meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Wednesday, May 14, 2014

CAKAP ATAU DIAM

bila aku nak diam, jangan paksa aku bercakap,
sebab bila aku mula cakap masa aku sebetul nak diam,
cakap aku takkan pernah diikuti laras bahasa diam-diam,

penenang kononnya,
orang tengah kononnya,
nasihat kononnya,
pada aku sekarang semua tu konon dan semata-mata kokononan sahaja
sebab kalau betul penenang, kalau betul orang tengah, kalau betul nasihat,
tak mungkin aku sampai tahap diam lebih baik daripada bercakap

"sedangkan nabi ampunkan umat, kita ni siapa je, sampai bila nak simpan dalam hati?"
persetankan, pada setan yang buat aku nak bercakap lebih galak dari simpan dalam diam,
sebab aku bukan nabi, sampai hari ni aku simpan dalam diam,
bila terpaksa aku cakapkan, baru sedikit tak sampai 20% daripada apa yang sebenar, kau sudah meroyan, mula bercakap tentang muhasabah diri dan segala cebisan agama dari sedikit pengisian akal,
apa kau fikir aku sejahil itu? timbang tara pada butir bicara malah laku mula segala aku neraca..

derhaka..
mana yang lebih derhaka?
membiar yang tua tersungkur nazak terkejut dengan kebenaran yang aku diamkan yang kau cuba cungkilkan??
pada alasan tua, kau cuba cungkilkan rasa manusia dalam diri aku,
maka ketahuilah kerana alasan tua itu jugalah aku lebih memlih diam dari berkata
kerana aku sebenar yakin kali ini bila aku terpaksa berkata-kata, laras bahasa aku hanya maki hamun, caci nista..
lebih teruk, aku mula merasa bebas pada sebarang capaian yang dapat dilemparkan.
aku bukan nabi, aku bukan malaikat, pada saat ini, sampai saat yang entah bila,
pada yang aku benci, tetap dengan noktah aku sebenar BENCI

lakonan?
cukuplah, jadilah kau pengarah. pelakon dan extranya,
kerana hati aku dah tiada ruang untuk peluang yang diberi berulang..
tenaga aku, perhatian aku, riang aku cuma cukup2 untuk anas..
maka kalau kau memilih untuk lakonan, teruskan,
maka bila kau memilih untuk memaafkan, terpulang...
kerana sebagaimana aku yang kecil dapat hidup dengan tangisan dan keseorangan,
aku juga yakin pada saat hati aku sebenar kecil ini,
ditemani insan kecil yang penuh keajaiban ini,
aku tidak hidup atas puji insan,
jauh sekali aku mati kerana maki caci...

0 comments:

Post a Comment