meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Saturday, September 7, 2013

Nikah's list: AWESOME PHOTOGRAPHER!


Lama menyepi, sebab banyak nak kena fikir dan buat sana sini tanpa henti..
alhamdulillah...
selamat bernikah dengan en suami yang awesome dengan sekali lafaz..=)
banyak cerita nak cerita, makanya untuk elak perangai menyimpang bila aku buat post,
terang2 aku letak title AWESOME PHOTOGRAHPHER pun tersimpang jap pergi kat en suami..hehe..

entri ni khas aku dedikasi kn kat photographer yg officially ada masa solemnization as aku sangat, amat, terlalu berpuas hati dengan servis yang diberikan "bunyi mercun"..

meet my beloved brothers:
abg shah, dgn abg aqmar*abgla sgt ko mar*=p
org first yg upload gambar majlis: abg shah*toche2*
org first yg upload bnyk2 gambar majlis: abg aqmar *syukran2*

thanks for being there for me, not only by being the person who captured my most beloved moment,
but also for all works supposed to do by the man of my family..
glad to have both of you as my bro!
teringat masa tragedi inai segget,
thanks abg shah for reminds me yg having those inai yang meriah penuh tangan tu not a good step especially when we gonna seek for the solemnization's barakah...
although adik also kluar dr SMKA, bila nampak benda cantik, hukum hakam pun boleh terlupa..hehe..thanks again abg..

and also untuk abg aqmar or I prefer to call him my adik,
tq dik for make me smile and laugh giler2, especially bila tengok kau merungut n mengomel macam makcik2, sbb acik sebelah akk tu buat cukur kening segala tapi mengucap macam tak habis belajar agama,
mungkinlah dik, sebab kak nes yg belajar SMKA ni pun hampir2 nak buat inai meriah penuh tangan wrinkle2 bunga bagai sbb nmpak cantik, lupa semua hukum hakam..=p

second, meet my beloved peers:

cahaya kehalusan nama glemer..dari saat aku tunang, mmg awesome sgt klik2 dia ni..
gigih tau...thanks ina...
pastu ada la jgk berjangkit kat my beloved imam: wana...eh sjak bila rajin jadi mamarazi ni wana?=p

and paling tak boleh blah, Gjat pun berjangkit penyakit ni, entah bila dia amik iPhone ak buat snap2 ni:




and, kredit utk diri aku yang tak lupa nak amik gambar sayap kiri and kanan aku masa right before khatam Al-quran session...=)..





hehehe...thanks utk smua peers yg memang cheerful n tak payah diminta bergambar hatta mengambil gambar, korang semua memang tiptop!

siap ada 'flower gurl' lg ok..over sgt nyah~ =p _tq my love_


now...meet my official photographer:

abg din, a.k.a abg din JDT...
sbb aku kenal dia pasal minat aku kat B.O.S.S n JDT..
banyak sebab aku nak bagi publisiti kat abg din ni,
as kalau ada readers yg baca post ni tgh fikir siapa nk hired utk capture moment2 sweet yg sekali je seumur hidup (melainkan ko nk kahwin 2, 3 laa),
tanpa syak,abg din memang pilihan tepat,
meh sini aku cerita kenapa:


1) kelakar, selesa, mesra
-bila masa nk nikah especially, korng akn dpt rasa angin kus2 yg boleh buat korng nervous tak tentu pasal,
masa tgh nervous tu, ingat senang ke nak adapt dgn org yg baru first time ko jmpe dpn2? jantina lain pulak tu...aku ni pulak memang over particular bab aurat segala *ni ak smbung cite section 2*..
but, awesomenya abg din ni, serius, xde rasa kekok langsung, bual flow cantik je, ketawa jangan cerita lah, hilang nebes terkumpul semua, sgt2 cepat mesra, bukan setakat dgn pengantin, dgn pengapit, dgn mak andam, dengan akak pengantin,  semua lah dia bual selamba je and awesomenya semua boleh masuk..=)

