meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Thursday, October 25, 2012

Positif_Pelik tapi benar

Kuasa positif takat langgar dinding punya..
Sejak berpijak di bumi Sarawak tok..
Dalam banyak-banyak benda yang kamek 'terpaksa rela' buat,
yang tok paling gilak:











Trauma masuk ICU 2 tahun lepas buat kamek janji dengan diri kamek,
sik buat gilak lagik berlari segala..

seram lebih teruk dari goosebumps..
perut dan2 butterfly flutter by jak..
menggigil as starting..
dalam palak first time blank gilak..

dalam pada trauma masih belum hilang,
pelik tapi benar,
kamek polah juak...

positif? rasa nak muntah terus bila teringat balit kes 2 tahun lepas..
pelik tapi benar? LUTONG berjaya buat kamek 'melangkah' kembali..

blend with all this positive vibe,
 
I'm grateful to be here
I'm grateful to be me


Peers...
Please continuously maintain the positive vibe
as you can't imagine how it really helps other people overcome their problem..
me? could not ask for more...
terlebih sudah ke'pelik'an hari tok...HARI INI DALAM SEJARAH..

_teammate yg gigih cover jarak_=p
(kamek resign dah, cukuplah sekali dan takkan pernah lagi)

pengorbanan dan saya?
_mengorbankan trauma dalam jihad jasmani rohani hati_
pengorbanan dan anda?













_SELAMAT HARI RAYA_

Sunday, October 7, 2012

TELEPATI

Murid tanya cikgu : Cikgu Anis, siapa murid terbaik cikgu?

Cikgu Anis jawab : Semua murid cikgu terbaik..=)

Murid tanya cikgu lagi : Cikgu Anis, siapa anak murid terbaik cikgu?
Terlintas terus di hati kamek nama yang satu itu..
Terus kamek tersenyum..

Mak selalu pesan, jangan pernah pilih kasih bila jadi cikgu..
Maka, kamek selalu ingat..
semua murid pada pandangan mata kamek terbaik dengan cara, keletah dan kerenah masing-masing..

Cumanya, bila ada yang tanya 'anak murid' terbaik,
tidak dapat tidak, satu nama itu cepat terlintas di hati..

Fasa hidup aku semakin hari semakin bertambah cabarannya..
Ada masa, untuk orang seperti aku yang lebih selesa berteleku sendiri dari berkongsi,
masalah belum selesai, bertambah yang baru, masih berteleku,
saat2 hati benar-benar runtun, minda benar-benar buntu,
saat itu,
'anak' itu,
muncul entah dari mana dengan ayat mudah sebagai pemula:
"Assalamualaikum cikgu"
"Cikgu Anis apa khabar?"
"Cikgu Anis ok?"
"Cikgu Anis sihat?"
"Hai cikgu....."
"Cikgu buat apa?"

bukan sekali dua,
dan entah bagaimana, timbulnya dia, anak itu,
saat aku benar-benar 'hilang'...

telepati seakan family..
pelik tetapi benar..
satu yang pasti, doaku:
"Ya ALLAH,kurniakanlah kebahagiaan dan permudahkanlah urusannya sebagaimana KAU kurniakan kebahagiaan dan mempermudahkan urusanku dengan kehadirannya"

indahnya ukhuwah kurniaanNYA..
its been almost 1 years we've not seen each other,
but still,
HE send you to comfort me in your own way..=)
so far, but yet so close~
alhamdulillah..

bagaimana mungkin aku berpaling dari rahmatMU,
bilamana KAU sentiasa kurniakan aku segenap kekuatan dari segala keadaan~ =)

_melihat anak itu juga semakin matang,
mengirimkan aku kekuatan dalam menghadirkan ketenangan_

Sunday, September 9, 2012

Kutuklah Cikgu Lagi..=)



 isu mengutuk kerjaya 'cikgu' semakin menular sejak akhir-akhir ni..
fenomena yang mana secara peribadi buat aku sedar
bertambahnya golongan 'lalat-lalat' yang perlu ditangani pastinya bukan dengan emosi..

kenapa 'lalat'?
sebab..
Sekalipun seekor lalat berterbangan di dalam taman yang dipenuhi bunga,
mata sang lalat itu tetap mencari-cari najis, bangkai dan sampah sarap untuk dihinggapinya.


