meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Friday, November 11, 2011

mustahil hanya pada si jahil (nota cinta buat si gagap)

jahil pada mereka yang mati hati,
jahil pada mereka yang mati rohani..
jahil pada mereka yang menutup segenap ruang untuk lebih mengenali, perbetulkan diri..

masalah biasa aku, bila nak tulis entri, ni la yang jadi..
tak abis-abis mood nak buat ayat berima sana sini..
haha..my bad..
ok..fokus pada misi dan visi entri ni di taip:
TIADA YANG MUSTAHIL BAGI MEREKA YANG TIDAK JAHIL

guru terbaik sememangnya pengalaman..
disebabkan pengalaman yang serasa aku menarik untuk dikongsi,
aku terpanggil buat entri serius kali ni..
sekurang-kurangnya sebagai ingatan untuk diri aku masa depan kelak,
sememangnya tiada apa yang mustahil..

dah lama niat nak tulis cerita ni cuma kekangan selalu mengacau.._excuse je_=p

aku sebenarnya terpanggil menulis entri ni sebab pengalaman praktikum aku,
seorang murid ni, tulis surat nak jumpa aku,
aku tunggu lepas tamat sesi P&P, murid lain pergi rehat,
dia datang pada aku than said:
"Cikgu Anis, saya takut..saya sedih..sebab saya gagap" sambil menangis..
and of coz tergagap-gagap..
(note:murid aku ni lelaki darjah 4 masa ni)..

isu kegagapan ni, walaupun bukan kena pada diri anda,janganlah diambil remeh..
sebab ia boleh terjadi pada individu yang dekat dengan anda..
mungkin saudara mara, mungkin juga zuriat anda??
jika anda bakal guru, mungkin bakal klien anda nanti???
siapa tahu...
kemungkinan itu ada..

......
boleh mula makan popcorn
......

pengalaman itu tuan ilmu,
PENGALAMAN DARI KISAH DIARI HIDUP AKU: 

mula cerita,
sejak dari tadika,
semakin menjadi-jadi pulak masa sekolah rendah,
aku ada masalah yang memang menghalang komunikasi aku plus menjatuhkan semangat aku untuk bercakap/berbual/berkomunikasi semacam kanak-kanak seusia aku yang lain..
GAGAP keterlaluan..
bagi yang tak pernah ada masalah ni, mungkin anda tak sedar/ tak tahu kesannya pada si penghidap..
bunyi macam lawak...tapi serius...TAK LAWAK OK...
lebih teruk masalah kegagapan aku:
pada sebarang pengutaraan yang bermula dengan huruf 'A'...
bayangkanlah sukar tak sukar...berapa banyak perkataan mula huruf A???pergi check kat kamus..
setebal-tebal muka surat kamus bahagian A tu,
tak dapat nak dibandingkan dengan ketebalan muka aku tiap-tiap kali nak bercakap dengan orang lain hatta dengan keluarga sendiri..
ingat-ingat balik memang azab seksa tuhan je yang tahu..
macam bunyi hon kereta api tersekat-sekat pun ada
berapa banyak ketawa n senyum sinis aku terima,
bak digit infiniti yang berkuasakan infiniti..*ini realiti bukan hyperbole semata*



yang paling aku tak boleh nak lupa:
paling teruk,
nama aku...
Anis..
and yang paling meruntun jiwa, 
sebagai orang Islam, bila tang tuntutan memberi salam..
Assalamualaikum
bayangkan anda di situasi sebegini..parah tak parah?

masa tu, 
gagap aku bukan sekadar tersekat-sekat (tersekat-sekat tu kira pada aku as gagap normal je)
tapi gagap aku memang kes parah bila tak boleh keluar sepatah bunyi langsung..
bunyi A tu memang tak keluar even mulut aku dah terbuka bak..
hasilnya memang sepatah haram perkataan pun tersekat tak keluar..


nak ikutkan dalam rumpun family,
baik sebelah mak atau ayah,
takde pun yang gagap...
tapi yang uniknya,
memang aku sorang  kena deal dengan kes khas kegagapan melampau ni..
jujur, memang menganggu gugat kestabilan emosi..
bayangkanlah, murid aku yang gagap tahap-tahap biasa bagi aku tu pun boleh menangis sebab masalah ni..
ni kan lagi aku yang memang gagap kritikal tak boleh keluar bunyi langsung....


sepanjang 23 tahun aku hidup,
macam2 yang keluarga,
kawan-kawan terdekat dan diri aku sendiri buat untuk kurangkan masalah kegagapan aku ni..

