aku terkedu seketika..
berapa ramai hadirkan rasa simpati,
tapi jujur pada aku cuma rasa sebal mengapa manusia cukup mudah menghukum orang lain tanpa sekelumit rasa syukur..
ya,
cukup mudah untuk memaling tekanan kita dengan menyalahkan orang lain,
cukup mudah mengatakan kebosanan pada hidup, putus asa pada cabaran,
pernahkah kau terfikir,
saat kau berkata kau tak pernah ingin jalan yang kau lalui sekarang,
berapa ramai yang menagih, berdoa mohon diberi kemudahan untuk lalui jalan itu???
manusia memang acap kali terlupa,
ya, aku akui itu,
tapi bersederhanalah dalam ucapan, bersederhanalah dalam tindakan..
berapa ramai yang lebih malang dari kamu????
jangan hanya melihat masalah kamu..
jangan hanya merasa kamu yang dirundung malang..
sewenang-wenang cubaan mencederakan jasmani sendiri bukan galang ganti masalah akan selesai..aku benci kerana itu...mudahnya timbang tara..
berapa ramai warga OKU yang berhempas pulas siang dan malam mencari rezeki sesuap nasi dengan cabaran jasmani yang diuji????
masih tidak mengenal erti syukur???ditimpa ujian dalam jasmani yang lengkap,
apa yang kau dapat dengan kecederaan pilihan yang kau buat???
maka salahkah aku benci, bukan simpati pada kau untuk itu?
benci aku bukan pada kamu, tapi pada fikiran singkat, cetek itu,
yang tidak sedikit pun bersederhana,
benci aku bukan pada kamu, tapi pada pengucapan mudah, tidak relevan itu,
yang tidak sedikit pun bersederhana,
benci aku bukan pada kamu, tapi pada perlakuan b*d*h, tidak wajar itu,
yang tidak sedikit pun bersederhana..
masalah yang payah itu lumrah..
bersederhanalah..dalam pemikiran
bersederhanalah...dalam ucapan
bersederhanalah....dalam perlakuan
percayalah, tiada manusia yang hidupnya tidak dihimpit sekelumit dugaan, cabaran, rintangan..
kumpulkan ketenangan dengan hayati berkat Ramadhan~
bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuat keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya,
untuk sesuatu yang sia-sia..
Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu,
kerana DIA tahu
hati yang sebiginilah yang lebih lunak,
mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..
_nikmat syukur ada pada yang mengenal kesederhanaan_