meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Wednesday, August 10, 2011

Layakkah Syawal bagiku?

Fenomena lagu raya berkumandang seawal hari pertama Ramadhan,
biasa? luar biasa? sesuka rasa?
Fenomena berdedai2 buat persiapan raya yang sederhana bukan lagi dalam kamusnya,
biasa? luar biasa? sesuka rasa?


Berapa ramai yang gembira, tidak sabar2 tibanya Syawal,
kadang terleka, terlupa merebut peluang Ramadhan yang penuh keberkatan dan kelebihan


"Mood hari raya kadangkala sudah menenggelamkan keberkatan Ramadhan yang belum pun tiba.
Beradabkah kita dengan ALLAH?
Bayangkan dua orang tetamu sedang menuju pintu rumah kita.
Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan, sementara seorang lagi berjalan di belakang. Siapakah yang patut kita alu-alukan dahulu?
Tentulah yang di hadapan. Sudahlah dia lebih mulia, dia pula berjalan di hadapan.
Tentulah tidak beradab kalau kita mengalu-alukan tetamu yang di belakang dan meminggirkan tetamu yang berjalan di hadapan.
Begitulah kita selalunya.
"Tetamu" Ramadhan yang lebih mulia dan awal sering dipinggirkan kerana sibuk membuat persiapan menyambut Syawal.


Andainya Ramadhan kali ini Ramadhan yang terakhir,
apakah kita tega untuk terus berpuasa tanpa mendapat takwa?
Lalu, layakkah kita berhari raya dengan tangan kosong?
Sedangkan takwa adalah sebaik - baik pakaian dan perhiasan, bekalan di akhirat kelak~



"Puasa umpama laut yang luas dan dalam. Ada yang melihat sampah dan buih di atas permukaannya. Ada yang melihat ikan dan hasil laut di dalamnya. Namun ada yang mampu melihat emas hitam (petroleum) di dasarnya."



_solusi di hati_

0 comments:

Post a Comment