meh, join skali click kat bwh ni..( ^_^ )Y

Sunday, September 8, 2013

HAD SABAR

had kesabaran aku,
aku lebih yakin, lebih tinggi dari yang kalian boleh bayangkan..
sebab aku sendiri tak boleh bayangkan tahap kesabaran aku setiap kali aku sedar aku sebenar berlakon dari hari ke hari, bagaimana payah aku berdiri demi melunaskan janji redhaku pada permainan jalan takdir hidup aku..
sesuatu yang tak boleh aku luahkan mengatasi segala rasa sakit yang kau boleh bayangkan..
persoalan pada betapa redhanya aku dalam setiap apa yang berlaku bukan lagi persoalan dalam hidupku,
bagaimana aku mampu hidup berseorangan di tengah dunia yang cukup asing,
bagaimana aku mampu bertahan dalam melihat segalanaya dari sudut kebaikan mengatasi segala keburukan yang ada,
kerana aku sebenar mendidik hidupku dalam redha sedari aku berusia 12 tahun..
kerana hanya dengan redhalah, aku mampu hidup bernafas sehingga ke hari ini...
kerana didikan agama yang aku peroleh saat aku sebenar mati jiwa lah aku tetap bertahan atas satu garisan halus yang aku namakan kesabaran

benar, cukup mudah untuk kau bercakap,
itu cerita lama..
kau buat aku tergelak, kerana cukup mudah kau berkata2, sedangkan untuk kau bertahan tanpa ada sebarang ujian pun kau sudah menggila membabi buta...
kau salah, sama sekali salah bila kau menganggap dalam redha aku, aku lemah,
kau salah, sama sekali salah bila kau menganggap dalam redha aku, kau boleh memperlakukan aku seperti binatang...
kau salah, mungkin kerana kau lupa, aku dah lama berdepan binatang bertopengkan manusia, aku sudah lama bersedia berdepan kemungkinan berjumpa lagi binatang bertopengkan manusia yang sama, cumanya kali ni, binatang itu bertambah menjadi dua...
kau salah, sangat salah wahai binatang untuk meletak tangan di atas muka aku sebegitu rupa,
mungkin kau lupa, dalam garisan halus kesabaran yang aku simpan, tidak sesekali akan aku biarkan mana-mana insan celaka menyentuh lagi tubuh aku ini..
terima kasih untuk tamparan itu wahai celaka, kerana dari tamparan itu,
aku semakin yakin,
memang benarlah janjiNYA, orang yang baik diciptakan untuk orang yang baik, begitulah sebaliknya.
HARI INI AKU YAKIN, INILAH NERAKA DUNIA YANG ALLAH KURNIAKAN UNTUK ORANG YANG MENGGELAPKAN SISI RIANG KANAK-KANAKKU..
melihat celaka bersama celaka, maka aku akan sentiasa didik diri aku untuk terus redha dengan permainan jalan takdirku kerana aku pasti janjiNYA untuk setiap orang yang teraniaya itu benar.

Aku menahan segala kata kesat, bukan kerana aku hormat,
Aku menahan segala perilaku aib, bukan kerana aku kasihan,
Aku bertahan semata-mata kerana
ilmu,
adab dan
agama yang aku salutkan dalam tiap satu langkah, uturanku
Hormat dan kasihan dalam diri aku dah lama mati untuk celaka yang satunya,
dan hari ini, secara rasmi, segala hormat dan kasihan dalam diri aku turut sama mati untuk celaka yang bersamanya.

Masih ada sisi empati aku pada si cilik yang tidak berdosa,
jangan sampai sisi itu juga mati dalam doa, dia juga punya perjalanan permainan takdir seperti aku juga.
Percayalah wahai celaka, kau takkan pernah sekuat dan sematang aku untuk berdepan kemungkinan itu.

Hati,
wahai hatiku,
aku pemilikmu,
kuatlah...
DIA kirimkan insan yang tetap memeluk erat saat kau sebenar berpaling dari kiblat...
maka nikmat yang mana satu dapat kau dustakan wahai hatiku?
percayalah wahai hatiku, ini cuma ujian untuk redha yang kau pertahankan...





0 comments:

Post a Comment