2) particular tang agama
- ak ni kadang2 boleh jadi sangat annoyed, bila aku kata tak, makanya tak, family n husband memang tahu sangat2, bila aku cakap, aku sanggup tak pakai make up dari kena makeup dgn lelaki/separuh lelaki, aku taknak amik gambar masa aku solek bila hired male photographer as ak bila make up mmg harus lah rambut, leher terdedah, mmg aku degil and aku boleh mengamuk tak tentu pasal sebab2 macam ni..hehe..my bad..
tapi kan...tapi kan...abg din ni, comel tau....sebab??? sebelum ni bila aku cakap tak means tak lah kan,
sekali encik suami call ckp "ummi, abg din mintak ummi pakai tudung lengkap, dah sedia nanti dia nak amik gambar solek sikit mana yang dapat, boleh tak ummi, abg din dah tunggu kat bawah tu?"
serius ak terus senyum masa tu, eh, bagus jugak abg din ni...first impression ak tuu...berbintang2 untuk abg din..=)
- dalam pada aku menjaga tu, dah namanya nervous pengantin, elok je lepas 'sah', kan ada kena salam2, aku punyalah nervous n blur, semua aku salam, nasib baik lah tok kadi dah jalan ke depan, kalau tak mau dengan tok2 kadi aku salam sekali..=p...dalam pada aku blur tu, ade la aku tersalam 4, 5 org lelaki yg aku rasa ajnabi, nasib baik abg din sedarkan aku, dia pergi sebalah aku then bisik "Anis, salam yang perempuan je, lelaki tak payah". Aku macam haaa?aku dah salam berapa banyak lelaki ni???rasa nak tepuk dahi laju2 je...khilaf aku ni, klau xde abg din, tak dapat aku bayangkan saham aku salam dengan ajnabi2 yg lainnya...istighfar banyak...mana nak dapat photographer macam ni? bukan hanya peka dengan angle, lighthing, je, tang adab dan agama tu, susah weii nk dapat photographer merangkap penasihat bertauliah ni..senyum banyak2 aku tiap kali aku ingat balik....mmg tak salah pilihan aku dengan husband..=)

3) profesional bak hang~
- pasal skill abg din mmg tak yah ckp lah, tgk koleksi lens die pun dah tau, tapi, bukan senang jgk nk dpt photographer yg boleh jadi director at the same time..
bagi pasangan yang malu2 nk pose, abg din mmg cukup terbaik...
sebabnya, dalam pada aku yg mmg camwhore and husband yang memang quite 'gila2', kira tak berapa nak seganlah, tapi at that important day, kitorang seriously kaku beku...nebes pengantin belum hilang kot..
yang bestnya abg din ni, dia yang akan cakap pose macam mana, kepala tu berapa degree dagu kena turun, nak dongak banyak mana, siapa tengok siapa, tangan nak letak kat mana,
semualah, senang cerita, tak payah buat research pose, abg din dah ada semua dalam kepala..=)

4) menepati masa, tak berkira,,
- photographer yg dh establish mmg wajib ada time frame utk majlis as service charge pun according to time value, tapi kan..tapi kan...abg din ni cool juga, sorry dpt pengantin macam anis ni yg asyik ckp, jap eyh abg din, jap je, sikit je lagi, "kalau boleh semua org nk kne ada dlm gambar" punya perangai..=p...although dah banyak kali jugak abg din dok tengok jam, tetap jugak abg din kasi settle semua yg anis minta..=)...mana dgn insiden tok kadi salah rumah berjam lagi...hehehe..funny yet memorable enough..tq abg din bersama2 family anis and jazli sabar menunggu tak berkira waktu even semua dah tak senang duduk masa tu..=p

