pada bila aku perlu,
makna, aku benar-benar perlu
maka, bila itu tidak termampu,
tidak mengapa, kerana aku berdiri kerana aku
aku dan cuma aku,
kerana aku mula bosan pada perlu
bila perlu mengundang sayu
bila perlu mengundang pilu
maka aku tolak perlu
pergi dan terus berlari
benar aku tidak perlu lagi
pada sebuah perlu
itu mahu duluku
sebagaimana awalnya aku menolak buntu
sebagaimana awalnya aku menolak celaru
sebagaimana awalnya aku menolak sayu
sebagaimana awalnya aku menolak pilu
kini pengakhiran untuk perlu
_tuntutan tugas juga amanah, aku juga amanah_
jangan gusar aku sudah akhirkan pada perlu itu dengan noktah tanpa koma.
0 comments:
Post a Comment