meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Friday, July 29, 2011

STAR (1) dan AKU

habis, usai, selesai, beres, settle, done, complete!!!
ngehee~
7 perkataan seerti
untuk total 7 bulan proses:
1+2+3 bulan praktikum + 1 bulan internship

sedar tak sedar, banyak entri yg aku tertaip sepanjang tempoh tu:
1. misi(1) perbetulkan niat dan senyum je
2. misi(2) ikhlaskan hati
3. misi(3) bersyukurlah kerana pengalaman itu tuan ilmu
4. misi(4) jauhi benci
5. misi(5) syukuri jalan yang ku lalui
6. misi(6) usaha sehabis daya

corat-coret suka duka yg sempat tertaip sepanjang 7 bulan:
1. aku-accident-lagi
2. hari-guru-dan-aku
3. yang-indah-itu-ada
4. cinta-dan-cita-cita

7 bulan tenggelam timbul kat STAR (1),
HARUSLAH ada entri special cam ala2 summary gitu *mode kesat2 air mata* ..=p
*kenangan yang mendewasakan aku,
dan mereka inilah yang memberi ruang dan peluang aku ke arah itu:




nama diberi Nurul Hazwani bt Wakanan..
macam2 nickname aku panggil ikut sesedap rasa mulut and mood..ngehehe..
--> akak bila time nak manja*sila jangan jeles*,
--> wawa bila nak bersukan *sila buat2 tak nampak statement ni*
--> wer, wani, wasul*opps tersasul lak*=p
praktikuMate terbaik yg xde tandingan..CONFIRM..=)..thanks kak!sayaaaaaaang akk lebih!!!
masa ak keracunan, masa ak kemalangan, masa ak kesedihan, masa ak ketensionan, masa ak kesakitan, masa ak kebuntuan, semua lah..
dia ada dan tetap ada untuk meringankan beban dari sekecil2 kuntum senyuman, sampai la sama2 galas bebanan..really appreciate it~
tips utk adik2 junior:
jadilah practicuMate yang memudahkan, melengkapkan kekurangan partner anda, give and take, komunikasi paling perlu..sila jadi se awesome waw_a_nis..keh3~




nama diberi Kamaruzaman Mohd & Ahmad Safwan Mohd Anwar..

nick nme: ma&we
thumbs up untuk diorang nih...
atas semua gelak, tawa, senyum, rahsia, cerita, tenaga,...semua yang kita rasa,
ak bersyukur korang kena tukar sekolah awal2 praktikum dulu..ngehehe~
word 'thanks' tak leyh nak describe tahap appreciation ak atas apa yg korang dah buat selama ni..
kimia kita yang kuat atas ukhuwah yang ikhlas buat aku tak pernah berhenti bersyukur untuk itu..
psst:mereka berdua hanya menjaga saya bagi pihak gula-gula hati saya..abah, diorang memang awesome~=)





nama diberi:warga STAR (1)


one word: AWESOME
ramah..terbuka..cool...sempoi..semua ada..pendek cerita, terbaaaaaik wok~ =)
baik dari bahagian pentadbiran, pengurusan, staff sokongan, sifu2 semua memang tiptop..
tak pernah lokek ilmu dan ak sangat terhutang budi untuk itu..
melihat kesungguhan warga STAR (1) ni, buat ak lebih berkobar-kobar..
melihat keikhlasan warga STAR (1) ni, buat ak lebih bermuhasabah..
merasai sendiri ukhuwah warga STAR (1) ni, buat ak sebak..
tahan2 air mata, nasib baik berjaya..=p

_warga STAR satu, thank you_*pantun terkerat*=p



last but not least,
cilik-cilik yang celik akalnya,


"nikmat belajar dalam mengajar yang di ajar pelajar benar-benar mengajar tugas sebenar pengajar"



Link_ hatiku berbintang satu yang beribu erti bagiku_

Monday, July 11, 2011

aku accident lagi~

Baru lepas balik,
tangan masih mengiggil bila kereta kena hentam n seret..