5) mudah dibawa berbincang and available..
- yang nego dgn abg din ni for sure la my en husband, my beloved Jazli picture him as a very easy-going person...mula2 macam ada doubt la jugak, yela, bukan photographer kecik2 abg din ni, risau jgk over budget, macam2 lah yang bermain di benak pemikirankuuu...nego punya nego, abg din kasi best price untuk kitorang...=)...senyum banyak2...dengan skill yg abg din ada, dgn sikap abg din, dgn ilmu agama dia semua, terasa kerdil sgt diri ni dapat jugak hired abg Din...=)...senyum lagi banyak2...

panjang lebar as expexted entri lepas gian menaip ni..=p
motif entri ni " TERIMA KASIH MY AWESOME PHOTOGRAPHER!!!"
ooh, untuk yg nk hired abg Din yg awesome ni boleh riki2 kat fb dia:
Saluddin Ismail
tapi 01/12/2013 I dah booked dia tau..kikikikiki...
sori lah abg Din tepek nama abg Din banyak2 kat post ni,
mmg perangai sy kalau puas hati, puas hati betul,
benda baik, baik kita share dgn org lain kan...=)
semoga abg terus sukses and jadi legend dengan skill abg..terima kasih mencemar duli sudi rakam majlis kami..pssst: jumpa lagi akhir tahun nanti...=)
_special appreciation for whole family, both side, bff, guest, next post pulak, panjang bebenau dah entri kali ni_ =)

Monday, June 10, 2013

Pesona berlayar berbekal tawakal..


Banyak benda pelik berlaku dalam hidup aku,
Pelik tapi benar,
sebenar-benar pelik,

dari setiap benda pelik2 yang benar2 aku buat,
sedar tak sedar,
aku akui segalanya berpaksikan pada pesona berlayar tawakal..

aku tough? tidak..
aku hebat? tidak..
apa jugak, jawapan aku, tetap tidak,
cuma satu yang boleh aku iyakan,
aku berserah..ya..
sebenar tawakal, tatkala apa yang ditugas,
diamanahkan pada aku terlampau kabur untuk akal aku yang mentah menelaah..

pesona belayar tawakal,
aku jumpa dalam:
kekuatan berdepan kemungkinan,
bersangka baik dalam setiap kemudaratan,
pembelajaran tanpa had batasan..

aku bersyukur aku sedar betapa diri aku lemah,
dari kelemahan aku,
aku belajar mewakilkan setiap keputusan aku semata-mata pada hikmah qada dan qadar aturanNYA..

di saat pada zahirnya, aku seorang,
secara batinnya, aku berjemaah dalam damai ukhuwah..
ini juga pesona berlayar tawakal yang aku jumpa..alhamdulillah..

dalam sedar dalam tidak,
semakin banyak cinta, sayang, dan suka mula bercambah..
hanya dengan bermula pada paksian tawakal,
aku mula takut pada sebuah kehilangan setelah tanpa sedar aku peroleh sebenar kepunyaan..
istighfar..
kali ini, aku menoleh lagi,
ya, dalam ketidakpastian,
hanya satu yang boleh aku sandarkan:
pesona berlayar tawakal...
sedang dari usia mudaku aku mampu hidup berbekal tawakal,
masakan pada usia sematang ini,
aku tidak mampu meneruskan hidup berbekal tawakal sedang terhidang depan mata,
nikmat yang aku rasa,
pesona selama berlayar dalam paksian tawakal.. (^___^)

31/05/2013 - 08/06/2013
_Kejohanan Perahu Layar MSSM 2013_
buatku adalah anugerah terindah yang pernah tuhan berikan padaku dalam menyingkap salah satu hijab pesona berlayar berbekal tawakal...alhamdulillah ya ALLAH...=)

dari si cilik, aku sentiasa belajar untuk sentiasa celik..
pelayar-pelayar hebat yang buat rasa terasing tak pernah menjerat...(^_^)  






first time memancing after almost 25 tahun bernafas atas bumi ALLAH
_hasil ikan kunyit, baracoda, ikan buntal n ikan pelik yang menghadir seribu satu rasa_

 tulang belakang pada kemungkinan yang menambah pengalaman hidup Cikgu Anis...tq all sifu~ =)..
homework banyak nak kena study kat youtube ni..=p



 alhamdulillah ya ALLAH...semakin ku temui pesona berlayar berbekal tawakal ini..=)





















