meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Friday, November 25, 2011

YANG TERTINGGAL


secara rasmi,24 jam dari episod
mengundurkan diri dari bumi temenggong hari ni..
tengok kad sebelah,
baru tersedar,
punyalah lama 5 tahun setengah ni
yang terasa sekejap sangat hari ni..
gambar sampai hilang hidung mulut semua..
seb bek tak berkulat je kad ni.=p
n more,
selamba je kan ak pampang no hp kat blog yg tak private ni..
well..sebab..hehe..
sedar tak sedar,
ak pun tak ingat bila masa ak guna no ni..
serius gila kentang zaman muda-mudi ni..



episod hujan membasah bumi,
tak sederas air mata yang mengalir sepanjang tempoh 2 minggu terakhir di bumi temenggong ni..

dalam pada mengangkut barang2 ak yg tak terkira banyaknya sampai dua kali trip mengangkut,
ada sesuatu yang tertinggal..
kenangan..tauladan..teladan..hubungan..
sesuatu yang ak namakan cinta dan kasih sayang..
teman2 seperjuangan PPISMP ambilan 2006, jgn pernah putus hubungan k!
kahwin wajib jemput tau!!!!hee..ley wat reU sekali..=)

plus, adik2 yg masih akan bakal kembali ke bumi temenggong,
nikmati, hargai masa yg kalian ada..
keseronokkan hidup di bumi temenggong hanya dirasai sepenuhnya mereka yang tahu mewarnai hari2 dengan ukhuwah sejati..=)
ups, plus tumpang minta maaf, minta halal yg terlebih, terkurang selama mengenal insan bernama Anis Syuhada Sukur ni ye..

hidup dalam suasana 'maktab'
sepanjang tempoh 5 tahun setengah yang mencabar emosi ak pada tahap hampir burst,
jujur ak terlalu banyak amat sangat terhutang budi pada insan2 ini:



1. pet name dia, akim a.k.a. adik tiri..hehe..
adik tiri, kalau mung terbaceng postng ning,
( mode ganung berdengung stop di sini, royak JB la eyh..heee)
jangan sedih2, jangan buat muka berkerut tau..tak artis la nanti..=p
mengenali kau mengajar ak erti memberi..
tq dik, for being my best buddy..
sedia terima teguran ak dengan positif, sedia mendengar, sedia berkongsi..
ak mula rindu nak hangout dgn kau, riang ria bak kat extreme park,
g serang tmpat2 mknn yg ada kat JB ni..
thanks dik!


2. pet name dia, mus..
merasa jugak ak jadi senior kat Bacarz bila kau masuk mus..hehehe..
mengenali kau mengajar ak erti berkongsi..
tq mus, tak pernah penat ajar ak..
even ko ngantuk2 n slalu tido je, ko tetap idola ak..
banyak hikmah ko kne transfer kat bumi temenggong ni
n tergolong dalam Bacarz kn..hee..=)
ak mula rindu nak kacau kau, paksa kau ajar ak even time ko tgh2 tido..
thanks mus!



3. pet name dia, man..
tgk2 macam kental, tapi manJA beb..kah3..ayt yg wat ak nak trmuntah sekali..=p
mengenali kau mengajar ak erti berubah..
tq man, dari kau ak terdorong untuk sama2 muhasabah diri..
selama kau berkongsi,
selama itu ak belajar mengingati diri untuk setiap kata2 yg ak beri pada kau..
ak mula rindu nak tengok kau garu2 kepala..ahaha..
thanks man!



4. pet name dia, anantha..
cantik kan..macam aishwarya rai..hee..
mengenali kau mengajar ak kemesraan,
dalam pada kau free hair pun kau dtg jgk majlis doa selamat rumah ak..serius terharu babe..hee..=)..belum masuk bab join tido sesama nak sahur sekali, baraan..semua lah..
tq anantha, dari kau ak banyak belajar menyesuaikan diri, menghormati n menjaga sensitiviti..
baru one Malaysia beb!
ak mula rindu nak dgr suara kau bagi nasihat pasal dosa..=)
thanks anantha!