'lalat' tetap makhluk ciptaan tuhan yang mana,
aku sebagai seorang guru,
yang telah dididik oleh guru-guruku yang terdahulu bahawa
tiada satupun ciptaanNYA yang sia-sia..

maka, dalam lautan sangka buruk yang muncul tatkala aku berhadapan dengan
bicara sampah sarap hasil perah 'otak' 'lalat-lalat' ni,
ligat aku mengasah akal untuk melihat hikmah,
sehabis boleh cuba bersangka baik..
tapi, ternyata aku...MASIH TERKIAL-KIAL...

kenapa?
kerana aku dididik berdebat berdasarkan bukti dan fakta,
kerana aku dididik meminta dan memberi izin laluan cuma pada ulasan,
bidasan yang wajar, bernas dan ilmiah..
bukan, dan pastinya BUKAN untuk menelan wajaran yang penuh emosi
apatah lagi yang dilempiaskan sewenang-wenangnya kepada 'kerjaya'
sedangkan ia lebih kepada ketidakpuasan hati melibatkan 'individu'

amboi dik,
beria membakar kelambu, sakit hati sangat dengan nyamuk ya?
fikirlah balik,
kelambu yang protect adik tulah yang adik bakar,
ada adik tengok
keliling rumah adik tu banyak sangat sampah@
saliran air tak betul@ rumput dah panjang kat luar tu???
analoginya,
putar-putar mengata kerjaya 'guru',
apa juga alasannya,
pusing-pusing, jari akan tunjuk balik pada kamu dik..

ikut pada usia,
aku yang perlu dipanggil adik,
tapi melihat pada ujaran...

aku dididik untuk tidak menghukum,
kerana tugas menghukum hanya pada DIA yang MAHA ADIL dan MAHA MENGETAHUI

maka, dalam-dalam nafas aku tarik,
aku bersyukur,
aku yang dilahirkan dan dilorongkan dalam dunia perguruan ini
sebagaimana rakan-rakan seperjuanganku yang lain
kerana aku gusar jika golongan 'adik-adik' ini yang mengambil alih,
apalah acuan ujaran generasi penyambung warisan..

aku bersyukur punyai ibu seorang guru,
yang berjaya mendidik aku bukan bersandar pada intelek semata..
malah, aku akui siapa diri aku hari ini berkat kesungguhan guru-guruku dahulu..

aku simpati pada golongan 'adik-adik' yang tidak punya memori sebagaimana aku,
sedarlah adik, kamu sedang meracuni fikiran darah daging kamu sendiri..
belajarlah menjadi seperti seekor lebah,
menetapkan matanya mencari dan menghargai yang baik
Sentiasalah bersangka baik.
Apabila bersangka baik , tutur kata , tindakan, segalanya akan menjadi baik.

bukannya berterusan melihat dari pandangan mata lalat
cukuplah menular rasa benci, kerana akhirnya ia akan tetap berbalik pada diri sendiri..

susah-susah sangat,
dari menambah saham dosa mengata sesuka rasa,
silalah tubuhkan sekolah sendiri..
lebih afdal dalam mengurangkan kontroversi dan meningkatkan prestasi
bilamana segala bentuk didikan yang 'holistik' pada pandangan hati dan emosi dapat dipenuhi..


akhir kata,
muhasabahlah diri kenapa kamu itu kamu,
kenapa kamu itu bukan aku,
lebih tepat lagi kenapa kamu BUKAN cikgu

aku masih ingat,
melihat senyuman guru-guruku,
masa itu aku berfikir mudahnya menjadi guru,
kini, aku tahu betapa kuat dan sabarnya insan bergelar cikgu..(^____^)

Wednesday, August 15, 2012

puaSAya

tahun ni..bertambah umur, bertambah makna puasa..
puasa dalam sebenar-benar erti puasa..
tahan puasa lapar? itu ujian masa tahun2 kanak2 lalu..

tahun ni...paling menguji...
fizikal...emosi...jasmani...rohani...
macam2 jadi in which kalau buat telenovela,
macam sinetron indon yang tak habis2 la jawabnya kisah bawang putih tu even kamek tak lah putih sangat..=p

awesome pulak jadinya bertimpa-timpa semua in the middle of Ramadhan..
maka, walau rasa kelat2,
timbul niat nak balas jahat,
bertukar mode istighfar banyak-banyak..