"Wahai yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmatkan aku memohon pertolongan.
Perelokkanlah untukku segala urusanku. Dan jangan sekali-kali Engkau wakilkan diriku kepada diriku sendiri biarpun sekadar sekelip mata". (Riwayat al-Nasa'i)

_salam syaaban_
moga dengan tawakal,
hati kita akan lebih cekal..(^____^)

Thursday, March 28, 2013

Kak Long untuk Mak Usu

pejam celik, pejam celik,
alhamdulillah hidup lagi untuk merasa nikmat pejam then celik kembali..

cepatnya masa berlalu..
rasa macam semalam, terkocoh-kocoh,
semput-semput tarik nafas nak attend jemputan kahwin yang berderet-deret..








alhamdulillah..
tahun 2013 ni,
meet our first Sukur+Jaleha's granddaughter...





Zalfa Afiya binti Mohammad Ariff..
tarikh lahir cantik je 10.01
semoga anak buah sulungku ini juga membesar dengan cantik, sihat, bijak dan
utama, solehah...amin...macam mak usu dia..kikiki..







and,
meet our first Bacarz's junior..
Nurhana Humairah binti Mohd Hafiz..
tarikh lahir sama dengan
one of my heart warming student on 27.03
semoga anak sulung bacarz ni juga membesar sebagai penyejuk hati bonda hidayah, cantik, sihat, bijak dan utama, solehah...amin...macam auntie dwi anis comel dia...kikiki...



rasanya macam semalam baru gelak-gelak dgn kak piqa bila rumah habis banjir sambut kedatangan dia kat Miri...rasanya, macam baru semalam jugak gelak-gelak kat bilik dayah dengar cerita2 kartun yang aku tak pernah tahu pun wujud...=)..dari riang ria remaja, kini perjalanan sebagai wanita hebat bermula...semoga dipermudahkan segala urusan kalian dalam membesarkan zuriat, umat Nabi Muhammad S.A.W, harta kalian dunia dan akhirat insyaALLAH~ (^___^)..welcome to the family both kak long~ =)


_alhamdulillah ya ALLAH_

Tuesday, January 1, 2013

2012-->2013

2012: series of "first timer"





Semangat tahun baru,
dapat laptop baru untuk permulaan kerjaya baru..
hye2 hp maroon cantik untuk cikgu Anis..
bye2 hp grey berjasa untuk 5 tahun setengah selama bergelar "siswi guru"














First work attire..
masa melapor...
orang Johor yang bakal bermaustatin di Sarawak
bersama orang Melaka yang bakal bermaustatin di Johor..
perbetulkan niat_senyum jak~













bersama roomate sehotel,
at KLIA untuk naik belon..
lain feel nak naik untuk holiday, which I like..
compare to pertama kalinya feel nak naik untuk duty,
which I _dunno what to label_











with my first Sarawakian student...
uniquely, I'm not being address by cikgu Anis@ teacher Anis..
but....haa...
Ustazah Anis...yup...
having 'pendidikan agama Islam' as my core business at first..
matematik????apa tu?haha..=p
sebelum jadual baru dirombak..alhamdulillah..
first time nak ambil tahu masa solat negeri lain...
haha...biasa kalau pergi nergi lain,
for surelah jamak je kerjanya as always intention pergi untuk tadabbur alam je
but this year, first time niat untuk bermaustatin for nusa bangsa_klass ayat_








first time jumpa durian hutan, duri extra runcing and tajam,
warna extra yellow, and rasa extra gas..
this year, for the first time,
berjaya makan durian after 12 years tak boleh bau pun..alhamdulillah..
mabuk dah hilang..hoyeaaahh..






