meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Wednesday, September 28, 2011

_penting_pening_

dalam banyak-banyak perkara yang penting,
mana satu yang lebih penting?
penting sangat ke yang terpenting tu?
perkataan pun "ter"..maksudnya tak sengaja la kan kepentingan tu?
atau memang tiap-tiap perkara penting tu ada skala kepentingan dia yang meletakkan dia lebih penting berbanding perkara-perkara penting yang lain?

tak berapa nak penting dah aku rasa perkara yang bagi aku penting mula-mula..
atau lebih tepat, memang tak harus jadi yang terpenting pun awal-awal lagi..
mungkin memang terpenting tu hanya darjat yang terletak disebabkan ketidaksengajaan "ter"..
dan aku mula belajar untuk menyingkirkan kepentingan tu,
bila dari sudut mata dan telinga insan terpenting yang membuatkan aku percaya perkara terpenting tersebut,
tak klasifikasi terpenting tu sebagai penting apalagi terpenting..
maka, kepentingan terpenting,
jadi tak berapa nak penting
@ memang dah tak penting sepenting kepentingan terpenting
mahupun hanya sekadar penting..


_hidup terlalu singkat untuk dipeningkan dengan kepentingan terpenting yang belum pasti pentingnya_

0 comments:

Post a Comment