meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Tuesday, April 29, 2014

Anis's list for Anis's Anas~ 1: MEDELA FREESTYLE COMPLETE SET

shopping online banyak manfaat dia..
lagi banyak manfaat untuk manusia yang jenis sebijik macam ummi ni,
nak barang murah tapi malas nak window shopping yang memenatkan dan meletihkan,
seingat ummi mula membeli online ni dari zaman belajar,
makin menjadi2 bila dah masuk kerja sebab masa sekarang ni, duit tu hak diri lepas tolak hak ibu bapa, family and hak orang yang memerlukan,
untuk org macam ummi yang liat nak menabung, always buat alasan lah kan nak shoping...hehehe..
tp memang betul lah, terapi untuk diri selain tidur dan makan, shoping pun satu terapi..
lagi2 bila jumpa barang yang sama tapi jauh lagi murah harga dia, rasa nak lari  2.4km je...ehhh..=p

dulu asal online je ummi memang suka usha tudung...tudung...dan tudung lagi,
sikit2 kat dress, bju kurung pun ada..
tp, bila perut dah mulat-mulat ni, nafsu utk diri sendiri terpaksa dinyahaktifkan,
tp tetap dah nama perempuan, nafsu shoping teralih kat tang lain pulak...
weee...barang babyyyy..
tabiat online shopper tegar macam ummi ni, tak ler tengok barang terus nak beli...
ummi akan survey dan survey lagi..
dan antara percaya dengan tak,
first item online untuk Anas ni, ummi dah survey since early2013, setahun koo..
masa tu dah ada feeling2 dapat Anas dalam belly walaupun rezeki tak menyebelahi...
makanya, bila tahun 2014 ni harapan ada balik, makanya, hajat diteruskan even dapat tentangan banyak pihak dengan ayat cliche yang kalau boleh ummi nak rakam je which
"awalnya kau beli, baby lom klua lg, apa2 jadi nanti mcm mana?"..
tetttt...makanya ummi yang suka menjawab ni haruslah dah ada skema jawapan jugak:
"barang baby mahal2, dah keluar baru nak beli, memang harus tak dapat nak beli lerrrr"

seawal Februari, tadaaaaaa...
medela freestyle dambaan hati berjaya di cekup....
 kenapa ni first item untuk Anas????
sebab, dari banyak2 barang baby yg ummi survey, yg ni paling mahal, makanya, untuk elak sebarang ketidakmenjadian cekupan ni, ummi fokus, abaikan semua tudung pujaan hatiku dan istiqamah dalam menjaga nafsu shopping yang lain, terapi minda ummi setiap kali nak mula shoping online makhluk lain, akal, hati dan jari ummi alihkan kat word search : medela freestyle..

makanya, satu persatu laman web, blog, fb, forum ummi geledah,
tujuan pertama memang untuk visi cari yang paling murah boleh dapat, and paling penting ada guarantee yg boleh guna for life, sebab hasil riki2 tu ummi dapat tau ada dua negara pengeluar which one of it warranty dia tak cover yang malaysia punya part, makanya kalau  terbeli dan tiba2 bende alah mahal ni rosak,  kena tanggung kos baik pulih...ehhhh...tak nak makkkk..

hasil survey ummi sampai takat dah gatal tangan nak beli jugak, risau terbeli barang lain,
maka ni laman yang berjaya menarik ummi untuk jadi pelanggannya:

Total price include postage, siap dapat prize:package botol bumble bee = RM 1 580.00
ni paling murah setakat bulan Januari 2014 yang ummi sempat tengok2..
even dah paling murah pun tu, tetapppp
bunyi harga tu kalau sekali dengar macam nak luah mati mak nak telan mati bapak,
tapi, mengenangkan potensi diri ummi yang agk clumsy, manja terlebih and kalau boleh semua benda nak cepat settle ni,
maka, ummi pejamkan mata dari tgk kawan2 medela ni yang jauh lebih murah harga dia dengan selalu meditasi akal ummi dengan ayat
"biarlah mahal, asal sekali jalan, nak guna tangan, manual, ummi surrender dulu sbb tengok rutin ummi yang agak workaholic ni tak dan rasanya"

dan alhamdulillah, ummi lega sangat2 sebab fokus nak beli ni masa awal2 dulu, sebab sekarang ni, even Anas belum keluar, budget pun dah mula lari ke banyak benda2 yang lain..
mana fikir nak saving lagi..asal tengok kotak ni ummi senyum je, lega..

more Anis's Anas list ahead~~~~~~~ =)

Monday, April 14, 2014

Anis's list for Anis's Anas~

banyak benda jadi tahun lepas sampai terbawa-bawa ke tahun ni even dah 'di selamatkan' dari surrounding mengundang kegilaan itu...sigh*alhamdulillah

banyak entri nak buat, sebab dalam ujian itu, aku nampak hikmah hubungan dengan ajnabi melangkaui hubungan pertalian darah, buat aku dalam pada syukur ditukarkan ke Johor tak dapat tidak aku masih sayangkan bumi Sarawak, apatah lagi di Lutong itu yang membuatkan tahap kes kegilaan aku tu tak menjadi pun sebab dikelilingi ajnabi2 yang sangat-sangat mendamaikan hati even diorang pun puzzle out apa jadi dgn aku sampai secepat itu aku tergesa2 uruskan perpindahan ke bumi semenanjung ni..