First word: Alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH
Ya ALLAH, pada petang ini kami menerima afiat pemberianMu, keselamatan dari mara bencana, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku, di dunia dan akhirat..amin

Second word: Subhanallah..maha suci ALLAH
dalam musibah yang buat mulut terkedu, darah macam tak lalu,
masih ada senyuman berjaya aku ukir dengan kehadiran insan-insan yang menghulurkan bantuan tadi..
menangis bila teringat ukhuwah yang jelas terserlah..
terima kasih my lovely family and friends..
kaklah, mak,ayah,
wawa, jazli, kama, safwan,
my mentor:cikgu rashid, guru besar:en Salim, gpk ko-ku:en che din..
_susah payah kalian untuk aku_=')
cg faizal+cg nasri+kak hasroha for yr concern..=)..
not forgotten, strangers yang sanggup berhenti tanya and concern apa yang jadi..
_amalan yang utama itu ialah kegembiraan yang kamu tanamkan ke dalam hati seseorang Muslim_ serious,masih touching lagi..=)

hmm..bagi yang tak pernah accident, ada sedikit tips untuk kalian,
1. bila anda berdua,and dua2 pulak tu perempuan,
dilanggar kereta yang dipandu 2 lelaki,
be calm,
contact kenalan terdekat anda..
biarpun anda yakin anda di pihak yang benar!!

hmm..seriously caution tuk semua girl out there..
accident tadi,
walau memang jelas terang2 mamat tu yang hentam and seret my car plus masuk my way, ceritanya jadi lain..
nak tau berapa versi cerita yang mamat tu perjuangkan sebelum datang my dad n my sis yang berwajah taiko???



VERSI SATU:
me, myself and wawa je yg ada time tu

MAMAT1: you apahal langgar kereta I?you tak nampak ke I dah masuk?

AKU: you diam! wait for my friend..
_dalam hati, aku sebut ALLAH3..ulang2 kali, tangan dah menggeletar tahan terkejut and marah, but alhamdulillah ada sedikit ketenangan dalam diri aku untuk fikir rasional, mintak wawa call kama n safwan while aku try contact my family_




VERSI DUA:
kama+safwan dah sampai +cg rashid,my sweet mentor stop trus tgok what happen..

MAMAT 1& MAMAT 2: kawan u salah langgar kereta I, kereta I dah kat depan, dia hentam
_walhal, kereta mamat tuh, baru je digerakkan, place park baik punye depan my car_

Safwan:Anis, cuba cerita apa sebenarnya?

AKU: Jalan aku straight ni haa, dia masuk dari kanan macam tu je..
dah hentam kereta ak,
siap seret,
place car dia baik punya depan kereta aku,
pastu nak blame ak?
ko tengok la dari condition kereta dua2,
boleh fikir siapa yang masuk jalan siapa, siapa yang hentam siapa..
_time nih nampak sangat mamat2 nih nak blame jgk slh tu pada ak,cakap putar belit baik punyaaa_



VERSI TIGA:
my sis+my mom smpai..

MY SIS: u apahal hentam kereta adik I?
*ok,nada dan laras bahasa lebih taiko sebenarnya,tak sesuai tuk tuntunan awam..=p*

MAMAT1 & MAMAT2 :Ok lah, kita sama-sama salah. kita settle macam ni je la..dia langgar i, i langgar dia.

AKU: WHAT??????aku salah???
*ok, serius aku terus guna aku kau je trus plus ada jugak terselit lu gua sebab dah bengkek gaban sedap2 mamat2 nih tukar cerita macam aku baru dapat lesen semalam je*