5. pet name dia, aqbal..
mengenali kau mengajar ak kepentingan menguasai kemahiran interpersonal yg tinggi..
serius, ak kagum gila bak sangat2 terlampau dengan keupayaan kau survive dalam diari 'maktab' ni..
sweet corn d'punggai tu walau serasa ak tak semanis ayat2 kau,
tetap manis kesudian kau dtg join gather n jadikan ayam2 BBQ tu selamat dalam perut ak..
ak mula rindu nak dgr kau gebang2 krek lagi..=p
thanks aqbal!




6. pet name dia, roro..
banyak sangat pet name die sebenarnya..cik artis rancangan realiti la katakan..keh3~
mengenali kau mengajar ak erti luhur dalam lurus..
tq ro 4 being my best buddy yg selalu speak out yr voice, yr thought..
dalam blur2, ko still stand up tuk kwn2 kau..
tu yg buat kau sweet sgt..
ak dah mula rindu nak tgk ko lawan2 ckp dgn KJ..ngeheheehehe..
thanks ro!




7.  pet name dia, apad..
karang kang ak bg pet name *bos* a.k.a. *sy** kng ade yg pelangkung ak plak..ye tak cik qila??=p
mengenali apad ni, mengajar ak erti kecindan..
tq apad selalu menceriakan suasana even dlm mood sedih pun ko bleyh mencelah dgn lawak ko..
serius ak tak pernah kenal mana2 makhluk yg setanding dgn kebolehan ni..
ak mula rindu nak dengar kau betulkan cakap mus bila tang speaking..
cara doe~ =p
thanks apad!


8. pet name dia, makyah..
asal mak lak?sebab..
memang aura keemak2an tu sgt terserlah bila die buat muka alim die..ngehehe..actually ak lg suka panggil dia:kekasih gelap..=)
mengenali dya ni, mengajar ak erti kekuatan..
ak kagum dengan ketahanan kau survive dgn macam2 yg jadi..
even selalu jgk ak dapat ejek sindrom mata ikan buntal kau,
bagi ak, apa yang ak lihat, kau semakin matang dan tetap bertahan..
ak mula rindu nak tengok payung kurita kau,,simpang kau..=)
thanks dya!


9.  pet name dia, mirul..
ni lah K.O. yg suit sgt2 dgn ak plus tersangat amatlah sweet orgnye..=)
mengenali mirul mengajar ak erti kematangan..
jujur ak banyak belajar dengan dia cara nak handle reaction according to situation..
selama ak kenal mamat ni,tak dan la dia nak burukkan orang lain
which bagi ak susah sgt2 nak jumpa spesies mcm ni..
n for most, mamat ni mmg gentleman habis..(^_^)
ak mula rindu nak dengar ko point org n gelak gila kuat bak..
thanks mirul!


10.  pet name dia, liza..
tapi ak lagi suka panggil dia mama..=)
mengenali mama mengajar ak erti teliti..
kagum woo..
sebab ak memang setakat ni
belum mampu sampai tahap teliti macam tu..
ak suka bekerja dgn kau..dari A sampai Z semua superb!
ak mula rindu nak tengok tugasan2 ensiklopedia ko..kikiki..
thanks liza!



11.  pet name dia, malek..
nak panggil ko budak kecik bleyh x??hehe..
mamat ni adalah lelaki pertama,
yg ak rapat masa mula2 jejak kaki kat temenggong..
mengenali malek mengajar ak erti ketenangan..
dari awal ak tahu dia penuh dengan potensi sebab dalam apa situasi pun,
mamat ni bleyh wat muka cool je..
ak mula rindu nak tengok ko buat sajak, plus
menyibok skali time ak klua dgn abah..=)
thanks malek!


12. pet name dia, kucai..
dalam ramai2,
ak yakin ko adalah antara calon terawal dapat jadi cikgu disiplin nanti..=p
mengenali kucai ni mengajar ak erti ketegasan..
aura tegas mamat ni bukan je dr suara, tgk muka pun bleyh terkedu jap..
dalam pada2 tu pun, dia jenis yg take care pasal org len..
tq pernah tegur ak sebelum ni..
ak mula rindu nak tengok ko buat muka malas nak layan..=p
thanks kucai!