first time jumpa buah ni..
ala-ala manggis semenanjung pun ada..
ala-ala duku pun ada..
sour and kelat rasanya..not really suit with me though...=_=













laksa sarawak...thumbs up..
recommended..
paling sedap at miri golf field..
tapi mahal sket refer to its portion..
but taste...likey like...=)







scrumptious umai...
banyak kali makan, tetap tak boleh lawan :
the most glorious umai at mukah...nyummeh...









and most...kalah mcD, KFc, burgerKing smua lah...
the most scrumptious grilled beef burger with identical homemade sauce..
most recommended: KFCK..craving for more..=)
dalam pada misi jalan-jalan cari makan yang tiada penghujung,
nak berjalan jauh sangat..kikiki
inilah dia first car dalam family yang berplatkan Q...
memang biasa J je..
welcome to the family my Q...=)










first time my lovely family datang menjenguk my career life at Sarawak..
first time lah jugak merasa ditinggalkan
kat airport tak boleh nak ikut balik...
feeling dia huwaaaaa tapi control macho tu perlu...hehehe..=)







first time dapat kakak ipar
yolah, abang den sorang yo...
colah mano nak dapek akak ipar maso abang den sik nikah laie...
welcome to the family kak pikah~















another series family vacation_check my condition at Sarawak..lol
sweet banget my omma n my oppa ni..
no doubt..=)










semakin hari, hidup semakin stabil...alhamdulillah,
having my new family..
my lovely sons and  daughter..
semuanya bermula
from having them as my first batch of home private tuition's students
having my along, akak n adik..
for their upcoming UPSR math's paper..
result?alhamdulillah...excellent progress_achievement..

alhamdulillah, tak merasa sendiri even jauh dari family time raya..
first experience beraya di perantauan_aiseh, ayaaat_
haha..
new experiences, perspectives, really grateful ada my own sarawakians' family..
thanks along, adik...
merasa ummi first time mendikirkan anak ummi..=)
dikir_new things for me

and most not forgotten,

finally....graduated...alhamdulillah...credit for all my pillar of strength..
its not an easy task, but its really worth it~ =)

as usual, after holiday mode, work mode turn on..
first time actively involve in sports_outdoor_so called KOku..some of it:





Kejohanan Olahraga MSSR MIRI-BAKONG










Pertandingan Bola Baling peringkat daerah Miri.





 

 Kursus
Kepengadilan_Kejurulatihan
Bola Baling





 




 Kejohanan Bola Baling MSS Sarawak 2012







Kem 1 Murid 1 Sukan




Jalan-jalan bandar Miri
tadabbur alam..
sambutan Maulidur Rasul negeri Sarawak











Hari Sukan Tahunan_Balapan









Hari Sukan Tahunan_Padang




Perkhemahan Unit Beruniform





Lawatan_jom jenjalan Tahun 6













and most roller coaster experience mode: my lovely dance team
really just could not ask for more...
most 'push da limit' being extra super duper positive..
bukan setakat on duty meng'koreograf' the dance team,
dengan diri sendiri sekali last2 terjebak dikoreografkan...
credit lots to my gorgeous sis Nasterina Christine May..=)
and not forgotten my supportive c-foo mdm Lynndel Ruran Racha..=)

really, somehow, sometime, I would say...arggghhh..STRESS..
having so much things-to-do-list
in which most of it really super duper NEW for me..
but alhamdulillah HE always send the 'comfort' feeling in me,
with this lovely new social circle I have:
and most miracle, having my LOVELY BACARZ
planning and enjoying never ending SARAWAK's tour trip!!!!
alhamdulillah Ya ALLAH..