uniknya Ramadhan kali ni,
mengajar kamek positif sampai takat langgar dinding punya..

bila rasa sakit2 badan, bisik pada hati,
untunglah rasa sakit tu di rasa as
itu indicator badan masih berfungsi
instead of di tarik terus
which hilang anggota badan ke apa...nauzubillah..

bila rasa sakit2 hati, bisik pada akal,
untunglah rasa sakit tu di rasa as
itu indicator hati dalam badan ni memang ori manusia punya..
instead of di tarik terus
which jadi batu punya hati (hati batu) ke apa...nauzubillah..

bila rasa sakit2 akal, bisik pada badan,
untunglah rasa sakit tu di rasa as
itu indicator akal diguna pakai
instead of di tarik terus
which hilang akai ke apa..nauzubillah..

hidup ni ada banyak pilihan,
kau boleh maki sesuka hati,
kau boleh melalak sampai tertanggal anak tekak

bahkan,

kau boleh menyinga bak naga..
kau boleh menyumpah si sampah mahupun manusia sesumpah..


cumanya,
pilihan itu berarah pada dua nantinya...
satu: tenang dan senang
dua: berang dan geram

maka bila satu yang kau dapat, teruskanlah dengan corak pilihan kau tu..
tapi bila dua yang kau dapat, nak teruskan juga?
maka, kau tergolong dikalangan orang yang rugi...
sebab add on masalah kepada masalah...
kalau add on marshmallow ke, choc chip ke,
strawberry ke dalam mangkuk 'tutti frutti' tu sodap la jugakkan..=p

maka, solusi di hati?
bila masa sulit, kerah akal lebih ligat
pancaindera yang lain hibernasi sekejap
untuk fokus pada yang lebih perlu..(perlu pada side view ak)
and for most untuk neglect -ve vibe yg cuma menambah garam pada berang dan geram...=)

as fizikal & mental tak berapa nak fit,
mode raya tak berapa nak sampai lagi..

cuma bila hari satu dapat first kad raya di bumi Borneo ni macam baru,

"ooo nak raya dah..

bila berturut hari dua receive another kad macam,
"eh nak raya dah ke?



bila hari tok,
sidaknya tahun 6 kerumun kamek
then semangat nyanyi lagu raya khas tuk cikgu Anis madahnya, me like,
"biar betul dah nak raya ni?
maka bila ye ye nak menghantar member seBacarz naik belon yg tak kesampaian,
feel tu baru sampai like..myy...
jangan esok ak lambat gini tersangkut naik belon, parah elegi sepi berlagu pilu la jawabnya...

maka,
Anis!!!!wake uppppp!!!nak raya dah ni..
as esok ada kelas macam biasa,
harus berkemas malam ni jugak to avoid any kind of
tension,
frustration,
devastation,
tion2 yg len di kemudian hari..=p

luggage--checked
check in belon--checked
passport--lom(jgn buat pasai haa labu)

*turun-turun belon, mauk polah pa duluk ooh???*
(^_______________________^)





Ramadhan kali ini penuh makna,
sampai tak terasa putaran masa,
Syawal yang bakal mengunjung tiba,
moga sebenar-benar mujahadah dalam gapaian hendaknya..amin~

Friday, June 29, 2012

HIBERNASI EMOSI

bukan selalu mode hibernasi emosi ni datang..
sekali dulu masa aku sekolah rendah
kira-kira lebih sedekad..
sebabnya, hanya aku dan DIA yang tahu..


atas ihsan yang DIA turunkan pada 'seorang insan' ini,
asbab yang dulu dapat aku benam jauh-jauh,
jujur aku terlampau terhutang budi..
bila aku kembali bebas mengekspresi diri lagi..
cuma kali ini,
tak dapat tidak sekali lagi emosi aku terpaksa berhibernasi..

aku tahu sehabis daya di usaha,
aku percaya semua yang aku lalui bukan sia-sia
cuma aku benar-benar kehabisan kata,
benar - benar meneliti semula...