therefore,
ini antara perkongsian yang aku ada,
buat si gagap@ insan2 berhati mulia yang nak membantu si gagap:

1) tepuk belakang kuat2 bila masalah kegagapan tu timbul
seriously, sangat membantu!
but make sure terus tepuk masa masalah tu occur..
bukan lepas ko dah galak gelakkan dia, mau makan penampor la jawabnye..
aku pun ada terfikir rasional saintifik kenapa stategi ni membantu..
tapi sampai la ni aku tak jumpa jawapannya..
tapi dari sudut emosi, aku boleh terangkan, sebabnya aku yang rasa..
feel kena tepuk kuat2 kat belakang masa gagap kritikal tu muncul,
buat aku rasa sokongan yang tak berbelah bahagi, buat aku dapat rasa selesa..
sedar tak sedar
then, memang tup-tup lancar SEKEJAP pertuturan aku..
tapi caution,
langkah ni hanya berkesan untuk tempoh yang singkat je..sebab lepas tu,
gagap datang balik daaa..

2) JANGAN gelakkan..apatah lagi ketawa sakan umpama syaiton!
tang yang ni, aku tahu memang susah orang nak buat..
tips dari aku,
kalau korang yang tak gagap ni dah tak tahan sangat dengan tahap kelucuan kekurangan insan lain, pleaselah, senyum je..
bukan apa..sekadar mengingatkan yang:
kurniaan ALLAH pada korang yang lancar pertuturan tu,
bukan hak milik kekal, bila2 DIA nak tarik, kun fayakun je..
so, kalau tak boleh nak meringankan beban insan, sekurang-kurangnya janganlah ditambah pula beban tu..
takkan nak merasa sendiri payahnya rasa gagap ni baru nak tahu hormat emansipasi orang lain..ye dok..
bagi si gagap yang hati kental macam aku, dapatlah turn gelak tu jadi pembakar semangat..
psst: kental2 pun air mata meleleh jugak tau bila sorang2..
tapi macam mana pulak dengan yang hati tisu?
dibuatnya terus tak nak bercakap, korang boleh dapat award masyarakat perihatin dalam mengurangkan pencemaran bunyi ke???(mata ke atas, tangan atas bahu)~~

3) latih untuk: SENYUM, pause, cakap
fikir-fikir balik bagus jugak aku ni gagap dr kecik..
hikmahnya, sampai sekarang aku terbiasa senyum..=)
tips untuk yang gagap, setiap kali bila nak bercakap,
ambil masa dulu untuk senyum..
then bila each time tak dapat nak keluar perkataan yang seharusnya keluar,
or waktu korang tergagap,
ambil masa pause dulu..senyap and senyum balik..
then tarik nafas dalam-dalam tolak badan ke depan sedikit@ jinjit baru cakap balik..
ak teringat lagi, waktu mula2, aku sampai pejam-pejam mata nak keluarkan bunyi A

mulakan dengan berperingkat-peringkat..
latih dengan keluarga terdekat dulu..
kemudian dengan kawan2 yang memahami..
bila dah terbiasa, masalah gagap ni dapat diatasi@dikurangkan
sebagai kawan@family member@cikgu@masyarakat yang prihatin,
korang boleh bantu si gagap ni dengan senyum and galakkan dia berinteraksi selalu as latihan untuk dia..


4) ganti dengan perkataan lain, kreatifkan diri anda, bertidak seperti pelakon..=)

ni satu lagi hikmah aku gagap dari kecik..
sebab aku terlatih dari kecik untuk ada bekalan glosari kata yang terkata banyaknya..=)
contoh paling mudah, waktu kecik2 dulu,
dari ucap Assalamualaikum,
aku gantikan dengan, selamat sejahtera ke atas kamu,
then bila dah boleh sikit2 keluarkan bunyi A, aku terlebih dulu sapa hai@hello, baru sambung Assalamualaikum..
and..
daripada perkenalkan diri aku sebagai Anis,
aku ambil inisiatif sebut syuhada dulu..baru sambung balik anis syuhada..
bertindak seperti pelakon? yup, setiap kali aku sedar yang aku akan mula gagap,
aku akan buat barang jatuh ke, tengok tempat lain sekejap ke..hehe..=)
seriously, sangat berkesan dalam build self-esteem and as an alternative for our defective..
in fact, sampai sekarang sebenarnya aku masih berdepan dengan masalah gagap cuma tak seserius dulu and the fact jugak, tak ramai yang perasan@tahu aku sebenarnya si gagap..pandaikan aku cover..hehe..
tapi dah reveal kat sini, *kira e-kantoi la ni*=)

bagi golongan2 perihatin, anda boleh membantu kami dengan memberi ruang untuk kami bercakap..
please note that sometime bila kes gagap kritikal ,
kami memang perlukan masa yang lebih lama berbanding anda walaupun hanya untuk keluarkan satu perkataan yang mudah bagi anda..