series year_end, having sayanora's treat with my lovely morning session's pupils..
and yup, spread the sweetness of cake's tradition for sweeten the sweet memories..(^_^)
birthday yang sangat bermakna..
welcoming new family member-to-be_my Encik Tunang_
celebrating with my big family and friends-->how can I resist this year was sooooo special
really heart warming to enjoy holidays with my family
while flashback our previous trip on the same land 20 years ago..
new sight_new exciting-to-do-activities_new excitement
really...could not ask for more..=)

first time celebrate his birthday dari jauh...

but still rasa dekat,
and buat diri tersedar, cepatnya masa berlalu sepantas tahun 2012 sendiri..
feel 2012 end awal dari asal as mula terbang naik belon balik Sarawak on 27/12/2012..
ready with perbetulkan niat, get ready for the new challenge
after receiving my new 2013 task on 28/12/2012..

Friday, December 7, 2012

_mANIS_24_


alhamdulillah..
sedar tak sedar,
24 tahun bernafas atas bumi yang fana..

subhanallah..
dalam pada aku berkelumit dengan kepelbagaian urusan,
masih ada titipan indahnya rasa sebenar-benar ukhuwah..

setiap tahun, tanpa prank yang pelik-pelik masa birthday Anis,
memanglah tak normal...
macam-macam jenis prank sampai buat mencakar-cakar dinding segala pun ada..
pendek cerita, memang tiada istilah coverlah kan bila dah kantoi kena prank,
makanya, even penambahan usia tu pada sesetengah woman may be isu yg sensitif,
for me pulak, its another funny, lovely, sweet moment@chapter dalam diari hidup ni..=)

biasanya taklah pulak terdorong nak mencoret pasal birthday dalam blog ni,
but as this year, extra ramailah pulak yang ada masa my BIG day,
rasa terdorong nak buat entri berjela, as nak buat nota apresiasi kat fB,
macam over da bomb la pulak kan..=p

first of all:
 my lovely family..without them, memang tak syioklah kan,
as memang tiap2 tahun yang wajib tak lupa my birthday ni lah org2nye
except my bro lah kot,
sebab mamat sorang ni memang selalu lupa@wat2 lupa takut kena paww la tuh..=p
extra credit tuk my lovely mom yg banyak kerah keringat jasmani rohani intelek semua lah untuk pastikan everything going according to plan..kira macam mastermind gitu..
extra hardwork kali ni sampai tergeliat2 tangan pulak tu...
nasib baik ada kakak yang punya tangan magic...
bukan setakat expert memasak+baking segala, plus tukang urut tersohor tuuu...hehehe
oppa lak, as usual lah kan, kerja2 berat semua pas kat dia, tulang besi agaknye...
sekali sekala ada lah jugak anak dia yg sorang ni konon2 nak tolong, end up kena gelak je sebab sikit pun tak terangkat..

 next, meet my 2nd family:
 precisely, my auntie and my uncle, my niece and nephews..
banyak sangat2 kesweetan demo nih...tak terungkap gitu..hehe
dari sebelum hari, semasa hari dan selepas hari,
tak penat menyumbang dari segala bentuk..
for those yg looking for scrumptios cheese tart(any flavour), homemade cute chocolates, variety of goodies, sweets, gubahan hantaran, pendek cerita semua lah,
boleh la contact my auntie ni ye...Pn Hamidah Hashim..extra kreatif orangnya!
flower gurl, cameraman@camerawoman, tukang jaga handset, tukang packing, pengkritik tetap, quality control, goodies distributors, semualah, satu pakej ni se family,
even yg sulung busy dengan kerja dia,
yg tengah busy dengan SPM mode dia, tetap join meriah riuhkan harinya...
nak cakap macam mana lagi...sampai demam-demam sefamily..uish...get well soon yep~ =)