asbab yang sentiasa aku usaha sehabis daya positifkan ia..
tapi, untuk kesekian kalinya,
bila mana ulang-ulang kali jadi lagi,
aku mula berfikir,
sama macam dulu,
aku cuma ada aku dan aku cuma ada DIA..
mungkin sahaja DIA merancang sesuatu yang lebih baik
yang mana di dalamnya aku cuma koma bukan noktah.




 
bukan semua emosi perlu diekspresi
maka bila aku bingung lebih baik emosi aku berhibernasi

Wednesday, June 20, 2012

usia matang hati kontang

exhausted!!!
selalu sebenarnya, cuma sejarah hari ni sampai peak,
exhausted body boleh tahan lagi, tapi bila dah kaut dengan emosi, hmmm..

ada banyak manusia,
sebelum ni, entah kenapa,selama 23 tahun aku hidup,
manusia yang aku jumpa paling teruk pun bukanlah sampai tahap macam ni..
rezeki jumpa manusia pelik-pelik nampaknya bila aku dalam fasa nak masuk 24 tahun ni..


alasan,
buat alasan berjela
hatta setebal assignment pun aku boleh..
tapi berpadalah...

manusia memang suka ambil kesempatan,
tapi berpadalah,
jangan sampai kau di balas dengan SEBENAR-BENAR KESEMPITAN..

lagi-lagi ulang kali aku bisik hati,
lagi-lagi ulang kali aku ingati diri,
bila 'usia' aku sematang 'itu' nanti,
jangan pernah biar hati kering kontang mati...



_alhamdulillah aku punyai anak-anak yang menyejuk hati_
Ya ALLAH, titipkanlah kegembiraan dan kebahagiaan
sepanjang perjalanan hidup anak-anak didikku
sebagaimana kau titipkan kegembiraan dan kebahagiaan ini kepadaku.
_amin_

Friday, May 25, 2012

hari-hari hari guru:ep3

hmm..tak terfikir dek akal nak buat entri pasal hari guru sampai 3 kali..
entri-entri sebelum ni:
hari - hari hari guru,
hari-hari hari guru:ep 2
dok cerita pasal continuosly, non stop receiving wishes, gifts, cards, suprises..
sampai la ni, masa member dok sibuk kemas barang balik semenanjung,
kamek still dok mengemas apresiasi/ love's note student kamek..


 my 1st year teacher's day celebration,
kena tukar as
my 1st year teacher's dayS celebration gamaknya..
sebab?
since 12/5/12 sampai la ni : 25/5/12
not even one single day left out without receiving those love wish, notes/gifts.
readers maybe puzzled
kenak lah cikgu Anis ni dok buat entri
mode sama je sampai 3 kali..


if u've been in my shoe, u will know why..
in simplest word: it's totally unexpected..
if u ever know my students' background..
(how they manage to do so all this really make me wonder)
if u ever know what actually did happen during the 16/05 itself,
how i'm totally going to burst because of the 'sick' system,
"stupid' selfish decision by 'somebody'..
if u ever know,
ever feel what I felt this whole emotions for almost 5 months in this new environment..
Roller coaster, sudden ups and downs..
gosh..I'm definitely in debt with my students..
as they always manage to bring me up when I'm nearly knocked down..


entri kali ni,
untuk ingatkan diri sendiri sebenarnya..
        jangan pernah lupa satu persatu tangan yang menghulur rasa hati itu..
        jangan pernah lupa butir bicara kuntum senyum mesra setiap satu..
        jangan pernah lupa kuat sorak jerit mereka saat nama kamek disebut..
        jangan pernah lupa kejutan demi kejutan yang menghadir seribu satu rasa..
jangan pernah lupa sentiasa menghadirkan tanya:
layakkah kamek receiving all these sweet moments, memories?
buat muhasabah diri in future in case rasa lemah datang,
CIKGU ANIS, kamu perlu kuat untuk mereka,
mereka yang memandang kamu dengan tagihan ilmu..
mereka yang bersungguh mencari perhatian tanpa jemu..
kuatlah, agar kekallah rasa sayang,adab dan ilmu ini bertamu..
Ya ALLAH..permudahkanlah urusanku..


_coming soon: time for my lovely precious family, loved one & friends_
(^____holiday____^)