lama aku berhibernasi, bukan apa, jenis aku ni, bila rasional memang sangat2 rasional, sama juga kaedahnya kalau pada situasi yang sebaliknya,
teringat ayat ajnabi yang sekarang insyaALLAH jadi saudara selamanya: Kem pernah cakap "eh Anis, kau ni kan, baik je selalu jarang nak marah, tapi sekali kau marah ni confirm meletup habis"..
ayat saudara paling berharga yang aku jumpa kat bumi Sarawak: kak Teh pernah cakap "padanlah akak pelik macam mana Anis boleh tenang,tak marah-marah selama ni,tak kisah je apa jadi, rupanya...
(^_^)..hidup aku tak de ruang untuk benci melainkan benci yang satu tu je yang akhirnya jadi benci pada yang dua bila aku bagi peluang, maka sebab tu sekarang aku amik langkah hibernasi je sebab aku punya rasional boleh cakap dah sampai takat langgar dinding..maka cukup itu cukup, yang tak boleh and tak layak disimpan kita buang je ye dak..=)..lagi pulak sekarang ni ak dah jadi macam zaman aku kecik tu, asyik nak nangis je, tanda give up melampau yang dah datang balik yang perlu dibuang jauh2 supaya aku tak lah sembunyi dalam gua macam dulu..kes gua pun dah mula datang balik..parah kalau tak cegah ni..=)

dalam pada ujian yang tak tercapai dek akal tu, ALLAH sentiasa ada..
ye la, bila difikirkan balik, punyalah aku tak ada hati dan lost sangat dengan apa yang jadi tahun lepas tu sampaikan even dlm time ujian tu, ALLAH bagi ujian lain which:
anak aku yang sulung tak menjadi, tumpah darah, and masa darah flow sampai ke kaki, setitik air mata pun tak tertitis masa tu, sempat lagi ayat yang terdetik kat hati aku,
"takpelah, anas membesar dalam rahim ummi masa ni pun tak bagus untuk Anas"..
orang lain pulak yang menangis untuk aku, and terbalik pulak aku yang ulang2 cakap ayat yang sama..
masa ni pulak, selamanya akan aku ingat jasa2 ajnabi itu, yang sentiasa membantu aku tak kira waktu, sentiasa ada dengan aku even tak tau hujung pangkal pun apa yang berlaku...=)..
sebab tu aku sayang Lutong sangat sangat kuasa infiniti..sebab jadi tali yang mengikat aku untuk sentiasa berpegang teguh pada tali ALLAH..
kesibukan setiap hari yang aku adakan selepas itu cuma untuk menyegarkan jiwa aku yang makin tenat jadi satu ritual yang sangat2 membahagiakan..
melihat anak2 itu,
dan paling utama bila aku rasa lelah dan penat sangat2, ajnabi2 itu ada untuk aku..tq kak Teh..tq kak Amy..tq kak Nas..tq Soleh Moleh..tq Kem..tq ust Roslan..tq Lutong..org kata, cikgu ramai jadi org gila sebab sekolah, tapi buat diri manusia bernama Cikgu Anis ni, tak jadi nak gila sebab sekolah... (^__________^)
teringat ayat my lovely one and only gjat "Anis, dari dulu aku terfikir kenapalah kau ni nak jadi cikgu, lepas tengok apa yang jadi kat kau ni, rupanya ni la hikmah kau jadi cikgu, kalau kau kerja macam aku, dengan situasi kau ni, tak taulah.."

oh, disebabkan rasional melampau yang entah dari mana memang ada dalam minda aku yang sihat ni even hati dah macam beep2 merah ultraman tu....
tetap, macam mana ada hujan ribut taufan selama mana sekalipun, akan ada mentari dan pelangi sebagai pengganti..aicehhh..
hehe...makanya, dalam kekalutan jiwa aku yang asyik beep2 lepas satu satu yag jadi,
alhamdulillah...Allah benihkan Anas yang semakin membulatkan abdomen yang dulunya kempis melengkung..=) bila kun fa yakun, bila memang ditetapkan itu rezeki, maka walau apa pun yang jadi takkan melawan ketetapan DIA..=)
Anas:keajaiban, ummi percaya Anas akan membesar jadi Anas ummi yang hebat..
sebab...