and for most:
my BIG family and friends~~~~~ =)
jauh-jauh datang,
ketepikan hari bekerja yang busy@ bergegas datang,
then g sambung kerja balik on the same day..
plus yg still in study mode,
ponteng hari kuliah =p @ cepat2 masuk kelas balik on the same day...
sweet sangatlah awok-awoknyeeee...
jadi representative behalf me..
siap ade yg bwk2 ole2 dari jauh lagi...mana dengan tambahan hidang utk guest..
yg sempat bersalam keruk juak..for most camerawoman@cameraman in action terus..
plus peneman setia on that very important day,

my Gjat
bukan azzizan or azzizah katanya..=)
thanks for being part of
my important and sweetest moment..
=)))))
(overkan nak senyum banyak2..hehehe)
nak letak gambar,
ada banyak sangat2,
jadi semua ada dalam ni :sweet24
yang tak sempat tersnap2 tu,
doesn't means that you're not included,
just that memory card camera tu
dah terfull kot time tu...=p


and not forgotten:
family yang jauh datang dari Melaka...=)
including yang dari KL+Kota..
alhamdulillah, selesai dan dipermudahkan segala urusan pada hari tersebut...
yang baik datang dari DIA, yang buruk datang dari khilaf saya..
 semoga ukhuwah yang bertaut terus menyubur rasa cinta akan keagunganNYA...insyaALLAH..=)

psst...pssstt...
dalam pada 24th birthday yang dijangka tiada sebarang unsur prank yang berlaku,
as my mom declare awal2 kali ni,
ada kek nanti nak keluar bila segala as tak nak ganggu kelancaran majlis on that BIG day...
 sekali, boleh pulak, terkena juak...
adedeyh...memang overly sweet diabetic betol lah kawan2 segonjenganku ni..
seriously...mmg sweet sangat as it reminds me back 7 years ago...
exact touching moment..=)
cumanya, diorang ni dah tambah sikit rem tang nak prank tu..
barang berat katanya ye...hehe..
extra comel lah awok-awoknyeeee...
thanks qila a.k.a selamanya ketuaku for sesusah je memastermindkan gathering ni..=)
thanks wana a.k.a BADAR selamanya for sponsoring venue yg sepatutnya kat kdai makan kan dia ajak kita..=p
thanks fofot a.k.a vogue da vaas selamanya for rescueing candle incident for that very suspicious moment..haha..=p
thanks ct a.k.a new buddy selamanya for melayan si qila gonjeng ke mana aje dia nak pergi and for most jd camerawoman gitu..=)
thanks kal a.k.a minah bola selamanya for making us gather again kat mamak yg dok promote roti naan dia yg extra bite tuuh..=p
thanks shoot a.k.a. career woman selamanya for sweetly datang jugak even jauh tu nk pusing balik mana dengan car accident dia lg..=)
berjam-jam macam taksampai sejam pun rasanya...=)..
alhamdulillah merasa semula nikmat berimamkan ketua Badar kita tu..
mana dengan insiden air Zam2 lagi..=p
to be continue....=)))

dalam pada semua kemanisan ni,
tak dapat tidak, ada beberapa kekhilafan dari pihak saya,
especially pada yang lambat sampai berita, maafkan saya ya,
dalam pada itu pun, masih juga beserta kiriman doa2 buat saya....
sweeeetnye awok-awok ni...=)
every single one do cherish and blossom my heart
melihat semula segala rasa indah dan manis yang ditipkan pada hati ini,
buat aku berteleku sendiri...
astaghfirullah...
apa yang aku tinggalkan buat insan-insan ini dalam pada meniti,
sehari-hari kehidupanku yang tinggal sisa berbaki?
 
sedar tak sedar, dalam pada usia menganjak ke 24 ++ ni,
secara rasminya diri ni dah bergelar tunangan kepada En Jazli bin Johari..
we will never know the future,
but still,
we can plan it with non stop effort, prayer and tawakkal to HIM..
semoga jodoh kami dipanjangkan ALLAH hingga akhirat kelak...amin..
lailahaillallah..
tiada satupun selayaknya tempatku bersandar melainkan pada ketentuan dan redhaMU..