AKU:
KAU YANG MASUK JALAN AKU,
KAU TENGOK JALAN TU,
JALAN KAU SEBELAH KANAN,
JALAN AKU SEBELAH KIRI,
KAU YANG SEDAP2 MASUK JALAN AKU, HEMTAM KERETA AKU, SERET SIAP???
KAU TAK PAYAH PUTAR BELIT LA,
TADI CAKAP AKU YANG LANGGAR BELAKANG KERETA KAU,
PASTU SEKARANG KAU CAKAP DUA2 SALAH PULAK???
PERGHHH PERANGAI!!!!
*nada tinggi lebih tinggi dari tone suara time aku lead kawad@baca sajak..=p



akhirnya, setelah di pihak aku, dua orang perempuan ni bertukar jadi 11orang,
VS 2 ORANG MAMAT YANG CAM *****
settle jugak..JMD dalam bengkel sekarang ni..alhamdulillah~
_masih terharu dengan kalian semua_thanks =)



dalam pada ni, aku nak ingatkan,
bila2 korang yang on da road tiba2 nampak accident,
kalau tak boleh nak tolong,
tak payahlah nak keruhkan keadaan dengan jerit2 maki2 segala..
ketahuilah, yang korang maki tu, mungkin orang yang teraniaya macam aku,
takkan la kau nak aku doa kau pulak yang accident baru kau tahu betapa takde siviknya orang2 spesies macam kau..
kalau kau takde pegangan agama,
meh sini aku bagitau, doa orang yang teraniaya tu makbul,tak ada hijabnya..
_hmm, moga hidayah untuk manusia macam ni tak putus dariNYA_


psst:tips tambahan dari abang aku yg takde kat lokasi tadi..=p
-->sebelum apa2 tangkap gambar kejadian, no plat yang terlibat dengan muka die sekali kalau boleh

tips tambahan aku pulak:
-->pastikan handphone anda ada bateri..huhu..
nyaris2 terperangkap tadi bila hp aku n wawa dah nak abis bateri..
alhamdulillah sempat contact mana yang patut..huhu..=)


_musibah menyedarkan aku akan ukhuwah yang indah_

Sunday, July 10, 2011

fikirlah orang lain..

tengah sedap-sedap kau emosional,
fikirlah orang lain...
tengah sedap-sedap kau menghentam,
fikirlah orang lain..
tengah sedap-sedap kau mencarut,
fikirlah orang lain..


sebab aku fikir orang lain lah aku malas nak bising-bising..
ikut perangai aku yang dulu,
time2 ni la sedap2 je nak fire balik..


yang masih semangat2 ni,aku saran korang join team debate,
ada jugak pekdahnyee..
lama2 nanti korang sedar yang tak guna percaya beria-ia segala..
sebab,
bila kau kena jadi side gov, ko kena defend hujah tuk side gov,
at the same time bermati-matian cari hujah tuk differ pembangkang..
bila kau kena jadi side pembangkang lak, the other way around yang korang kena buat..
time tu kau sedar,
dua-dua tak de bersih mananye pun~


tuntutan ke8: Hentikan POLITIK kotor
kau fikir sendiri mana hala bersih yang kau percaya beria-ia..
masih politik dan politik lagi..
skala bersih bagaimana yang kau dan aku, KITA, akan sama2 setuju???


_berpada dalam beria percaya_

Friday, July 8, 2011

_biasa_

lama-lama,
bila selalu benda yang sama,
aku pun dah tak ada hati nak beza..

biasa,
bila jadi lagi ulang-ulang sama,
aku pun dah malas nak rasa apa-apa..

yang tinggal cuma kau dan aku sahaja?
tiada lagikah KITA?















_noktah pada kata,masa sembunyi rasa_

Saturday, July 2, 2011

_tammat_

berkaca,
memuntah lahar bencana,
tak menunggu masa,
bahagia bukan punca,
masih menyalah kata,
lakuan pula bagaimana?

menyesal,
atas usaha sekangkang kera,
hasil kautan mahu setebar jala,
beria-ia hanya pada mula,
masih mahu bangga,
apa kejadah dengan semua percaya?

damai,
sudah lama kau jumpa,
apa kau lupa?????????
pada semua yang hadirkan kau tawa,
aku gembira melihat definisi B.A.H.A.G.I.A
masih aku sama,
berteman senyumku sisa~











_bersih katanya_
apa usaha daya atas apa yang kau percaya?