meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Monday, June 10, 2013

Pesona berlayar berbekal tawakal..


Banyak benda pelik berlaku dalam hidup aku,
Pelik tapi benar,
sebenar-benar pelik,

dari setiap benda pelik2 yang benar2 aku buat,
sedar tak sedar,
aku akui segalanya berpaksikan pada pesona berlayar tawakal..

aku tough? tidak..
aku hebat? tidak..
apa jugak, jawapan aku, tetap tidak,
cuma satu yang boleh aku iyakan,
aku berserah..ya..
sebenar tawakal, tatkala apa yang ditugas,
diamanahkan pada aku terlampau kabur untuk akal aku yang mentah menelaah..

pesona belayar tawakal,
aku jumpa dalam:
kekuatan berdepan kemungkinan,
bersangka baik dalam setiap kemudaratan,
pembelajaran tanpa had batasan..

aku bersyukur aku sedar betapa diri aku lemah,
dari kelemahan aku,
aku belajar mewakilkan setiap keputusan aku semata-mata pada hikmah qada dan qadar aturanNYA..

di saat pada zahirnya, aku seorang,
secara batinnya, aku berjemaah dalam damai ukhuwah..
ini juga pesona berlayar tawakal yang aku jumpa..alhamdulillah..

dalam sedar dalam tidak,
semakin banyak cinta, sayang, dan suka mula bercambah..
hanya dengan bermula pada paksian tawakal,
aku mula takut pada sebuah kehilangan setelah tanpa sedar aku peroleh sebenar kepunyaan..
istighfar..
kali ini, aku menoleh lagi,
ya, dalam ketidakpastian,
hanya satu yang boleh aku sandarkan:
pesona berlayar tawakal...
sedang dari usia mudaku aku mampu hidup berbekal tawakal,
masakan pada usia sematang ini,
aku tidak mampu meneruskan hidup berbekal tawakal sedang terhidang depan mata,
nikmat yang aku rasa,
pesona selama berlayar dalam paksian tawakal.. (^___^)

31/05/2013 - 08/06/2013
_Kejohanan Perahu Layar MSSM 2013_
buatku adalah anugerah terindah yang pernah tuhan berikan padaku dalam menyingkap salah satu hijab pesona berlayar berbekal tawakal...alhamdulillah ya ALLAH...=)

dari si cilik, aku sentiasa belajar untuk sentiasa celik..
pelayar-pelayar hebat yang buat rasa terasing tak pernah menjerat...(^_^)  






first time memancing after almost 25 tahun bernafas atas bumi ALLAH
_hasil ikan kunyit, baracoda, ikan buntal n ikan pelik yang menghadir seribu satu rasa_

 tulang belakang pada kemungkinan yang menambah pengalaman hidup Cikgu Anis...tq all sifu~ =)..
homework banyak nak kena study kat youtube ni..=p



 alhamdulillah ya ALLAH...semakin ku temui pesona berlayar berbekal tawakal ini..=)





















"Wahai yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmatkan aku memohon pertolongan.
Perelokkanlah untukku segala urusanku. Dan jangan sekali-kali Engkau wakilkan diriku kepada diriku sendiri biarpun sekadar sekelip mata". (Riwayat al-Nasa'i)

_salam syaaban_
moga dengan tawakal,
hati kita akan lebih cekal..(^____^)

2 comments:

  1. semoga dpt berjumpa lagi...cikgu masuk lh kursus perahu layar

    ReplyDelete