13.  pet name die faruq..
hehe..selamanya ak terhutang budi kat mamat ni yg bagi no hp ak pada abah..=)
mengenali fruq mengajar ak erti setiakawan..
mmg tak dinafikan anugerah tukang sakat memang kena bagi kat dak ni..
but, one thing yg ak realise,semua point2 yg dia ada, yg dia kumpul bertaun2,
menunjukkan dia sgt2 mengenali kwn2..
plus, ko selalu cuba cari peluang utk gather sma2 dgn semua..
ak mula rindu nak plan program Bacarz dgn ko..=)
thanks faruq!


14. pet name dia, wan..
ni lah teman gaduh ak..ngehehe..
mengenali mamat ni mengajar ak erti kejujuran..
when it's time 2 seek the truth, mmg mamat ni lah yg ak cari..
tq wan selalu betulkan persepsi ak yg terpesong..
plus sentiasa ada bila ak betul2 perlukan pertolongan..
pendengar yg baik..n slalu berkongsi apa yg kau tahu..=)
tq selalu provoke ak utk belajar macam mana nak handle bila kena marah..
ak mula rindu nak betah cakap dengan kau..(^_^)
thanks wan!



15. pet name dia, qila..
a.k.a. mrs boss..ngehehe..
mengenali qila mengajar ak erti fleksibel..
minah ni mmg boleh masuk dgn siapa2 pun..
macam sesumpah pun ada..keh3..mau ak kne lepuk dgn en bos dia ni kang..
hee..seriously dia sangat sweet..peka dgn keadaan sekelilig..
kira senang sgt kalau nak kawtim prank org len ke..point org len ke..keh3..
ak mula rindu nak minum air teh O ko yg sedap bak tu..=)
thanks qila!



16. pet name dia, wani..
bnyk sgt gelaran dia..wer..wawa..tp ak lg selesa pnggil dia akak..
mengenali dia mengajar ak erti kemesraan..
apa pun, dia tetap ada..untuk siapa pun..
kadang2 ak rasa dia ni superwoman..psst..mmg dia sasa pun..keh3..
jiwa2 kental macam ak pun mmg tak bley thn air mata kalau tang minah ni..
tq kak, ak banyak belajar dari kau!
ak mula rindu nak hug ko kuat2 banjirkan baju@tudung ko..=p
thanks wer!



17. pet name dia, dekyah..
akhirnya dia bersedia jugak terima kemudaan dia selepas 5 tahun setengah..=p
kalau malek lelaki first yg ak close kat bumi temenggong ni, gugurl pulak si dekyah ni..=)
mengenali kau, ak belajar erti bersungguh..
dalam setiap perlakuan kau, ak betul2 kagum..laju macam lipas kudung..
ak ingat lagi masa ak mula2 manja bawak kereta, kau banyak ajar ak ilmu baru..tq dekyah!
ak mula rindu nak kelam kabut serang bilik ko susun fail ak, salin nota ko..=)
thanks dekyah!


18.  pet name dia, ila..
ni lah dia mangsa utama serangan nyamuk..
sebab?darah dia paling manis sekarang ni..hehe..
sepanjang mengenali silah, ak belajar erti kerajinan..
pergh..tahap rajin minah ni, bukan calang2 beb..
ibarat teras bumi dengan angkasa la kalau nak banding dengan ak..=p
tq silah coz tunjukkan pada ak manisnya hasil berkat ikhlas dalam rajin..
ak mula rindu nak manja2 dgn ko mintak tlg urut2..=)
thanks silah!



19.  pet name dia, mesul..
tapi ak lbih selesa panggil dia abang..
sepanjang mengenali abg ni, ak belajar erti prihatin..
asal ak panggil dia abg selain sbb dia pair my kakak?
well..sbb dia sgt2 prihatin in details..
bab bagi nasihat boleh serah kat dia..keh2..
masa2 berjimba, bila terlupa diri skit dia ada untuk tegur..tq bang..
ak mula rindu nak dengar suara tone garang ko tuh..keh3..=p
thanks abg!