                                               _ Jangan lokek beri kebahagiaan pada sesiapa pun
                      sebab ALLAH akan pulangkan balik dengan cara yang kita tak pernah sangka _

Thursday, October 25, 2012

Positif_Pelik tapi benar

Kuasa positif takat langgar dinding punya..
Sejak berpijak di bumi Sarawak tok..
Dalam banyak-banyak benda yang kamek 'terpaksa rela' buat,
yang tok paling gilak:











Trauma masuk ICU 2 tahun lepas buat kamek janji dengan diri kamek,
sik buat gilak lagik berlari segala..

seram lebih teruk dari goosebumps..
perut dan2 butterfly flutter by jak..
menggigil as starting..
dalam palak first time blank gilak..

dalam pada trauma masih belum hilang,
pelik tapi benar,
kamek polah juak...

positif? rasa nak muntah terus bila teringat balit kes 2 tahun lepas..
pelik tapi benar? LUTONG berjaya buat kamek 'melangkah' kembali..

blend with all this positive vibe,
 
I'm grateful to be here
I'm grateful to be me


Peers...
Please continuously maintain the positive vibe
as you can't imagine how it really helps other people overcome their problem..
me? could not ask for more...
terlebih sudah ke'pelik'an hari tok...HARI INI DALAM SEJARAH..

_teammate yg gigih cover jarak_=p
(kamek resign dah, cukuplah sekali dan takkan pernah lagi)

pengorbanan dan saya?
_mengorbankan trauma dalam jihad jasmani rohani hati_
pengorbanan dan anda?













_SELAMAT HARI RAYA_

Sunday, October 7, 2012

TELEPATI

Murid tanya cikgu : Cikgu Anis, siapa murid terbaik cikgu?

Cikgu Anis jawab : Semua murid cikgu terbaik..=)

Murid tanya cikgu lagi : Cikgu Anis, siapa anak murid terbaik cikgu?
Terlintas terus di hati kamek nama yang satu itu..
Terus kamek tersenyum..

Mak selalu pesan, jangan pernah pilih kasih bila jadi cikgu..
Maka, kamek selalu ingat..
semua murid pada pandangan mata kamek terbaik dengan cara, keletah dan kerenah masing-masing..

Cumanya, bila ada yang tanya 'anak murid' terbaik,
tidak dapat tidak, satu nama itu cepat terlintas di hati..

Fasa hidup aku semakin hari semakin bertambah cabarannya..
Ada masa, untuk orang seperti aku yang lebih selesa berteleku sendiri dari berkongsi,
masalah belum selesai, bertambah yang baru, masih berteleku,
saat2 hati benar-benar runtun, minda benar-benar buntu,
saat itu,
'anak' itu,
muncul entah dari mana dengan ayat mudah sebagai pemula:
"Assalamualaikum cikgu"
"Cikgu Anis apa khabar?"
"Cikgu Anis ok?"
"Cikgu Anis sihat?"
"Hai cikgu....."
"Cikgu buat apa?"

bukan sekali dua,
dan entah bagaimana, timbulnya dia, anak itu,
saat aku benar-benar 'hilang'...

telepati seakan family..
pelik tetapi benar..
satu yang pasti, doaku:
"Ya ALLAH,kurniakanlah kebahagiaan dan permudahkanlah urusannya sebagaimana KAU kurniakan kebahagiaan dan mempermudahkan urusanku dengan kehadirannya"

indahnya ukhuwah kurniaanNYA..
its been almost 1 years we've not seen each other,
but still,
HE send you to comfort me in your own way..=)
so far, but yet so close~
alhamdulillah..

bagaimana mungkin aku berpaling dari rahmatMU,
bilamana KAU sentiasa kurniakan aku segenap kekuatan dari segala keadaan~ =)

_melihat anak itu juga semakin matang,
mengirimkan aku kekuatan dalam menghadirkan ketenangan_