1) masa awal2 perjalanan Anas nak sampai kat rahim ummi, masa tu ummi tengah berjuang dgn mslh kencing tak lawas yang sangat2 teruk dan buruk lebih sebulan lamanya sebab ummi yang blur ni tak tau pun lepas tumpah darah tu sepatutnya ada pantang larang itu dan ini untuk elak rahim jatuh etc..
sampaikan ummi take every single medicine untuk cure sbb tak tau masa tu Anas pun tengah berjuang nak jadi anak ummi rupanya..incident terkencing tanpa segan silu dan meriah tahap kebaboom on every single outfit pengantin baik majlis resepsi johor and melaka tu pun rupanya Anas tau eh?haha..ummi ingat ummi simpan sorang-sorang je..=p

2) tiba2 ummi yang tak pernah ada jerawat melampau ni, timbul pulak satu, eh dua, eh tiba2 jadi tiga, eh tiba2 naik satu badan jerawat, right after ummi check sendiri pregnant which inform good news, so jadi macam duo news..dari nak senyum, jadi macam seram sebab ummi si penakut jarum segala..sah tau ada chicken pox, and respon doktor yang like "eh, macam mana awak boleh kena ni?" buat ummi macam "eh, ada ke org yg welcome anything bad, seriously???ni doktor ke apa ni??=p..dgn ubat anti virus yang kuat sangat sampai tersumbat hidung ummi sampai saat ni, alhamdulillah, one more down...next???=p



3) nak balik raya rumah mak melaka, lepas subuh. badan menggigil..tahankan lagi...turun nak makan..rasa semua sejuk semacam...which is...badddd...sebab dalam apa situasi pun, ubat utama ummi for sure makanan, maka saat ni bila makanan bukan lagi ubat, something really2 wrong dlm badan ni...terkocoh kocoh ke klinik..and finally yg plg d takuti sjak azali--->>>kene cucuk jugak kat muntot sbb tinggi sgt suhu suspect denggi..lemah..tapi getting better sbb again, makanan penyembuh terbaik ummi dalam segala situasi dapat ditelan tanpa rasa sejuk dan pelik lagi..=)))..tq dekat abah anas yg treat ummi yg kena cucuk ni dengan baskin robin choc peanut, spicy tendercrisp burger king hilang terus rasa ngilu cucuk tu..and atok anas yang cepat2 kaitkan kelapa pandan  muda untuk ummi..=)

banyaknya ubat-ubat yang memang boleh ummi taknak salurkan kat anas ummi ni..tapi anas ummi kuatkan..=)..sekurang-kurangnya bagi kekuatan untuk ummi tetap tersenyum dalam pada ummi masih dalam mode berhibernasi yang entah bila akan habis ni...(^__^)..

more Anis's Anas's List ahead~


Sunday, April 6, 2014

Syukran

hela nafas panjang-panjang
sampai satu masa aku harap aku benar-benar Anis yang dulu
Anis kecil yang dahulu yang masih ada ruang untuk mengusir benci itu atau sekurang-kurangnya berpura-pura untuk menjaga hati semua orang..
demi ALLAH, saat ini Anis yang besar ini hatinya lebih kecil dari hati dan jiwa besar Anis yang kecil itu..

13tahun dulu,
syukur aku pada ujian sebesar itu yang kau timpakan saat Anis sekecil itu, KAU lorongkannya pada wadah agama sebenarnya, pada sekolah agama itu, pada ustaz dan ustazah itu, pada sahabat2 itu..
13tahun selepasnya,
saat ini yaALLAH, bila KAU sebenar menguji redhaku pada ujian terdahulu yang mana mematah riuk segala benteng Anis yang membesar dalam goyah dan payah itu, tetap,
bagaimana mungkin aku berpaling daripada mengakui nikmat peganganMU saat aku sebenar rapuh berpegang pada taliMU, tetap kau hadirkan dan kembali melurus lorongkanku pada keyakinan ini...pada dia, imamku, pemilik tulang rusukku, satu-satunya sebenar tempat aku tidak bertopeng..dan pada zuriat yang mula membuat aku terfikir visi ummi solehahku suatu masa dahulu..
maka sebagaimana aku mula merasa beransur hilangnya wadah penyembuh jiwa fasa pertamaku itu, sebenar takut aku mula resah hilangnya wadah penyembuh jiwaku kini kerana aku sedar segalanya pinjaman..

syukur...hati jangan berhenti bersyukur...
biar nanti sekalipun yang dipinjam itu perlu kembali,
tetap pada nikmat pinjaman itu menghadir senyum dan topeng itu biarkan kembali.. (^___^)

selama mana aku berhibernasi kali ini?
seingat dahulu, saat anis kecil itu masih berhati besar, tetap untuk itu Anis itu perlukan 5 tahun tambah tolak...
kali ini?entah...
anis yang besar ini hatinya terlampau kecil untuk ruangkan pada peluang yang telah diberi berkali2..
kali ini terang2 pada yang aku benci aku sebenar benci..
maka, entah, sampai bila ruang dan peluang ini pasti tak mungkin aku beri lagi..
sebab pada saat ini, untuk berdepan yang aku sayang pun buat aku segan kerana aku bukan lagi pelakon handalan seperti Anis kecil dulu itu..maka, apatah lagi untuk sebab dan asbab aku punya kebencian paling tinggi di hati, minda, tubuh dan segenap memori Anis yang kecil dan besar ini, demi ALLAH, dengan hanya mempersetankan asbab itu aku mampu untuk sekurang2nya bernafas, sekurang2nya bersyukur dengan nikmat pinjaman kesabaran senipis kulit bawang ini..

maka Anis besar,
senyumlah..
syukurlah...
pada jalan ini, juga bila nikmat pinjaman itu perlu kembali.. (^_____^)deal~