20.  pet name dia, apong..
hehe..but I prefer 2 call him 'papa'..
mengenali papa, mengajar ak erti kesempurnaan..
tang2 hal besar memang ak kagum dengan style perfectionist papa ni..
tapi bila tang bende kecik2, datang sindrom perfectionist dia ni, ak rasa nak lempang laju2 je..hahaha..=p
best gila hang out dgn ko!no doubt..
gegel2 pun klon jamal abdillah kot~=)
ak mula rindu nak tengok aksi boboy ko! (^_^)
thanks papa!


21. pet name dia, sarah..
nih la che mek kelate yg lembuk sokmo deh..hee
mengenali sarah mengajar ak menghargai kecantikan..
ni lah tukang make up gugurl bacarz..=)
tak pernah lokek dengan ilmu solek2 yg dia ada..
cuma ak je student yg gagal
coz tak pernah nak guna ilmu yg ko bagi..keh3..
ak mula rindu masa kau tabah solek kan ak yg alergik dgn make up ni..=p
thanks sarah!


22.  pet name dia, yuva..
hee..tak silap ak, kitorang masuk same intake..sweet kan..=)
mengenali yuva mengajar ak erti keberanian..
salute ak untuk setiap moment ko angkat tangan n dare to speak your thought..
bukan calang2 org boleh buat macam ko yuva..including me..thumbs up 4 u!
tq yuva 4 make it easier 4 me in every lecture slot as u always being like a bridge to gain info..
ak mula rindu nak dengar kau bentang hasil pembacaan ko yg mmg sgt informative..=)
thanks yuva!



B.A.C.A.R.Z.
I can be tough, I can be strong..
but with all of you, it's not like that at all..
All those crazy things we did,
All those funny words we said,
All those memory we hold,
never ever will be replaced..
......
we may be the Z's person in stranger's eyes..
but for me,
we were the A's...forever..=)

jalan yang bakal kita lalui takkan pernah betul sama dengan yang pernah kita lewati..
masalah bakal meresah,
membuat kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu,
jalan selalu ada


_Apapun yang terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih..coz everything’s gonna be OKAY_

Tuesday, November 15, 2011

_exaMode_

biar rambut sama hitam,
tetap
lain orang lain ragam,

masa anak-anak SPM mula first day exam,(ayat bagi feel rasa dewasa..hehe)
masa yang sama, bakal-bakal guru,
rakan-rakan seangkatan PPISMP ambilan 2006 berjuang untuk last exam,
penutup tirai cukup 5 tahun setengah berjuang di bumi Temenggong (kecuali RBT yg dah merdeka awal)..

cerita pasal exam, kait cerita pasal jihad..
cerita pasal jihad, mestilah ada senjatanya..
usaha..
cerita pasal usaha, kait cerita pasal belajar..
belajar masa exaMode..cenggane la eyh???

ada macam-macam cara belajar..
yg specialnya, memandangkan exaMode kali ni yang terakhir,
aku cuba mempelbagaikan kaedah exaMode aku yang mana,
biasanya hanya melibatkan aku, hibernasi, aku dan hibernasi lagi..

kaedah exaMode 1:
bersama gula-gula hati..=)




kaedah exaMode 2:
bersama D's juniors..=)
altogether ada 3 jenis subjek, 3 aliran opsyen..
and uniquely represent 3 peringkat semester..

_4D's_
        
             _Linear Code_Arus Ulang Alik_English Phonetic and Phonology_                                                                                   


kaedah exaMode 3:
bersama Bacarz..=)




 _bahan bukti yang kita dah usahakan study MTE 3114 yg ''kacang'' sangat tu_



tirai exaMode PPISMP+PISMP selama 5 tahun setengah melabuhkan tirai akhirnya..
mode: dag..dig..dug (bukan dak..dik..duk kata Aqilah Hamzah)
misi lepas ni?
 urm..urm..
1) beli oreo dalam paket,
hancurkan then bg kat kak Zaila macam lebih possible dari beli buah potong-potong bagi kat kak Maziah..=p

2) atau mungkin training vokal tinggi
dari dyah or fatin..=p

3) takpun tukar nama dari mia sara jadi miAnis..
boleh tak nadhIRA?=p




balik-balik bilik..
ada bendAsing atas meja..tq my dear lovely room8..(^_^)
untuk kedua kalinya received memorable gift with greeting of
_happy graduation_
mode: sayu bertamu..pantasnya masa berlalu..

