meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Wednesday, June 24, 2015

GUA

di dalamnya kelam
di luarnya berbalam-balam

mengintai
cuba untuk keluar
keluar untuk kesekian kalinya
kesekian kalinya yang kelam itu juga lebih mendamaikan

darah
kerana darah ini
biarkan aku yang berdarah
berkali-kali
sendiri

lunyai
setiap satu berderai
hingga sampai
biar membusung barai

bisu
sebenar tersudut melesu
sebenar letih kelu

pekak
sebenar kosong di benak
sebenar biar lantak

7 comments: