka sama guru,
kena dengar madah(cakap) guru..

alhamdulillah, hari ni, merasa sendiri pengalaman berharga ni..
sepanjang minggu ni, kamek kepak(letih) gilak dengan rutin bangun seawal 4.00 am,
balit umah dah malam terus tidur untuk ulang rutin yang sama esoknya..
dalam pada mengiring kontinjen atlet seramai 44orang secara solo, memang tak tergambar penatnya..
masih bertahan dengan senyuman sehingga saat seorang anak didik ni melampaui batasan yang sebenar2 melampau, terlampau...amat sangat melampau..


atas sejadah saat tangan tertadah..
"Ya Allah, di saat kau uji ___nama anak didikku_
dengan kau tarik kesenangan hidupnya, kemudahan hidupnya,
nikmat wang ringgitnya,  keindahan rupa parasnya, kecerdasan akalnya,
janganlah Ya Allah kau tarik kelembutan hatinya..
dia terlalu muda Ya Allah..
lunakkanlah hatinya selunak-lunaknya..
permudahkanlah urusannya Ya Allah..
permudahkanlah urusanku Ya Allah..
hindarkanlah hatiku dari hanya melihat keburukan yang ada padanya...
perkenankanlah pintaku Ya Allah......."


hari ini di saat kamek masih kepak sik tauk(tahu) mauk(mahu) polah(buat) kerja mana dulu
asbab bertimbun bertimpa2 kerja,
senyum tertempa juak..
asbab dia sudah mula berubah..alhamdulillah~ (^_______^)

_mencari kekuatan hati_