Friday, November 11, 2011

mustahil hanya pada si jahil (nota cinta buat si gagap)

jahil pada mereka yang mati hati,
jahil pada mereka yang mati rohani..
jahil pada mereka yang menutup segenap ruang untuk lebih mengenali, perbetulkan diri..

masalah biasa aku, bila nak tulis entri, ni la yang jadi..
tak abis-abis mood nak buat ayat berima sana sini..
haha..my bad..
ok..fokus pada misi dan visi entri ni di taip:
TIADA YANG MUSTAHIL BAGI MEREKA YANG TIDAK JAHIL

guru terbaik sememangnya pengalaman..
disebabkan pengalaman yang serasa aku menarik untuk dikongsi,
aku terpanggil buat entri serius kali ni..
sekurang-kurangnya sebagai ingatan untuk diri aku masa depan kelak,
sememangnya tiada apa yang mustahil..

dah lama niat nak tulis cerita ni cuma kekangan selalu mengacau.._excuse je_=p

aku sebenarnya terpanggil menulis entri ni sebab pengalaman praktikum aku,
seorang murid ni, tulis surat nak jumpa aku,
aku tunggu lepas tamat sesi P&P, murid lain pergi rehat,
dia datang pada aku than said:
"Cikgu Anis, saya takut..saya sedih..sebab saya gagap" sambil menangis..
and of coz tergagap-gagap..
(note:murid aku ni lelaki darjah 4 masa ni)..

isu kegagapan ni, walaupun bukan kena pada diri anda,janganlah diambil remeh..
sebab ia boleh terjadi pada individu yang dekat dengan anda..
mungkin saudara mara, mungkin juga zuriat anda??
jika anda bakal guru, mungkin bakal klien anda nanti???
siapa tahu...
kemungkinan itu ada..

......
boleh mula makan popcorn
......

pengalaman itu tuan ilmu,
PENGALAMAN DARI KISAH DIARI HIDUP AKU: 

mula cerita,
sejak dari tadika,
semakin menjadi-jadi pulak masa sekolah rendah,
aku ada masalah yang memang menghalang komunikasi aku plus menjatuhkan semangat aku untuk bercakap/berbual/berkomunikasi semacam kanak-kanak seusia aku yang lain..
GAGAP keterlaluan..
bagi yang tak pernah ada masalah ni, mungkin anda tak sedar/ tak tahu kesannya pada si penghidap..
bunyi macam lawak...tapi serius...TAK LAWAK OK...
lebih teruk masalah kegagapan aku:
pada sebarang pengutaraan yang bermula dengan huruf 'A'...
bayangkanlah sukar tak sukar...berapa banyak perkataan mula huruf A???pergi check kat kamus..
setebal-tebal muka surat kamus bahagian A tu,
tak dapat nak dibandingkan dengan ketebalan muka aku tiap-tiap kali nak bercakap dengan orang lain hatta dengan keluarga sendiri..
ingat-ingat balik memang azab seksa tuhan je yang tahu..
macam bunyi hon kereta api tersekat-sekat pun ada
berapa banyak ketawa n senyum sinis aku terima,
bak digit infiniti yang berkuasakan infiniti..*ini realiti bukan hyperbole semata*



yang paling aku tak boleh nak lupa:
paling teruk,
nama aku...
Anis..
and yang paling meruntun jiwa, 
sebagai orang Islam, bila tang tuntutan memberi salam..
Assalamualaikum
bayangkan anda di situasi sebegini..parah tak parah?

masa tu, 
gagap aku bukan sekadar tersekat-sekat (tersekat-sekat tu kira pada aku as gagap normal je)
tapi gagap aku memang kes parah bila tak boleh keluar sepatah bunyi langsung..
bunyi A tu memang tak keluar even mulut aku dah terbuka bak..
hasilnya memang sepatah haram perkataan pun tersekat tak keluar..


nak ikutkan dalam rumpun family,
baik sebelah mak atau ayah,
takde pun yang gagap...
tapi yang uniknya,
memang aku sorang  kena deal dengan kes khas kegagapan melampau ni..
jujur, memang menganggu gugat kestabilan emosi..
bayangkanlah, murid aku yang gagap tahap-tahap biasa bagi aku tu pun boleh menangis sebab masalah ni..
ni kan lagi aku yang memang gagap kritikal tak boleh keluar bunyi langsung....