5)paling utama:PENDIDIKAN, YAKIN DIRI
semakin aku dewasa, aku dapat melihat hebatnya kuasa pendidikan dalam mengurangkan masalah kegagapan kritikal yang membelenggu diri aku dari kecik..lama woooo..
cara atasi kelemahan diri yang paling berkesan adalah atas INISIATIF DIRI SENDIRI..
bukan bergantung pada orang lain..
realiti dunia memang kejam..
berapa ramai orang yang nak faham masalah yang kita hadapi?
untung sabut timbul, untung batu tenggelam la jawabnye..
sebab cerita pasal masalah, semua orang ada masalah masing-masing..
jadi nak keluar dari masalah,
adalah dengan berhadapan dengan kelemahan sendiri dan
cari alternatif untuk jadikan ia sumber kekuatan anda..
POSITIF..paling senang nak cakap tapi paling susah nak buat..
but believe me, if u can apply this in your life, everything = POSSIBLE!!=)


tiada yang mustahil buat si pendamping ilmu..
hebatnya kuasa ilmu,
bila si gagap ni..ye..
aku yang gagap ni, yang selalu di tertawakan..
yang selalu di senyum sinis oleh orang lain, suatu ketika dulu
akhirnya, petah berbicara..
tidak mustahil bagi si gagap kritikal
menjadi barisan pendebat mematah hujah sehingga ke peringkat kebangsaan,
menjadi antara individu yang tersenyum manis saat dinobatkan sebagai pendebat terbaik..
menjadi ahli panel forum yang petah mencerakin hujah..
menjadi pemidato yang membentang idea galak lantang..
menjadi ketua komandan perbarisan kontijen..
semuanya, aku yang gagap ni dah rasa..
*kau ada?* (ayat berbintang khas tuk manusia2 yang galak gelakkan aku time aku kecik2 dulu)..=p
dan kini, lebih manis lagi:
cita-cita yang aku usahakan hampir dalam genggaman..
CIKGU ANIS..gelaran keramat itu..

yup..aku masih tersenyum..
dari saat aku gagap kritikal dulu sehingga kini, aku masih tersenyum
aku masih mampu tersenyum dan aku akan tetap tersenyum
kerana aku sedar
tiada yang mustahil bagi mereka yang tidak berterusan menjadi si jahil..
alam ALLAH ini luas dengan pelbagai kemungkinan..
kelemahan yang ada pada kita adalah anugerah bagi yang mampu melihatnya secara POSITIF..
biarkan yang lain galak menggelak pada kekurangan kita,
jangan pernah rasa terjejas,
mengadulah pada DIA bila terasa beban menggunung saat menggalas kelemahan itu..
kerana segenap kekuatan, potensi tersembunyi kita akan terkeluar di saat tekanan menghimpit..
itulah yang aku kenali,
HIKMAH UJIAN..=)
berapa ramai yang mampu menukar kelemahan menjadi kehebatan diri?
jadilah pemangkin perubahan itu sendiri..
katakan tidak pada kejahilan!



nota kaki entri paling berjela ni,
 _SAYA GAGAP, SAYA OK_




4 comments:

  1. Tiap-tiap kekurangan pasti digantikan dengan beberapa kelebihan yang tak ada pada orang lain.
    Lupakan seketika kekurangan dan carilah kelebihan yang dijanjikan, pasti anda menjadi orang yang luar biasa! =)

    ReplyDelete
  2. ok abang mintak maap liao
    [quote]menjadi barisan pendebat mematah hujah sehingga ke peringkat kebangsaan,
    menjadi antara individu yang tersenyum manis saat dinobatkan sebagai pendebat terbaik..
    menjadi ahli panel forum yang petah mencerakin hujah..
    menjadi pemidato yang membentang idea galak lantang..
    menjadi ketua komandan perbarisan kontijen..[/quote]
    tak penah langsung ada mende ni. ingatkan mmg natural budak2 ada gagap2 sket.

    ReplyDelete
  3. @Kacang Pool
    =)..yup!
    redhai kekurangan syukuri kelebihan..
    _ada hikmah atas setiap satu pemberianNYA_

    ReplyDelete
  4. @klise
    hehe..it's ok la..belanja la luh..haha
    dah imune dh pun..=p
    cuma buat post ni tuk share pglmn yg org lain mungkin tak dapat rasa..

    ReplyDelete