meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Monday, August 18, 2014

WISHLIST

nak sihat dan kuat
nak jalan laju-laju
nak muka comel selalu
nak kaya raya
nak bahagia sepanjang masa
nak iman meningkat tak turun-turun
nak senyum tak plastik
nak semua yang thorbaikkkk

nak tu kemahuan
nak tu tak semestinya keperluan
tapi dari nak yang mahu tu akan buat kita rasa perlu..
"rasa" belum tentu yang padan untuk kita..

takkan tahu nikmatnya sihat dan kuat bila tak pernah merasa sakit dan lemah,
takkan tahu nikmatnya jalan laju-laju bila tak pernah merasa jalan lambat sesiput,
takkan tahu nikmatnya muka comel selalu bila tak pernah merasa muka lendut mencuka,
takkan tahu nikmatnya kaya raya bila tak pernah merasa jadi papa kedana,
takkan tahu nikmatnya bahagia bila tak pernah duka nestapa,
takkan tahu nikmatnya jadi manusia beriman bila tak pernah sedetik pun akui kealpaan,
takkan tahu nikmatnya ikhlas dalam senyuman bila tak  pernah merasa sembunyi di balik gembira pura-pura,
takkan tahu nikmatnya kebaikan dalam kehidupan bila tak pernah merasa baiknya dalam buruk..

makanya dalam setiap nak yang belum berhak,
percaya pada TUAN masa,
pemilik yang lebih cakna baik buruk setiap rencana..
_keluh kesah cuma penambah resah_

0 comments:

Post a Comment