sepanjang 23 tahun aku hidup,
macam2 yang keluarga,
kawan-kawan terdekat dan diri aku sendiri buat untuk kurangkan masalah kegagapan aku ni..

therefore,
ini antara perkongsian yang aku ada,
buat si gagap@ insan2 berhati mulia yang nak membantu si gagap:

1) tepuk belakang kuat2 bila masalah kegagapan tu timbul
seriously, sangat membantu!
but make sure terus tepuk masa masalah tu occur..
bukan lepas ko dah galak gelakkan dia, mau makan penampor la jawabnye..
aku pun ada terfikir rasional saintifik kenapa stategi ni membantu..
tapi sampai la ni aku tak jumpa jawapannya..
tapi dari sudut emosi, aku boleh terangkan, sebabnya aku yang rasa..
feel kena tepuk kuat2 kat belakang masa gagap kritikal tu muncul,
buat aku rasa sokongan yang tak berbelah bahagi, buat aku dapat rasa selesa..
sedar tak sedar
then, memang tup-tup lancar SEKEJAP pertuturan aku..
tapi caution,
langkah ni hanya berkesan untuk tempoh yang singkat je..sebab lepas tu,
gagap datang balik daaa..

2) JANGAN gelakkan..apatah lagi ketawa sakan umpama syaiton!
tang yang ni, aku tahu memang susah orang nak buat..
tips dari aku,
kalau korang yang tak gagap ni dah tak tahan sangat dengan tahap kelucuan kekurangan insan lain, pleaselah, senyum je..
bukan apa..sekadar mengingatkan yang:
kurniaan ALLAH pada korang yang lancar pertuturan tu,
bukan hak milik kekal, bila2 DIA nak tarik, kun fayakun je..
so, kalau tak boleh nak meringankan beban insan, sekurang-kurangnya janganlah ditambah pula beban tu..
takkan nak merasa sendiri payahnya rasa gagap ni baru nak tahu hormat emansipasi orang lain..ye dok..
bagi si gagap yang hati kental macam aku, dapatlah turn gelak tu jadi pembakar semangat..
psst: kental2 pun air mata meleleh jugak tau bila sorang2..
tapi macam mana pulak dengan yang hati tisu?
dibuatnya terus tak nak bercakap, korang boleh dapat award masyarakat perihatin dalam mengurangkan pencemaran bunyi ke???(mata ke atas, tangan atas bahu)~~

3) latih untuk: SENYUM, pause, cakap
fikir-fikir balik bagus jugak aku ni gagap dr kecik..
hikmahnya, sampai sekarang aku terbiasa senyum..=)
tips untuk yang gagap, setiap kali bila nak bercakap,
ambil masa dulu untuk senyum..
then bila each time tak dapat nak keluar perkataan yang seharusnya keluar,
or waktu korang tergagap,
ambil masa pause dulu..senyap and senyum balik..
then tarik nafas dalam-dalam tolak badan ke depan sedikit@ jinjit baru cakap balik..
ak teringat lagi, waktu mula2, aku sampai pejam-pejam mata nak keluarkan bunyi A

mulakan dengan berperingkat-peringkat..
latih dengan keluarga terdekat dulu..
kemudian dengan kawan2 yang memahami..
bila dah terbiasa, masalah gagap ni dapat diatasi@dikurangkan
sebagai kawan@family member@cikgu@masyarakat yang prihatin,
korang boleh bantu si gagap ni dengan senyum and galakkan dia berinteraksi selalu as latihan untuk dia..


