meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Monday, October 7, 2013

salah_betul

mengetuk pintu akal,
diminta intai pintu jiwa,

pada neraca ini
salah seakan betul
betul laksana salah

pada neraca ini
saat ini
tika ini
salah itu betul
betul benar salah

pada saat dan tika nanti
meski pada salah ini sebenar salah
tetap pada salah ini sebenar betul
betul tidak salah
betul benar-benar sebenar betul
pada salah ini membetulkan salah

bukan pada kebetulan
bukan juga pada kesalahan
cuma kali ini
neraca akal
neraca jiwa
setuju
salah seakan betul
betul laksana salah

pada yang menjauh saat aku sebenar terjatuh, terima kasih
pada yang mendekat saat aku sebenar terjatuh, terima kasih
mana satupun yang betul
mana satupun yang salah
bukan lagi dalam tahu akal mahupun jiwaku
maka biarkan aku diam terperusuk dalam jatuhku
kerana bila saatnya aku akan mampu berdiri
diriku bersedia untuk berlari dan terjatuh lagi

pada salah dan betul ini
norma apa sekalipun tidak lagi memandu aku
maka berhenti berkata apa-apa,
cuma ucap syukur bukan jalan ini dihidang untuk kau
jika sekelumit ihsan menyinggah,
tumpangkan doa agar aku cepat keluar dari kebodohan neraca yang sedikit demi sedikit merubah siapa aku
yang mula keliru pada salah dan betul itu.

0 comments:

Post a Comment