meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Sunday, October 2, 2011

SI REMPIT BERAKAL SEMPIT!!!

tajuk entri kali ni mungkin boleh buat persatuan rempit-rempit seMalaysia bengkek gaban je..
chill dulu,
semacam mana,
ak yang bengkek gaban sebab "spesies-spesies title entri ni" hampir-hampir buat family ak accident,
still masih boleh chill create new post ni..

mula cerita, ak memang takde nak pandang serong pun pada golongan kaki merempit ni selama 22tahun++ ak hidup ni..yup, no doubt,
sebab bagi ak, masa depan kaki rempit boleh bertukar jadi lebih cerah dari kaki tak berapa nak merempit bila hidayah sedar diri tu datang..
tapi, apa jadi pada ak hari ni, memang buat ak rasa,
harus golongan2 ni di benam bawah bumi 7 kaki je!!!

al-kisah cerita,
dalam perjalanan bawak nenek teringin nak tengok desaru yang dah 23 tahun dia tak pernah jejak..
maka, macam family trip dengan ayah sebagai driver n my mom as co-driver,
bergerak la kami ke destinasi yang mahu di tuju..
alang-alang bawa nenek yang dah lama tak pusing2 area sini,
tergerak lah hati ayah guna highway baru..
semua tenang la kan mula-mula..
dengan jalan yang baru, lawa, besar, dan smooth je..
dan-dan,
episod "jalan ini gua yang punya" bermula..
dari lane kiri, ayah tukar lane kanan..
ok, mula-mula ak tak berapa nak amik port sangat walau nenek ak n my mom dah bising2 dalam kereta dengan aksi2 pelbagai gaya diorang ni..
nama je la apa je yg takde gayanya..semua ada..
yang sedihnya, semua..SEMUA lelaki MELAYU..lebih dari 20 org..
so just imagine betapa conquernya mat-mat ni kat lane kiri tu..
at first, ak try fikir positif yg mat-mat ni saja nak lepas tension agaknya konvoi ramai-ramai..
*dalam positif tu pun, serius ak dah menyumpah, sebab mana dengan kaki semua dah naik, tangan semua dah macam titanic, mana dengan ada yang dok sibuk rakam aksi cari mati tu lagi..*

then,
this ONE STUPID NARROW MINDED MAT REMPIT,
getting closer and closer to the left side of our car..
positive thought time tu, dia ni tengah high agaknya, sebab condition motor dia pun time tu terhoyong hayang..
makin lama, makin dekat, and serius, jarak motor tu dengan my mom's seat suddenly tinggal cuma berapa jengkal je..
n what to expect??, memang berderau la jantung ak,
my mom n nenek dah menjerit gaban terkejut punya pasal..sebab diorang yg kat left side..
yg paling meyakinkan ak,
spesies mat rempit yang nih memang harus dibenam 7 kaki bawah bumi,
bila,
he suddenly toleh pada kitorang, then gelak macam celak* dengan member2 dia yg lain..

ak tanya my dad,
asal cool je?
ayh ak jawab:
"biarlah, buat apa nak elak,
dia nak langgar, biar dia langgar,
lagi bagus kalau dia mati,
kita yang elak, nanti kita pulak yang mati..
ni nasib baik je ni ayh bawak kereta,
kalau ayah bawak treler, memang ayah sauk semua2 ni, biar mati semua bawah tayar,
tak susahkan hidup orang lain."
my dad terus pecut kereta kitorang *tgh bayangkan dia bawak treler agaknya*
n ak toleh belakang,
nasib kereta-kereta belakang kitorang pun sama je..
makin galak pulak ak tgk stupido-stupido ni acah2 kereta yang lain..










buat si rempit berakal sempit,
lu nak mati, lu punya hal, gua tak de hal nak kecoh sebab bukan gua nanti yang nak mandikan jenazah lu ke, kapankan jenazah lu ke, apa lagi nak angkat body lu g kubur..
tapi, bila lu dah kacau hidup orang lain, lu dah start main dengan nyawa org lain, memang MELAMPAU!!
bila lu rasa hidup lu memang tak berguna sampai lu tak kisah nak buat aksi-aksi berani mati tu, lantak lu la..
tapi, lu takde hak nak pertaruhkan hidup-hidup orang lain yang bermakna ni..
bila lu rasa lu dah cukup amal nak menghadap tuhan dengan aksi-aksi berani mati lu tu, lantak lu la...
tapi, lu takde hak nak rampas nyawa kami yang serasa belum cukup amal lagi ni..

come on la,
kalau ada mat rempit yang terbaca post ni,
tolong la jangan jadi spesies berakal sempit ni..
sebab,
bila datang hidayah sedar diri pada korang,
korang fikir, boleh ke korang undur balik masa,
kembalikan nyawa manusia yang terkorban sebab perangai tak matang ko dulu????
ak tak pernah rasa sebenci tadi..
seriously, those STUPID NARROW MINDED MAT REMPIT really iritates me!



nyawa bagai percuma lagaknya
persoalannya,
sampai bila masa berpihak pada kita?

2 comments:

  1. peh..entri ganaih..wa tabik lu, anis. haha.

    ReplyDelete
  2. (=_=)"
    darah tgh naik masa menaip gamaknye..huhu

    ReplyDelete