4) ganti dengan perkataan lain, kreatifkan diri anda, bertidak seperti pelakon..=)

ni satu lagi hikmah aku gagap dari kecik..
sebab aku terlatih dari kecik untuk ada bekalan glosari kata yang terkata banyaknya..=)
contoh paling mudah, waktu kecik2 dulu,
dari ucap Assalamualaikum,
aku gantikan dengan, selamat sejahtera ke atas kamu,
then bila dah boleh sikit2 keluarkan bunyi A, aku terlebih dulu sapa hai@hello, baru sambung Assalamualaikum..
and..
daripada perkenalkan diri aku sebagai Anis,
aku ambil inisiatif sebut syuhada dulu..baru sambung balik anis syuhada..
bertindak seperti pelakon? yup, setiap kali aku sedar yang aku akan mula gagap,
aku akan buat barang jatuh ke, tengok tempat lain sekejap ke..hehe..=)
seriously, sangat berkesan dalam build self-esteem and as an alternative for our defective..
in fact, sampai sekarang sebenarnya aku masih berdepan dengan masalah gagap cuma tak seserius dulu and the fact jugak, tak ramai yang perasan@tahu aku sebenarnya si gagap..pandaikan aku cover..hehe..
tapi dah reveal kat sini, *kira e-kantoi la ni*=)

bagi golongan2 perihatin, anda boleh membantu kami dengan memberi ruang untuk kami bercakap..
please note that sometime bila kes gagap kritikal ,
kami memang perlukan masa yang lebih lama berbanding anda walaupun hanya untuk keluarkan satu perkataan yang mudah bagi anda..


5)paling utama:PENDIDIKAN, YAKIN DIRI
semakin aku dewasa, aku dapat melihat hebatnya kuasa pendidikan dalam mengurangkan masalah kegagapan kritikal yang membelenggu diri aku dari kecik..lama woooo..
cara atasi kelemahan diri yang paling berkesan adalah atas INISIATIF DIRI SENDIRI..
bukan bergantung pada orang lain..
realiti dunia memang kejam..
berapa ramai orang yang nak faham masalah yang kita hadapi?
untung sabut timbul, untung batu tenggelam la jawabnye..
sebab cerita pasal masalah, semua orang ada masalah masing-masing..
jadi nak keluar dari masalah,
adalah dengan berhadapan dengan kelemahan sendiri dan
cari alternatif untuk jadikan ia sumber kekuatan anda..
POSITIF..paling senang nak cakap tapi paling susah nak buat..
but believe me, if u can apply this in your life, everything = POSSIBLE!!=)


tiada yang mustahil buat si pendamping ilmu..
hebatnya kuasa ilmu,
bila si gagap ni..ye..
aku yang gagap ni, yang selalu di tertawakan..
yang selalu di senyum sinis oleh orang lain, suatu ketika dulu
akhirnya, petah berbicara..
tidak mustahil bagi si gagap kritikal
menjadi barisan pendebat mematah hujah sehingga ke peringkat kebangsaan,
menjadi antara individu yang tersenyum manis saat dinobatkan sebagai pendebat terbaik..
menjadi ahli panel forum yang petah mencerakin hujah..
menjadi pemidato yang membentang idea galak lantang..
menjadi ketua komandan perbarisan kontijen..
semuanya, aku yang gagap ni dah rasa..
*kau ada?* (ayat berbintang khas tuk manusia2 yang galak gelakkan aku time aku kecik2 dulu)..=p
dan kini, lebih manis lagi:
cita-cita yang aku usahakan hampir dalam genggaman..
CIKGU ANIS..gelaran keramat itu..

yup..aku masih tersenyum..
dari saat aku gagap kritikal dulu sehingga kini, aku masih tersenyum
aku masih mampu tersenyum dan aku akan tetap tersenyum
kerana aku sedar
tiada yang mustahil bagi mereka yang tidak berterusan menjadi si jahil..
alam ALLAH ini luas dengan pelbagai kemungkinan..
kelemahan yang ada pada kita adalah anugerah bagi yang mampu melihatnya secara POSITIF..
biarkan yang lain galak menggelak pada kekurangan kita,
jangan pernah rasa terjejas,
mengadulah pada DIA bila terasa beban menggunung saat menggalas kelemahan itu..
kerana segenap kekuatan, potensi tersembunyi kita akan terkeluar di saat tekanan menghimpit..
itulah yang aku kenali,
HIKMAH UJIAN..=)
berapa ramai yang mampu menukar kelemahan menjadi kehebatan diri?
jadilah pemangkin perubahan itu sendiri..
katakan tidak pada kejahilan!



nota kaki entri paling berjela ni,
 _SAYA GAGAP, SAYA OK_